Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Tuesday, December 25, 2012

Buku dan Keluarga kami


Kedai Buku DBP Medan Gopeng memnag menjadi pilihan saya untuk membeli belah buku setiap bulan. Kadang-kadang datang setiap minggu beli buku tetapi dengan bajet yang rendah. Beli satu atau dua buku setiap kali berkunjung ke sana.

Potongan 50% kerana buku ilmiah DBP memang rakyat malaysia kurang hargai. Sayang...buku dalam bahasa kebangsaan, bahasa Eka, Bahasa Melayu ini hanya menjadi pemeran sehingga kulit kusam dan kertas menjadi kuning.

Buku sirah Rasul yang saya paling suka baca sejak di UM adalah karya Abdul Hamid Jaudah. Karya separa novel-sejarah ini kelihatan mulai menjadi trend di malaysia juga cuma karya Abdul Hamid Jaudah lebih kemas, berhatoi-hati dalam membuat dialog malah ia mirip dengan karya sirah deskriptif biasa cuma ada semi-kreatif dalam penyampaiannya...



Buku Islam dan keganasan ini adalah terjemahan separuh daripada Kitab Fiqh Jihad karya Al Qaradhawi. Jika tidak salah, semasa buku ini diterjemah Fiqh Jihad belum diterbitkan lagi. Dr Asri ada menjelaskan sebahagian isi kandungan Fiqh Jihad yang cukup menarik semasa Seminar Hak Non Muslim dalam Negara baru-baru ini di Ipoh.



Buku-buku ini pula diperolehi di kedai Novel Hut di Ipoh Parade. Kedai ini menjual buku terpakai tetapi ada yang masih baru telah menjadi mangsa trade in. Mungkin si pembeli tersalah beli buku atau bosan dengan buku berkenaan. Harga memang murah.


Ini keadaan Yusuf bila diberi buku...dia belek..buka tenung dulu.....


Ya...Yusuf mulai masukkan buku dalam mulutnya...dia kata Buku adalah pengasah gigi...

Muhammad Nuruddin Bashah

Sunday, December 2, 2012

Pondok separuh masa di Sungai Petai....


Semalam 2 Disember 2012 saya akhirnya bergelar pelajar (murid) bagi Muzakarah Ilmu di Surau Ahmadiah Sungai Petai Changkat Ibol.

No siri saya adalah 4439 menunjukkan saya murid ke 4000 bagi majlis sekolah agama awam terbuka yang paling lama di Malaysia. Majlis ini telah berlansgung sejak selepas Pertang Dunia II diasaskan oleh Tuan Guru Haji Ahmad, ayahanda kepada Musfti Pulau Pinang, Ustaz Zakaria Ahmad, Ustaz Idris Ahmad dan Dato' Prof Ustaz Salleh Ahmad,,,

Cukup hening, sejuk, nyaman dan cukup sesuai untuk mentelaah, talaqqi dan menghafaz butir-butir ilmu. Walaupun program ini hanya diadakan sekali sebulan (ahad ke-4) sahaja, tetapi setengah hari yang diperuntukan untuk belajar 4 kitab ini, cukup memberi suntikan ilmu untuk meneruskan perjuangan saban bulan. Bagi saya yang diamanahkan untuk memberi kuliah maghrib dan sebagainya, aktiviti top up ilmu amat diperlukan. 

Suatu ketika dahulu majlis ini hanya disertai oleh para ulama' sahaja untuk berdiskusi ilmu-ilmu agama. Kini ia dibuka untuk orang awam menyertai pondok segera secara separuh masa.

Di sini antara kitab yang dikupas adalah Minhajul Abidin, Jauharah At Tauhid, Bughyatul Tullab (mirip Sabilul Muhtadiy), Tafsir Nurul Ehsan....(kena bawa terjemahan Al Quran kerana Nurul Ehsan tiada no ayat) 

Dengan Ustaz Salleh (Prof, Dato') saya sempat pelajari kitab Kifayatul Muhtadi (syarah Sulam Mubtadiy) bab Haji, Muamalat dan Wasiat di Masjid Ar Rahman UM sekitar tahun 2002-2007. Beliau mengupas menggunakan perbandingan 4 mazhab. Tetapi di sini mungkin dos dikurangkan kerana masyarakat kampung turut sama sertai berbanding di UM kebanyakan elit dan pegawai yang sertai memiliki basic agama yang agak baik.

