Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Tuesday, May 20, 2008

Gambar Hari Guru !!

Gambar-gambar ini masa 16 Mei 2008 sempena sambutan Hari Guru Semalaysia. Walaupun sekolah swasta Islam, kami tetap menyambut dengan lagu 'Kami Guru Malaysia' juga tau....dengan iringan muzik live...

Ni sambutan gabungan Sekolah Rendah Islam Al Islah dan Sekolah Men Al Itqan Penang


















Monday, May 19, 2008

Buku Eropah Moden


Antara skop kajian peribadi yang saya minati adalah kajian perang-perang serta revolusi yang pernah berlaku dalam sejarah kemanusiaan. Baru-baru ini saya ada menonton DVD Filem Napoleon ( ada 3 siri). Kali ini dapat dihayati secara mendalam dan berkesan pertikaian dalaman Perancis selepas berlakunya Revolusi Perancis. Pertikaian Napoleon yang berpaksikan kapitalisme sekularisme dengan feualis yang taat dengan Geeja serta ancaman fahaman Jacobian yang juga turut dalam pertikaian 3 penjuru itu. Masih menjadi amalan saya apabiula menonton filem, akan turut menggunakan buku atau ensiklopedia untuk memahami jalan cerita filem yang berunsur sejarah, politik ataupun kebudayaan.

Saya menggunakan buku Eropah Moden Arus Sosiopolitik Dan Pemerintah karangan Qasim Ahmad terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Buku yang bernilai diskriptif fakta ini adalah bersifat pengantar dan asas bagi yang ingin mengetahui pertarungan gelanggang ideologi dan politik di barat yang akibatnya menjalar hingga ke seluruh dunia.

Pada saya buku ini mudah didapati di mana-mana perpustakaan negeri dan universiti dan mungkin sinonim dengan pelajar sains politik. Sebelum melarat membaca atau mendiskusi buku-buku sejarah dan politik lain, silalah teliti buku ini juga…

Pendita Bitara

Sunday, May 18, 2008

Orang Masjid...dakwah berterusan


Dalam Kenvonsyen Ahli PAS baru-baru ini di dewan Milenium Kepala Batas, saya ada membeli sebuah buku kecil karangan Ustaz Rosidi Hussain, seorang peguam syariah.

Buku setebal 114 muka ini memuatkan :

  1. Bab pertama: Dakwah, persekitaran dan ummah
  2. Bab kedua: Pendakwah mesti sedia ditarbiah
  3. Bab Ketiga: HPA maju bersama program tarbiah dan dakwah?
  4. Bab keempat: Benarkah kita beriltizam dengan Islam?
  5. Bab kelima: Mahkamah syariah, antara teori dan realiti
  6. Bab keenam: Fikrah da Hadith
  7. Bab ketujuh: Alahai...undang-undang...
  8. Bab kelapan: Kefahaman tentang berdakwah secara jamaie
  9. Bab kesembilan: Dakwah dan tarbiah wasilah utama menjana ummah gemilang
  10. Bab kesepuluh: Ambil iktibar daripada eristiwa muktah
  11. Bab kesebelas: Rasuah keliling pinggang
  12. Bab kedua belas: Anak halal VS anak haram
Begitu bersahaja dan separa deskriptif, penulisan beliau. sebenarnya sebelum membeli buku ini saya ada mengunjungi rumahnya bersama anggota SPAQ (Skuad Penyelamat Aqidah) berbahas isu undang-undang syariah serta perlestarian syariah pasca kemenangan Pakatan Rakyat...

Beliau yang juga merupakan setiausaha Dewan Ulama PAS Pula Pinang turut menyarankan kami agar lebih aktif dalam menjuarai isu uamt Isla agar jru bicara masyarakat lebih banyak dan pesat.

Bagi saya buku ini perlu dimiliki oleh semua yang bergelar 'pengunjung masjid'....

Pendita Bitara USM, 18 Mei 2008

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...