Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Wednesday, January 14, 2009

Kitab Fiqh As Sunnah di Kompleks membeli belah

Semalam hajat nak beriadah main bowling dengan kawan-kawan sekilang. Tiba-tiba di Ipoh Prade, saya terjumpa kedai buku terpakai. Terus masuk tengok-tengok mana berkenan.

Mata saya ternampak satu ikat Kitab Fiqh As Sunnah. 14 Jilid lengkap. Disebabkan harga buku berkualiti di situ amat murah (dalam lingkungan RM 5!) saya yterus tanyakan harganya. Tuan kedai jawab RM 14 ! Bermakna kata satu buku bernilai RM 1. Saya terus beli kerana saya memang telah lama berhajat untuk memiliki satu set Kitab Fiqh as Sunnah karangan sayyid Sabiq ini.

Sayyid Sabiq adalah pendokong jamaah Ikhwanul Muslimin. Beliau menerima saranan Imam Hassan Al banna agar menyusun dan menulis satu kitab yang berteraskan Al quran dan Sunnah dalam menerangkan perihal Fiqh kehidupan meliputi ibadah, jihad, munakahah, jenayah, jenazah, perjanjian dan kontrak serta etika kehidupan yang lengkap. Ia bertujuan menyatukan pengikut Ikhwan yang terdiri daripada pelbagai fahaman, mazhab dan firqah. Imam Al banna juga Berjaya menyatukan Syioah hingga mereka sanggup menerima aqidah sunnah melalui pendekatan kesatuan atas nilai sepunya ini.

Buku ini amat bernilai serta perlu ada di rumah setiap pendakwah Islam untuk memandu dan memudahkan kehidupan mereka. Bacakan isi kandungannya di hadapan anak-anak dan isteri kerana banyak manfaatnya. Dalam banyak buku yang kita tekuni jarang sekali pendakwah berminat mengukuhkan keilmuan fiqh dan keilmuan teras agama terutama dalam usaha mendidik anak-anak mereka dalam memahami Islam yang menyeluruh da sederhana.

Masa main bowling, saya sambil-sambil meneliti kitab ini. Jarang mungkin orang bawa Kitab Fiqh-Hadith satu set ke tempat bermain bowling…..

Pendita Bitara
Ipoh 15 Januari 2009

Sunday, January 11, 2009

Boikot Produk USA!







The art Of War : Martin Van Creveld

Sebelum pulang ke Ipoh, saya menerima bungkusan hadiah hari lahir saya daripada tunang saya (Moga Allah melindungi dirinya). Saya agak, mesti buku sebab dia tau saya amat suka dengan buku dan hanya hargai buku melebihi benda-benda lain.

Bila buka, saya lihat tajuknya The Art Of War; war And Military Thought karangan Martin Van Creveld.

Buku ini lebih kepada ensoiklopedia perang sejak zaman peperangan kuno China sehinggalah kepada kejatuhan USSR 1989. Buku hard cover….mesti mahal…

Buku ini lebih kepada kajian teknik strategi, pengurusan dan peramalan status perang bagi setiap jenis peperaangan sivil. Ia mungkin agak kurang menyentuh perihal teknik psikologis dan peperangan propaganda putih.

Koleksi buku perang dan strategi saya makin bertambah…..kaji strategi..adalah seni…dan ia hikmah yang perlu diketahui oleh ramai umat Islam….tambah-tambah dalam kondisi himpitan terhadap umat Islam akhir zaman….

Pendita Bitara
Ipoh 12 Januari 2009

Tuesday, January 6, 2009

Saturday, January 3, 2009

Buku skrap..budaya membaca

Walaupun kini saya tidak lagi bergelar guru, tetapi iklan tuition (home tutor) masih berada di beberapa kedai-kedai fotokopi. masih ada ibu bapa yang menghubungi saya untuk kelas tusyen peribadi di rumah.

Saya balik ke kampung setiap minggu dan hujung minggu diperuntukkan untuk aktif dalam kerja amal atau dakwah disamping mengajar tusyen. Mengajar dapat mengasah ilmu dan teknik interaktif saya, malah ia menjadikan dunia pedagogi dan pengasuhan berdasarkan taksonomi kecekapan manusia yang saya lakukan tidak dilupai...

Setiap kali ibu bapa talifon, saya akan menyatakan saya bukan guru kerajaan. Saya bukan guru bertauliah. Cuma saya minat mengajar sejak berada di tahun akhir di UM dulu. saya juga mungkin terpengaruh dengan kerjaya ayah dan mak saya sebagai guru bertauliah. Saya juga amat memandang tinggi nilai kehidupan seorang guru dan masih menyanjungi guru-guru sekolah menengah dan rendah saya dahulu....nama mereka masih di ingatan...