Ustaz Mutalib Maarof yang mengajar Tafsir Nurul Ehsan pernah saya ambil ilmunyasekitar tahun 1998 hingga 2000. Saya sempat belajar Muniatul Musolli dan Tuhfatul Raghibin dengan beliau di Masjid Kampung Perlis Balik Pulau.

Makan pagi dan makan tengahari disediakan dengan yuran serendah RM 5 sahaja....

Pada waktu pagi, saya dijamu makan oleh keluarga Ustaz Shamsul Shaharom. Isteri beliau adalah anak saudara kepada Mufti Pulau Pinang keluarga....

Ada juga jualan kitab-kitab teks yang digunakan dan buku tambahan. Suasana belajar di sini cukup menyenangkan saya dan jika diadakan setiap minggu pun saya akan hadir. Bulan depan Insya Allah akan dibawa Wardah dan Yusuf bersama.

Gambar di atas adalah jadual saqafah saya. Ahad ke-4 jika tiada aral boleh sertai kelas talaqqi di Taman Hiburan Tambun dengan menggunakan 3 kitab iaitu, Minhajul Abidin (Ustaz Sidek Nor), Kifayatul Awwam dan kitab Manhaj Haraki. Manakala setiap selasa saya mengambil kelas ilmu nahu di Kolej Pengajian Islam Tinggi Ipoh. 

Jika ahad yang lain saya boleh sahaja menyertai pondok moden yang amat cantik di sekitar air terjun Sungan Durian iaitu Komplek tarbiah Raudhatul Jannah (KOTARAJA). 

Moga tulisan ini menyuntik ramai lagi agar mengimarahkan majlis ilmu yang dipertahankan oleh keluarga ulama' tertentu.

Muhammad Nuruddin Bashah






Friday, November 23, 2012

KISAH MENYAYAT HATI INI ADALAH KISAH BENAR PENGALAMAN YANG DICERITAKAN SEORANG GURU


KISAH MENYAYAT HATI INI ADALAH KISAH BENAR PENGALAMAN YANG DICERITAKAN SEORANG GURU

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat,
dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi..
KISAH MENYAYAT HATI INI ADALAH KISAH BENAR PENGALAMAN YANG DICERITAKAN SEORANG GURU

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lump
ur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat,
dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi..

Kuliah dalam gelap....

Saya dijadualkan memberi kuliah maghrib di Masjid Muhammadiah Tasek Jaya Ipoh hari ini 23 Nov 2012. Saya bercadang untuk menyampaikan tajuk Barat Kaji Islam, Barat Peluk Islam dan seperti biasa kuliahsaya akan disediakan kertas kerja sebagai sisipan hadirin.

Hari ini tiada elektrik seluruh Taman Tasek Jaya...masjid juga gelab..saya yang baru sampai sekitar pukul 7.01 minit terus solat....


Jemaah masjid datang berjumpa....tanya samada diteruskan atau tidak...cepat saya menjawab untuk ditangguhkan kerana saya membawa kertas kerja untuk dibaca...

Tetapi yang hebatnya orang Ipoh..mereka tidak mahu berganjak malah hadirin agak ramai..mereka duduk di hadapan meja pengkuliah dan pasang lilin sebanyak mungkin dengan harapan saya dapat menyampai sedikit sebanyak apa yang ada untuk mereka mengisi masa menunggu isyak....saya akhirnya setuju menyampaikan apa yang patut...



Bila lampu dah menyala....






Walaupun panas...mereka memilih untuk masuk ke dewan solat mendengar kuliah...saya beri kuliah dengan suara yang agak lantang kerana tiada mikrofon....

Sambil tangan membuka lampu suluh hanphone..saya terus memberi kuliah kupasan ayat 8 dan 9 surah as soff dengan menggunakan tafsir Al Azhar sebagai syarah dan fakta sejarah sebagai senjata kuliah biasa saya....

