Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Tuesday, August 25, 2009

balasan email dari Prof. Dr. Teo Kok Seong

Di bawah adalah balasan email dari Prof. Dr. Teo Kok Seong


Sdra Muhammad Nuruddin Bashah yang saya hormati:

Terima kasih atas pengiriman e-mel Sdra itu. Maaf kerana lambat membalas e-mel Sdra itu.

Berkenaan dengan pertanyaan Sdra, saya kira kedua-dua skrip, baik yang Arab/Jawi mahupun yang Cina dibawa bersama-sama oleh kelompok Cina Muslim ini semasa mereka ke Tanah Melayu dahulu.

Mereka walaupun Muslim tetapi didapat masih kuat dari segi etnik Cina, yakni mereka bangga mereka daripada keturunan Cina dan pada masa yang sama, mereka juga bangga (saya kira lebih bangga) mereka adalah penganut Islam, dari sejak sekian lamanya mulai dari Negara China lagi.

Pada masa dahulu, kelompok Cina ini cuba mengawal cara perkahwinan antara mereka agar KeCinaan Muslim Hui itu terpelihara dengan baik. Tetapi akhir-akhir ini, hal ini tidak terpelihara lagi. Golongan muda kelompok ini didapati mulai mengahwini orang-orang Melayu dan Muslim yang lain.

Saya ingin mengucapkan SETINGGI-TINGGI SYABAS kepada Sdra kerana memperjuangkan tulisan Jawi pada bahasa Melayu itu. TIdak ramai orang Melayu sendiri yang bangga dengan aspek bahasa Melayu ini, dan juga aspek-aspek bahasa Melayu yang lainnya.

Sesungguhnya bahasa Melayu adalah antara segelintir bahasa di dunia, malah satu-satunya bahasa di dunia yang memiliki dua (2) skrip tulisan/sistem tulisan - JAWI dan RUMI (walaupun skrip/tulisan Rumi itulah yang dianggap sebagai yang RASMI). Justeru bahasa Melayu adalah satu bahasa yang bukan sahaja besar, tetapi amat istimewa dari segi komunikasi bertulis, yakni dapat disampaikan melalui dua cara - JAWI dan/atau RUMI. Walau bagaimanapun, hal ini tidak beberapa disanjungi oleh banyak pihak.

Saya mendoakan agar Sdra berjaya dalam perjuangan untuk bukan sahaja mematabatkan tulisan JAWI tetapi melestarikannya agar tidak pupus dalam kalangan orang Melayu sendiri.

Selama Berpuasa!

Sekian, terima kasih.

Ikhllas,

TEO
10.15 pg
Selasa 25/08/2009


At 01:29 PM 10/08/2009, you wrote:


Salam hormat, saya peminat perjuangan bahasa melayu dan tulisan jawi. Saya terbaca tulisan Prof berkenaan kedatangan Cina Muslim di tanah melayu di dlama jurnal Pemikir. Amat bernas dan hebat penulisan berkenaan. Bolehkah Prof memberi pandangan, adakah skrip yang digunakan dan dibawa oleh golongan Cina Muslim ke tanah melayu ialah skrip jawi-arab atau skrip cina. semestinya kebudayaan mereka dibekali dengan skrip dan sistem penulisan yang maju berbanding masyarakat islam lain.

Bantuan Prof amat saya hargai.
Muhammad Nuruddin Bashah
Metallurgist
Prima Metal Group
Ipoh Perak
nuruddin@primametals.com

017-6291368
http://primametals.com/

3 comments:

Mohd Isa Abd Razak said...

Salam. Syabas, teruskan usaha tuan. Insya-Allah, saya turut memberikan sumbangan dengan cara yang saya mampu. Wassalam.

Muhammad Nuruddin Bashah said...

Terima Kasih En Isa, saya berminat berkenalan dengan lebih lanjut. bagaimana cara boleh hubungi?

Mohd Isa Abd Razak said...

Salam.

Terima kasih kembali. Profil saya di sini: http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/03/profil-penulis-blog-sambung-menyambung.html. E-mel saya terdapat dalam ruangan ulasan.

Selamat meneruskan puasa dan selamat Hari Raya Aidilfitri.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...