Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Tuesday, August 25, 2009

balasan email dari Prof. Dr. Teo Kok Seong

Di bawah adalah balasan email dari Prof. Dr. Teo Kok Seong


Sdra Muhammad Nuruddin Bashah yang saya hormati:

Terima kasih atas pengiriman e-mel Sdra itu. Maaf kerana lambat membalas e-mel Sdra itu.

Berkenaan dengan pertanyaan Sdra, saya kira kedua-dua skrip, baik yang Arab/Jawi mahupun yang Cina dibawa bersama-sama oleh kelompok Cina Muslim ini semasa mereka ke Tanah Melayu dahulu.

Mereka walaupun Muslim tetapi didapat masih kuat dari segi etnik Cina, yakni mereka bangga mereka daripada keturunan Cina dan pada masa yang sama, mereka juga bangga (saya kira lebih bangga) mereka adalah penganut Islam, dari sejak sekian lamanya mulai dari Negara China lagi.

Pada masa dahulu, kelompok Cina ini cuba mengawal cara perkahwinan antara mereka agar KeCinaan Muslim Hui itu terpelihara dengan baik. Tetapi akhir-akhir ini, hal ini tidak terpelihara lagi. Golongan muda kelompok ini didapati mulai mengahwini orang-orang Melayu dan Muslim yang lain.

Saya ingin mengucapkan SETINGGI-TINGGI SYABAS kepada Sdra kerana memperjuangkan tulisan Jawi pada bahasa Melayu itu. TIdak ramai orang Melayu sendiri yang bangga dengan aspek bahasa Melayu ini, dan juga aspek-aspek bahasa Melayu yang lainnya.

Sesungguhnya bahasa Melayu adalah antara segelintir bahasa di dunia, malah satu-satunya bahasa di dunia yang memiliki dua (2) skrip tulisan/sistem tulisan - JAWI dan RUMI (walaupun skrip/tulisan Rumi itulah yang dianggap sebagai yang RASMI). Justeru bahasa Melayu adalah satu bahasa yang bukan sahaja besar, tetapi amat istimewa dari segi komunikasi bertulis, yakni dapat disampaikan melalui dua cara - JAWI dan/atau RUMI. Walau bagaimanapun, hal ini tidak beberapa disanjungi oleh banyak pihak.

Saya mendoakan agar Sdra berjaya dalam perjuangan untuk bukan sahaja mematabatkan tulisan JAWI tetapi melestarikannya agar tidak pupus dalam kalangan orang Melayu sendiri.

Selama Berpuasa!

Sekian, terima kasih.

Ikhllas,

TEO
10.15 pg
Selasa 25/08/2009


At 01:29 PM 10/08/2009, you wrote:


Salam hormat, saya peminat perjuangan bahasa melayu dan tulisan jawi. Saya terbaca tulisan Prof berkenaan kedatangan Cina Muslim di tanah melayu di dlama jurnal Pemikir. Amat bernas dan hebat penulisan berkenaan. Bolehkah Prof memberi pandangan, adakah skrip yang digunakan dan dibawa oleh golongan Cina Muslim ke tanah melayu ialah skrip jawi-arab atau skrip cina. semestinya kebudayaan mereka dibekali dengan skrip dan sistem penulisan yang maju berbanding masyarakat islam lain.

Bantuan Prof amat saya hargai.
Muhammad Nuruddin Bashah
Metallurgist
Prima Metal Group
Ipoh Perak
nuruddin@primametals.com

017-6291368
http://primametals.com/

Monday, August 17, 2009

syarat untuk menawan dunia selepas 'baca buku'

Kata Napolean, dengan rajin membaca buku anda dapat menawan dunia, begitu juga pendapat Lincoln dahulu..tetapi mereka tidak menyatakan syaratnya....ada syarat untuk menawan dunia selepas 'baca buku'.....

Aspek penjelmaan idea buku ke dalam kerangka 'benar' dan 'hidup' dalam masyarakat....buku adalah kerangka yang pragmatik kepada sesiapa yang 'ahli' dengannya...ia bertukar menjadi dogma dan idealis yang terpisah dari sosial apabila bukan 'ahli' menggunakan buku....lantaran itu ada si penentang dogmatik...turut menjadi penuntut dogma yang sadis tanpa mereka sedari....

Sunday, August 9, 2009

Email kepada Prof Teo Kok Seong

Saya sedang siapkan buku kedua saya bertajuk Ranjau Perjuangan Tulisan Jawi.
Sebentar tadi saya baru memberi email kepada Prof Teo Kok Seong iaitu Felo Penyelidik Utama Dan Profesor Sosiolingusitik bahasa Melayu di Institut Alam dan tamadun Melayu, UKM bertanyakan berkenaan tulisna jawi.
Saya selalu mengikuti tulisan beliau dalam majalah dewan bahasa dan yang terkini dalam Jurnal Pemikir (Utusan).
Beliau ada menceritakan keadaan Cina Muslim yang berdagang sejak berkurun lamanya di nusantara. Saya terus bercadang berdiskusi dengan beliau berkenaan tulisan-skrip yang digunakan oleh para pedagangan cina muslim tersebut samada skrip jawi arab atau skrip cina yang dikekalkan. Jika para pendakwah berkenaan datang ke nusantara mereka pastinya membawa kitab-kitab dan khazanah ilmu agama untuk disebarkan. Fakta berkenaan pastnya melengkapkan penulisan buku saya kelak.
Muhammad Nuruddin Bashah
sedang bertugas di kilang

BookHouse 24 jam

BookHouse 24 jam
Menarik drama yang sedang saya tonton di kaca TV sekarang ini. Pukul 12 41 malam TV 9. Baru pulang dari Pulau Pinang.

Drama ini berkisar soal kehidupan seorang pengidap penyakit Dyslexia (penyakit psikologi rendah diri dan gagap yang agak teruk akibat kegagalan membaca dan mengeja sejak kecil). Bukan kisah keyakinan beliau yang cuba dipulihkan yang ingin saya ceritakan. Saya Cuma amat tertarik dengan idea BookHouse yang beliau kendalikan.
Ayah beliau seorang yang cukup memahami. Menyedari anak beliau pandai namun kekurangan dari segi keyakinan, beliau sarankan kepada si anak agar membuka kedai buku bacaan yang beroperasi selama 24 jam. Suatu hari mereka sekeluarga berkelah. Si ayah terliaht si anak asyik menguliti novel kulit ke kulit. Si ayah bertanya adakah anaknya berhajat mengikuti jejak Abraham Lincoln yang gemar membaca. Malah Lincoln selalu menyarankan rakyat Amerika untuk membaca.

Si ayah bercerita di UK, banyak kedai buku yang memberi peluang pengunjung membaca buku berkualiti dengan bayaran mengikut jam. Malah kedai tersebut berjalan 24 jam tanpa cuti. Saya mengamati kalimah si bapa dengan menginsafi keadaan di Malaysia masih jauh dari budaya ilmu berkenaan. Kanak-kanak dan remaja Malaysia lebih sanggup menebuk tabung sendiri semata-mata untk berada di kafe Siber selama 24 jam. Menggunakan komputer bukan untuk menambah kepandaian sebaliknya bermaina permainan video sahaja.

Idea membuka kedai sedemikian amat menarik dan praktikal.
Mungkin saya boleh mencuba nasib membuka premis sebegitu suatu ketika nanti. Insya Allah.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...