Apabila berkuliah begini kita insaf bagaimana setgianya guru pondok menitiskan ilmu kepada pelajar walaupun ditemani lampu ayan..malah kita insaf bagaimana majlis ilmu Rasulullah berjalan suatu ketika dahulu....

Alhamdulillah ketika kuliah hampir tamat, elektrik ada semula....

Saya terus mulakan penutup dan bersiap untuk solat.... bulan depan saya kembali lagi ke sini....

Muhammad Nuruddin Bashah
http://www.facebook.com/MasjidCina?fref=ts

Wednesday, September 19, 2012

Tulisan saya dalam Majalah PELANCAR

Inilah tulisan pertama saya yang disiar dalam Majalah PELANCAR iaitu majalah koperasi yang diterbit oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Tulisan saya bertajuk Berhutang bila Terpaksa bukan untuk Berseronok  telah disiar dalam majalah ini keluaran september 2012.

Pada awalnya Tuan Haji Jamudin Idris selaku bekas/mantan Editor Majalah Milenia Muslim telah berhijrah ke majalah Pelancar ini dan meminta saya menulis untuk majalah yang baharu beliau tangani. Sebelum itu saya menulis untuk beliau melalui majalah Milenia dan saya masih menulis secara bulanan di Milenia Muslim.


 Disamping artikel-artikel berkisar isu koperasi, perniagaan dan budaya ekonomi Islam/Melayu, Tuan haji jamudin juga ingin mevariasikan penulisan dalam isu antarabangsa, fakta am dan isu ummah yang sederhana untuk tatapan pembaca majalah ini.


Cuma majalah ini amat sukar diperolehi di pasaran tetapi amat murah untuk dilanggan iaitu hanya RM 1.70 senaskhah untuk 62 mukasurat bewarna dan  menggunakan kertas licin berkualiti.

Muhammad Nuruddin Bashah


Saturday, August 25, 2012

Raya pun kena pantau Bahasa Kebangsaan

Muu

on SATURDAY, AUGUST 25, 2012 
Semasa saya pulang beraya, mata rasa pedih dan gatal apabila melihat nama Kolej Tentera Udara Alor Setar telah diberi nama Air Force College dan tertera nama tersebut di hadapan kapal terbang pesawat replika di kawasan kolej berkenaan.

Ya, nama melayunya telah diubah nama ke bahasa Inggeris.

Sudahlah papan tanda kedai-kedai dan premis perniagaan sudah banyak yang meletak unsur Barat-Latin apabila kerap menggunakan nama 'De', 'Les' dan sebagainya. Adakah kita bangga dijajah Portugis dan Inggeris?

Susah nak wacana isu ini kerana isu ini tidak mendapat sokongan IKHLAS daripada pemerintah/kerajaan. Malah DBP hanya menjadi penghebah kempen bahasa kebangsaan sahaja tanpa ada sedikit pun kuasa atau dijadikan pakar rujuk.

Saya akan terus menulis isu-isu sebegini walaupun sedar ia sukar mengubah masyarakat kita yang telah dimamah westomania yang cukup membimbangkan
.
Muhammad Nuruddin Bashah

Akaun BSN untuk Yusuf..tahniah BSN kekalkan nama Melayu pada Bank



Hari Khamis lepas 23 Ogos 2012, saya dan isteri telah membuka akuan simpanan BSN kanak-kank untuk Muhammad Yusuf. Ya, duit raya dia kan berlambak? Perlulah dibuat satu akuan untuk dia.

Ingat kan dapat tabung percuma....he he he orang BS kata kena beli, kecuali dah berumur 7 tahun boleh sertai Kelab Penabung Muda, boleh dapat banyak hadiah dan program motivasi/perkhemahan untuk knak-kanak.

Saya buat BSN sebab dari kecil dulu, BSN yang rajin turun ke sekolah rendah saya (Sek Keb Genting) untuk mempromosi akaun kanak-kanak dengan hanya permulaan seringgit sahaja!

BSN juga bank yang masih kekalkan buku akaun, bank lain semua dah guna kad 100%. Namanya juga kekal nama bahasa kebangsaan. Bank Simpanan Nasional.

