Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Tuesday, December 25, 2012

Buku dan Keluarga kami


Kedai Buku DBP Medan Gopeng memnag menjadi pilihan saya untuk membeli belah buku setiap bulan. Kadang-kadang datang setiap minggu beli buku tetapi dengan bajet yang rendah. Beli satu atau dua buku setiap kali berkunjung ke sana.

Potongan 50% kerana buku ilmiah DBP memang rakyat malaysia kurang hargai. Sayang...buku dalam bahasa kebangsaan, bahasa Eka, Bahasa Melayu ini hanya menjadi pemeran sehingga kulit kusam dan kertas menjadi kuning.

Buku sirah Rasul yang saya paling suka baca sejak di UM adalah karya Abdul Hamid Jaudah. Karya separa novel-sejarah ini kelihatan mulai menjadi trend di malaysia juga cuma karya Abdul Hamid Jaudah lebih kemas, berhatoi-hati dalam membuat dialog malah ia mirip dengan karya sirah deskriptif biasa cuma ada semi-kreatif dalam penyampaiannya...



Buku Islam dan keganasan ini adalah terjemahan separuh daripada Kitab Fiqh Jihad karya Al Qaradhawi. Jika tidak salah, semasa buku ini diterjemah Fiqh Jihad belum diterbitkan lagi. Dr Asri ada menjelaskan sebahagian isi kandungan Fiqh Jihad yang cukup menarik semasa Seminar Hak Non Muslim dalam Negara baru-baru ini di Ipoh.



Buku-buku ini pula diperolehi di kedai Novel Hut di Ipoh Parade. Kedai ini menjual buku terpakai tetapi ada yang masih baru telah menjadi mangsa trade in. Mungkin si pembeli tersalah beli buku atau bosan dengan buku berkenaan. Harga memang murah.


Ini keadaan Yusuf bila diberi buku...dia belek..buka tenung dulu.....


Ya...Yusuf mulai masukkan buku dalam mulutnya...dia kata Buku adalah pengasah gigi...

Muhammad Nuruddin Bashah

Sunday, December 2, 2012

Pondok separuh masa di Sungai Petai....


Semalam 2 Disember 2012 saya akhirnya bergelar pelajar (murid) bagi Muzakarah Ilmu di Surau Ahmadiah Sungai Petai Changkat Ibol.

No siri saya adalah 4439 menunjukkan saya murid ke 4000 bagi majlis sekolah agama awam terbuka yang paling lama di Malaysia. Majlis ini telah berlansgung sejak selepas Pertang Dunia II diasaskan oleh Tuan Guru Haji Ahmad, ayahanda kepada Musfti Pulau Pinang, Ustaz Zakaria Ahmad, Ustaz Idris Ahmad dan Dato' Prof Ustaz Salleh Ahmad,,,

Cukup hening, sejuk, nyaman dan cukup sesuai untuk mentelaah, talaqqi dan menghafaz butir-butir ilmu. Walaupun program ini hanya diadakan sekali sebulan (ahad ke-4) sahaja, tetapi setengah hari yang diperuntukan untuk belajar 4 kitab ini, cukup memberi suntikan ilmu untuk meneruskan perjuangan saban bulan. Bagi saya yang diamanahkan untuk memberi kuliah maghrib dan sebagainya, aktiviti top up ilmu amat diperlukan. 

Suatu ketika dahulu majlis ini hanya disertai oleh para ulama' sahaja untuk berdiskusi ilmu-ilmu agama. Kini ia dibuka untuk orang awam menyertai pondok segera secara separuh masa.

Di sini antara kitab yang dikupas adalah Minhajul Abidin, Jauharah At Tauhid, Bughyatul Tullab (mirip Sabilul Muhtadiy), Tafsir Nurul Ehsan....(kena bawa terjemahan Al Quran kerana Nurul Ehsan tiada no ayat) 

Dengan Ustaz Salleh (Prof, Dato') saya sempat pelajari kitab Kifayatul Muhtadi (syarah Sulam Mubtadiy) bab Haji, Muamalat dan Wasiat di Masjid Ar Rahman UM sekitar tahun 2002-2007. Beliau mengupas menggunakan perbandingan 4 mazhab. Tetapi di sini mungkin dos dikurangkan kerana masyarakat kampung turut sama sertai berbanding di UM kebanyakan elit dan pegawai yang sertai memiliki basic agama yang agak baik.

Ustaz Mutalib Maarof yang mengajar Tafsir Nurul Ehsan pernah saya ambil ilmunyasekitar tahun 1998 hingga 2000. Saya sempat belajar Muniatul Musolli dan Tuhfatul Raghibin dengan beliau di Masjid Kampung Perlis Balik Pulau.

Makan pagi dan makan tengahari disediakan dengan yuran serendah RM 5 sahaja....

Pada waktu pagi, saya dijamu makan oleh keluarga Ustaz Shamsul Shaharom. Isteri beliau adalah anak saudara kepada Mufti Pulau Pinang keluarga....

Ada juga jualan kitab-kitab teks yang digunakan dan buku tambahan. Suasana belajar di sini cukup menyenangkan saya dan jika diadakan setiap minggu pun saya akan hadir. Bulan depan Insya Allah akan dibawa Wardah dan Yusuf bersama.

Gambar di atas adalah jadual saqafah saya. Ahad ke-4 jika tiada aral boleh sertai kelas talaqqi di Taman Hiburan Tambun dengan menggunakan 3 kitab iaitu, Minhajul Abidin (Ustaz Sidek Nor), Kifayatul Awwam dan kitab Manhaj Haraki. Manakala setiap selasa saya mengambil kelas ilmu nahu di Kolej Pengajian Islam Tinggi Ipoh. 

Jika ahad yang lain saya boleh sahaja menyertai pondok moden yang amat cantik di sekitar air terjun Sungan Durian iaitu Komplek tarbiah Raudhatul Jannah (KOTARAJA). 

Moga tulisan ini menyuntik ramai lagi agar mengimarahkan majlis ilmu yang dipertahankan oleh keluarga ulama' tertentu.

Muhammad Nuruddin Bashah






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...