Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Saturday, August 25, 2012

Raya pun kena pantau Bahasa Kebangsaan

Muu

on SATURDAY, AUGUST 25, 2012 
Semasa saya pulang beraya, mata rasa pedih dan gatal apabila melihat nama Kolej Tentera Udara Alor Setar telah diberi nama Air Force College dan tertera nama tersebut di hadapan kapal terbang pesawat replika di kawasan kolej berkenaan.

Ya, nama melayunya telah diubah nama ke bahasa Inggeris.

Sudahlah papan tanda kedai-kedai dan premis perniagaan sudah banyak yang meletak unsur Barat-Latin apabila kerap menggunakan nama 'De', 'Les' dan sebagainya. Adakah kita bangga dijajah Portugis dan Inggeris?

Susah nak wacana isu ini kerana isu ini tidak mendapat sokongan IKHLAS daripada pemerintah/kerajaan. Malah DBP hanya menjadi penghebah kempen bahasa kebangsaan sahaja tanpa ada sedikit pun kuasa atau dijadikan pakar rujuk.

Saya akan terus menulis isu-isu sebegini walaupun sedar ia sukar mengubah masyarakat kita yang telah dimamah westomania yang cukup membimbangkan
.
Muhammad Nuruddin Bashah

Akaun BSN untuk Yusuf..tahniah BSN kekalkan nama Melayu pada Bank



Hari Khamis lepas 23 Ogos 2012, saya dan isteri telah membuka akuan simpanan BSN kanak-kank untuk Muhammad Yusuf. Ya, duit raya dia kan berlambak? Perlulah dibuat satu akuan untuk dia.

Ingat kan dapat tabung percuma....he he he orang BS kata kena beli, kecuali dah berumur 7 tahun boleh sertai Kelab Penabung Muda, boleh dapat banyak hadiah dan program motivasi/perkhemahan untuk knak-kanak.

Saya buat BSN sebab dari kecil dulu, BSN yang rajin turun ke sekolah rendah saya (Sek Keb Genting) untuk mempromosi akaun kanak-kanak dengan hanya permulaan seringgit sahaja!

BSN juga bank yang masih kekalkan buku akaun, bank lain semua dah guna kad 100%. Namanya juga kekal nama bahasa kebangsaan. Bank Simpanan Nasional.

Selain itu, dulu-dulu di sekolah yang selalu datang adalah Bank Pertanian. Terkenal dengan tabung Kelapa Mudanya..skim Patriot Muda ..kini diubah nama ke Agro Bank...bukankah hilang nama melayunya? Hilang aspirasi kebangsaan? 
Tak kisah, sebab negara ini semakin lama ia mengalami pengaratan budaya dan bahasa kebangsaan tapi berdegar-degar laung keutamaan melayu dan budaya kebangsaan....ini realiti yang Yusuf kena belajar...

Muhammad Nuruddin Bashah


Thursday, August 23, 2012

Mencari kerja sambilan menulis

  Saya memang minat menulis dan membaca.



Saya suka menulis sesuatu yang memerlukan saya berfikir dan menganalisa.Sebenarnya saya sedang mencari kerja part time sebagai penulis dalam masa yang sama saya memang menulis sambilan untuk beberapa majalah.

  ,
Terima kasih.Muhammad Nuruddin Bashah017 6291368. Email: jihadin82@yahoo.com

012 5296690 (wardah)









Menulis untuk majalah PELANCAR



Alhamdulillah, makalah pertama saya untuk Majalah Pelancar telah diluluskan dan akan diterbitkan untuk edisi Majalah Pelancar September 2012.

Majalah ini bertemakan isu koperasi, perniagaan bumiputera dan perniagaan Islam yang diterbitkan oleh Biro Angkasa.

Saya ditawarkan menulis secara bulanan oleh Editor terkini Pelancar iaitu Tuan Haji Jamudin Idris.