Selain itu, dulu-dulu di sekolah yang selalu datang adalah Bank Pertanian. Terkenal dengan tabung Kelapa Mudanya..skim Patriot Muda ..kini diubah nama ke Agro Bank...bukankah hilang nama melayunya? Hilang aspirasi kebangsaan? 
Tak kisah, sebab negara ini semakin lama ia mengalami pengaratan budaya dan bahasa kebangsaan tapi berdegar-degar laung keutamaan melayu dan budaya kebangsaan....ini realiti yang Yusuf kena belajar...

Muhammad Nuruddin Bashah


Thursday, August 23, 2012

Mencari kerja sambilan menulis

  Saya memang minat menulis dan membaca.



Saya suka menulis sesuatu yang memerlukan saya berfikir dan menganalisa.Sebenarnya saya sedang mencari kerja part time sebagai penulis dalam masa yang sama saya memang menulis sambilan untuk beberapa majalah.

  ,
Terima kasih.Muhammad Nuruddin Bashah017 6291368. Email: jihadin82@yahoo.com

012 5296690 (wardah)









Menulis untuk majalah PELANCAR



Alhamdulillah, makalah pertama saya untuk Majalah Pelancar telah diluluskan dan akan diterbitkan untuk edisi Majalah Pelancar September 2012.

Majalah ini bertemakan isu koperasi, perniagaan bumiputera dan perniagaan Islam yang diterbitkan oleh Biro Angkasa.

Saya ditawarkan menulis secara bulanan oleh Editor terkini Pelancar iaitu Tuan Haji Jamudin Idris.

Terima kasih Tuan Haji, semoga usaha kita menulis isu-isu motivasi berkaitan dunia usahawan, bisnes dan ekonomi islam Melayu akan dapat memberi sumbangan kepada tamadun islam di negara ini.





Muhammad Nuruddin Bashah

Friday, August 17, 2012

Isu Penggunaan bahasa pada papan Tanda Premis Niaga sejauh mana keseriusan kita?


Disiar dalam Pelita Bahasa (DBP) Julai 2012
Isu Penggunaan bahasa pada papan Tanda Premis Niaga sejauh mana keseriusan kita?
Membaca makalah bertajuk Gulai Itik dan Pak Loong di Jitra yang dimuatkan dalam Majalah Pelita Bahasa April 2012 membawa minda penulis kepada persoalan lama yang kerap bermain di fikiran penulis.
Isu yang diketengahkan oleh Shazlin Farhan berkenaan ejaan rojak, penggunaan bahasa campur malah mengagungkan istilah dan diksi perkataan yang berunsur barat adalah sebenarnya suatu petanda kegeringan budaya berbahasa di kalangan rakyat negara kita.
Malah penulis tidak melihat sebarang perubahan memberansangkan terhadap isu sebegini walaupun terlalu acapkali diutarakan dan digesa oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka melalui pelbagai majalah serta kempen  yang dikeluarkan.
Penulis bersetuju para peniaga dan pemilik premis sebarang perniagaan sewajarnya merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum menempah papan tanda nama syarikat premis mereka. Malah rujukan elektronik Siri Lembar Bahasa yang boleh dicapai melalui laman sesawang DBP memang semestinya bermain dihujung jari para peniaga yang mengaku sebagai warganegara malaysia.
Namun begitu, realitinya adakah suara yang kita laungkan singgah di cuping telinga para pemilik premis? Majalah ilmiah DBP masih jauh malah terlalu asing untuk berada di atas meja kopi taukeh-taukeh premis seperti itu.
Penulis cukup optimis dengan usaha penguatkuasaan undang-undang dan tindakan eksekutif  berbanding hanya ulasan ilmiah yang hanya menunggu tenggelamnya bahasa Melayu di negara bangsanya sendiri.
Lantaran itu, penulis menyarankan agar keperluan merujuk DBP bukan sekadar saranan, ia sepatutnya digazetkan atau diserap dalam undang-undang pendaftaran nama syarikat.  Kempen dan arahan tegas pihak kerajaan perlu diperluas di dalam media akhbar perdana negara di samping dalam media elektronik. Penulis sedih melihat kempen-kempen bahasa kebangsaan hanya diiklan dan malah hanya dihebah di dalam majalah DBP atau sekadar di perpustakaan awam setiap negeri sahaja. Alangkah bahagianya jika kempen dan saranan tegas kerajaan berkenaan penggunaan bahas dan nama premis syarikat dimuatkan dalam media massa harian, dihebahkan dan dikuatkuasakan.
Isu penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda premis perniagaan belum menjadi isu politik mana-mana parti baik pemerintah mahupun pembangkang. Mungkin kerana itulah isu ini ‘lemau’ dan longlai berbanding isu-isu lain yang lebih bersifat komersial, ekonomi dan kontemporari berbanding isu teras budaya yang memberi makna kepada sebuah negara bangsa sebegini.
Selain itu penulis juga merasakan suatu perenungan semula untuk memastikan setiap majalah ilmiah DBP menjadi pilihan setiap rakyat sama hebat dan sama popular seeprti majalah ilmiah atau separa ilmiah lain seperti Milenia, Majalah I, Al Islam, Solusi dan sebagainya. Sudah sampai masanya misi menjadikan majalah DBP sebagai majalah pilihan wajib bagi pemilik premis perniagaan sebagai contohnya,  bukan sekadar majalah pilihan para pelajar, siswa, atau tokok akademik sahaja.
Muhammad Nuruddin Bashah


