Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Monday, July 16, 2012

Email Hazneza Hamid kepada saya



FROM:
TO:

Assalamualaikum tuan Nuruddin,

Sampaikan salam saya kepada Wardah:-)  Saya membaca email tuan sampai habis dan saya dapati email tuan ditandatangani dengan 'Jurutera Moulding'.  Perkataan 'Moulding' ada diterima oleh Kamus Dewan dengan ejaan bahasa Melayu "Molding" (tanpa 'u') namun perkataan Melayu sebnar ada dua yang dapat dipilih; sama ada Pengumaian (daripada kata akar kumai) atau Pengacuan.

Saya tidak memaksa tuan menukar tandatangan di hujung email-email tuan cuma saya rasa bertanggungjawab untuk mengetengahkan perkataan bahasa Melayu yang wujud untuk kalimah-kalimah Inggeris yang telah terbiasa pada kita.  Apa yang saya kesalkan (mungkin saya sepatutnya merungut pada DBP sendiri:-)) adalah apabila DPB seakan-akan 'malas' untuk mencari perkataan bahasa Melayu untuk beberapa perkataan bahasa Inggeris dan hanya memberikan perkataan yang sama dalam Kamus Dewan.  Bezanya hanya ejaan yang dimelayukan.  Bahasa Melayu lebih daripada kaya jika hendak dibandingkan dengan bahasa Inggeris kerana pengaruh yang banyak kesan daripada hubungan perdagangan mahupun sejarah penjajahan yang panjang.  Masalahnya adalah apabila kita berasa malu-malu atau rendah diri untuk menggunakan bahasa kita dan bimbang jika orang lain tidak faham sekiranya kita tidak menggunakan bahasa Inggeris (perasaan yang wajar). :-) saya hanya merungut kepada seorang sahabat yang saya kira mempunyai daya cinta yang sama pada agama, bangsa dan bahasanya.

Cadangan saya, tuan tandatangan email dengan Jurutera Pengumaian (Moulding) atau Jurutera Pengacuan (Moulding) atau Jurutera Molding (ejaan bahasa Melayu yang betul supaya tidak berlaku percampuran bahasa Melayu-Inggeris dalam teks yang sama).  Jika tuan memilih mana-mana antara tiga ini, tuan melakukan dua perkara; 1) jika tuan memilih sama ada pilihan pertama/kedua, tuan telah memperkenalkan perkataan Melayu untuk moulding dan membantu orang lain mengetahuinya, dan 2) jika tuan memilih yang ketiga, tuan mengetengahkan ejaan molding yang tepat dalam bahasa Melayu.

Wallahu a'lam.  Doakan kami di sini.  Jazakumullah.


Siti Hazneza bt. Abdul Hamid
4602 Wood Science Department,
Faculty of Forestry,
2005-2424 Main Mall,
Vancouver BC
V6T 1Z3
Canada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...