Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Sunday, January 29, 2012

Almari Buku Siti Hazneza

Almari Buku Siti Hazneza

Saya baru sahaja selesai membaca Novel agak klasik karya Pak Sako atau nama sebenarnya Ishak Hj Muhamad bertajuk Anak Mat Lela Gila yang terkenal itu.

Dari satu perenggan ke satu perenggan saya dapat rasankan rontaan hati beliau terhadap sikap pesimis orang melayu, mundur sikap dan krisis jati diri yang melanda orang melayu dan pribumi pada era pra-merdeka.

Sekarang saya mengadap pula Novel karya sahabat saya Siti Hazneza Abd Hamid yang bertajuk Sonata Kasihku.

Sesunggunya saya arif yang saya bukan pakar dalam menganalisa novel. Novel yang saya baca selalunya akan memberi impak imaginasi kepada saya, saya cukup mudah terbawa terheret masuk ke dalam novel yang saya baca. Atas sebab saya gemar menulis isu saya kerap menolak untuk mengelek novel dalam senarai buku-buku yang saya kelek ke hulu ke hilir. Menolak bukan kerana tak suka, tetapi saya memang macam tu.

Siti Hazneza suatu ketika dahulu selalu memberi ratusan semangat dan idea kepada saya untuk hidup walaupun dalam tempoh jangka waktu yang boleh dianggap singkat.

Saya cukup ralat kerana tidak membalas permintaan beliau untuk menjaga buku-buku beliau yang beralmari sebelum beliau dan suami bertolak ke kanada menyambung pelajaran. Saya dari awal telah berjanji kepada beliau untuk menjaga semua buku-bukunya. Dan saya yakin yang saya pasti akan menelan semua buklu-buku beliau sebelum sempat beliau pulang ke Malaysia.

Tetapi waktu itu saya dalam proses untuk berpindah ke Ipoh. Saya tidak tahu adakah buku-buku beeliau akan selamat dan sihat jika saya masih dalam proses berpindah, mengubah posisi hidup. Saya diam tetapi saya malu nak balas mesej-mesej yang beliau berikan untuk mengingatkan saya berkenaan buku-buku beliau. Sekarang saya dah ada rumah yang agak selesa. Dah ada 3 almari buku yang sarat. Dana saya menyesal tidak merletak rak-rak buku Siti Hazneza di rumah saya.

“Tuan Nuruddin, saya harap Tuan dapat menjaga semua buku-buku saya sebab saya mahu ia dimanfaatkan dan saya rasa awak yang paling mampu untuk memanfaatkan buku-buku saya itu…”

Suatu hari nanti selepas beliau pulang ke Malaysia, saya akan menjadi pendengar setia jika beliau berceramah atau membuat sesi bedah buku. Itu sahaja janji yang boleh saya berikan. Moga beliau selamat dan dilindungi Tuhan bersama suami dan anak-anak di l;uar negara.

Muhammad Nuruddin Bashah

Saturday, January 7, 2012

Jurulatih Nasyid paling sempoi...

Jurulatih Nasyid




Text:
Perkhidmatan Jurulatih Nasyid
-berpengalaman dalam bidang nasyid sejak 1997
-telah mengasaskan dan melatih beberapa kumpulan nasyid di Pulau Pinang & KL
-bayaran mengikut bentuk latihan dan jarak destinasi mengajar
-mengajar vokal dsn alat muzik perkusi
-akan melatih kumpulan nasyid hingga berjaya melakukan persembahan

Menerima tawaran mengajar sekitar Ipoh&Batu Gajah, Perak. Hubungi
0176291368(Cikgu Nuruddin) atau 0125296690 (Cikgu Ros)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...