Terima kasih Tuan Haji, semoga usaha kita menulis isu-isu motivasi berkaitan dunia usahawan, bisnes dan ekonomi islam Melayu akan dapat memberi sumbangan kepada tamadun islam di negara ini.





Muhammad Nuruddin Bashah

Friday, August 17, 2012

Isu Penggunaan bahasa pada papan Tanda Premis Niaga sejauh mana keseriusan kita?


Disiar dalam Pelita Bahasa (DBP) Julai 2012
Isu Penggunaan bahasa pada papan Tanda Premis Niaga sejauh mana keseriusan kita?
Membaca makalah bertajuk Gulai Itik dan Pak Loong di Jitra yang dimuatkan dalam Majalah Pelita Bahasa April 2012 membawa minda penulis kepada persoalan lama yang kerap bermain di fikiran penulis.
Isu yang diketengahkan oleh Shazlin Farhan berkenaan ejaan rojak, penggunaan bahasa campur malah mengagungkan istilah dan diksi perkataan yang berunsur barat adalah sebenarnya suatu petanda kegeringan budaya berbahasa di kalangan rakyat negara kita.
Malah penulis tidak melihat sebarang perubahan memberansangkan terhadap isu sebegini walaupun terlalu acapkali diutarakan dan digesa oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka melalui pelbagai majalah serta kempen  yang dikeluarkan.
Penulis bersetuju para peniaga dan pemilik premis sebarang perniagaan sewajarnya merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum menempah papan tanda nama syarikat premis mereka. Malah rujukan elektronik Siri Lembar Bahasa yang boleh dicapai melalui laman sesawang DBP memang semestinya bermain dihujung jari para peniaga yang mengaku sebagai warganegara malaysia.
Namun begitu, realitinya adakah suara yang kita laungkan singgah di cuping telinga para pemilik premis? Majalah ilmiah DBP masih jauh malah terlalu asing untuk berada di atas meja kopi taukeh-taukeh premis seperti itu.
Penulis cukup optimis dengan usaha penguatkuasaan undang-undang dan tindakan eksekutif  berbanding hanya ulasan ilmiah yang hanya menunggu tenggelamnya bahasa Melayu di negara bangsanya sendiri.
Lantaran itu, penulis menyarankan agar keperluan merujuk DBP bukan sekadar saranan, ia sepatutnya digazetkan atau diserap dalam undang-undang pendaftaran nama syarikat.  Kempen dan arahan tegas pihak kerajaan perlu diperluas di dalam media akhbar perdana negara di samping dalam media elektronik. Penulis sedih melihat kempen-kempen bahasa kebangsaan hanya diiklan dan malah hanya dihebah di dalam majalah DBP atau sekadar di perpustakaan awam setiap negeri sahaja. Alangkah bahagianya jika kempen dan saranan tegas kerajaan berkenaan penggunaan bahas dan nama premis syarikat dimuatkan dalam media massa harian, dihebahkan dan dikuatkuasakan.
Isu penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda premis perniagaan belum menjadi isu politik mana-mana parti baik pemerintah mahupun pembangkang. Mungkin kerana itulah isu ini ‘lemau’ dan longlai berbanding isu-isu lain yang lebih bersifat komersial, ekonomi dan kontemporari berbanding isu teras budaya yang memberi makna kepada sebuah negara bangsa sebegini.
Selain itu penulis juga merasakan suatu perenungan semula untuk memastikan setiap majalah ilmiah DBP menjadi pilihan setiap rakyat sama hebat dan sama popular seeprti majalah ilmiah atau separa ilmiah lain seperti Milenia, Majalah I, Al Islam, Solusi dan sebagainya. Sudah sampai masanya misi menjadikan majalah DBP sebagai majalah pilihan wajib bagi pemilik premis perniagaan sebagai contohnya,  bukan sekadar majalah pilihan para pelajar, siswa, atau tokok akademik sahaja.
Muhammad Nuruddin Bashah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...