Monday, July 16, 2012

Email Hazneza Hamid kepada saya



FROM:
TO:

Assalamualaikum tuan Nuruddin,

Sampaikan salam saya kepada Wardah:-)  Saya membaca email tuan sampai habis dan saya dapati email tuan ditandatangani dengan 'Jurutera Moulding'.  Perkataan 'Moulding' ada diterima oleh Kamus Dewan dengan ejaan bahasa Melayu "Molding" (tanpa 'u') namun perkataan Melayu sebnar ada dua yang dapat dipilih; sama ada Pengumaian (daripada kata akar kumai) atau Pengacuan.

Saya tidak memaksa tuan menukar tandatangan di hujung email-email tuan cuma saya rasa bertanggungjawab untuk mengetengahkan perkataan bahasa Melayu yang wujud untuk kalimah-kalimah Inggeris yang telah terbiasa pada kita.  Apa yang saya kesalkan (mungkin saya sepatutnya merungut pada DBP sendiri:-)) adalah apabila DPB seakan-akan 'malas' untuk mencari perkataan bahasa Melayu untuk beberapa perkataan bahasa Inggeris dan hanya memberikan perkataan yang sama dalam Kamus Dewan.  Bezanya hanya ejaan yang dimelayukan.  Bahasa Melayu lebih daripada kaya jika hendak dibandingkan dengan bahasa Inggeris kerana pengaruh yang banyak kesan daripada hubungan perdagangan mahupun sejarah penjajahan yang panjang.  Masalahnya adalah apabila kita berasa malu-malu atau rendah diri untuk menggunakan bahasa kita dan bimbang jika orang lain tidak faham sekiranya kita tidak menggunakan bahasa Inggeris (perasaan yang wajar). :-) saya hanya merungut kepada seorang sahabat yang saya kira mempunyai daya cinta yang sama pada agama, bangsa dan bahasanya.

Cadangan saya, tuan tandatangan email dengan Jurutera Pengumaian (Moulding) atau Jurutera Pengacuan (Moulding) atau Jurutera Molding (ejaan bahasa Melayu yang betul supaya tidak berlaku percampuran bahasa Melayu-Inggeris dalam teks yang sama).  Jika tuan memilih mana-mana antara tiga ini, tuan melakukan dua perkara; 1) jika tuan memilih sama ada pilihan pertama/kedua, tuan telah memperkenalkan perkataan Melayu untuk moulding dan membantu orang lain mengetahuinya, dan 2) jika tuan memilih yang ketiga, tuan mengetengahkan ejaan molding yang tepat dalam bahasa Melayu.

Wallahu a'lam.  Doakan kami di sini.  Jazakumullah.


Siti Hazneza bt. Abdul Hamid
4602 Wood Science Department,
Faculty of Forestry,
2005-2424 Main Mall,
Vancouver BC
V6T 1Z3
Canada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...