Ibu bapa tetap terima kita walaupun bukan guru sekolah kerajaan...dengan alasan...bantulah anak saya...anak kami lain....berilah harapan kepada anak kami.....saya kata elok guru sekolah sendiri....lebih peka dengan perubahan silibus....

Tetapi kata mereka (ibu bapa), kalau cikgu sekolah kerajaan...tak minat buat tuition dah sebab gaji dah besar! Saya gelak ja. Sebab betul gaji guru kerajaan sekarang berbaloi. Cuma seperkara lagi, cikgu di sekolah menanggung beban pelajar yang ramai. Jadi melakukan tusyen tambahan akan lebih membebankan lagi. Tusyen peribadi 100% berbeza dengan tusyen ala kelas konvensional.

Ada satu pelajar bakal SPM 2009 yang saya mulai ajar sekarang. Dia lemah membaca dan amat sedikit pengetahuan am dan kosa kata yang dikuasainya.

Saya ingat satu perkara. Pertama semua buku rujukan kakak dan abgnya saya akan guna dan pastikan dia tulis dan belajar hingga buku tersebut hancur! Ibu bapa dia puas hati bila lihat dalam tempoh sebulan sahaja buku telah terusik sebegitu banyak.

Saya juga tunjukkan kepada anak murid ini buku2 skrap saya (news monitoring) yang saya buat selama ini. Dalam dunia penulisan saya, akhbar seperti Utusan, The Star, Harakah dan Berita Harian banyak membantu saya. Jadi say kumpul baik-baik artikel penting. Saya galakkan dia mengumpul isu melayu dan Israel. Beliau berminat. Habis semua simpanan akhbar lama dipunggahnya malam itu juga. Dia kumpul dan ditunjukkan kepada saya. Saya ajar di membaca dan berhenti untuk terangkan secara terperinci kosa kata atau terminologi yang berat-berat. saya lukis peta dan gambarajah bila perkataan itu merupakan perkataan sainstifik atau geografik.

Dalam diam-diam juga saya ajar dia menilai cara penerimaan berita. dalam 1 artikel ada idea yang kita terima dan ada yang ditolak. Saya ajar dia akan kebejatan ISA apabila ada artikel Utusan yang membela akta zalim itu. Dia terima dan berkata sebelum ini ingat ISA itu keperluan dalam penjara.....

Guru ada peranan dan peningkatan taraf kecelikan sosial sekaligus memandiu masyaralat ke arah yang lebih baik....faktor kognitif walaupun dikatakan kurang penting bebanding affektif dan nilai kerohanian, ia merupakan punca utama pelajar biasa menerima input positof. dari membaca....pelajar menilai...dari penilaian...mereka sedar...dari sedar...mereka berusaha membina diri, masyarakat dan cuba mengubah negara mereka.....

Seronokkan ajar tusyen? Cara mau ada.....


Pendita Bitara

Balik Pulau



p/s: hari ni balik Ipoh. Esok keja. Apa khabar kilangku....

Thursday, January 1, 2009

Meneliti bahan bacaan asas bagi kajian pertembungan ideologi




Saya berpeluang untuk meminjam beberapa buku khusus untuk mendalami asal ideology komunisme serta anarki. Disamping itu, saya masih dalam proses menilai pengaruh persenjataan Soviet dan US semasa perang dingin serta implikasi perbelanjaan senjata (WMD) mereka di tengah konflik timur tengah sekitar tahun 1940an hingga kini.

Antara buku yang ingin saya teliti selepas dapat pinjam 2 bulan dari Perpustakaan USM;

  1. Marx against Marxism ( Loewenstein)
  2. The problems of evolution ( Mark Ridley)
  3. History of the Cold War ( Andre Fontaine)
  4. John Locke ( Richard I. Aaron)
  5. The International History Of Cold War ( S.J ball)
  6. The Social Philosophy Of Adam Smith ( J. Ralph Lindgren)
  7. Genetics and the origin of species ( Theodosius Dobzhansky)
  8. Origin Of Species ( Charles Darwin)
  9. Marx and Human Nature; Refutation of a Legend ( Norman Geras)
  10. The Communist Ideal in Hegel and Marx ( david Mac Gregor)
  11. John Locke and the Theory of Sovereignty ( Franklin)
  12. The wealth of Nation ( Adam Smith)

Dalam kajian politik-ekonomi, tidak dapat dipisahkan bahan bacaan asal kapitalis Adam Smith serta idea liberalisme perdagangan John Locke sebelum meneliti dielektik yang cuba ditonjolkan oleh Marx. Saya juga ingin meneliti bukti kekaguman Marx terhadap teori palsu Darwin melalui bukunya The Orogin Of Species.

Pendita Bitara

Balik Pulau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...