Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Sunday, December 29, 2013

Rekreasi sambil belajar di Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Hari ini saya sekali lagi membawa keluarga ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang tetapi kali ini bersama Yusuf juga. 2-3 tahun dulu datang dengan adik Ipar Wahidah.

Banyak yang bermain di otak tiap kali datang ke Muzium...macam pita rakaman...pembacaan saya akan berputar dan tersusun mengikut 'time line' dan ia suatu kegiatan yang amat saya gemari.

Kali ini kami tidak membeli buku, sebaliknya beli dua buah CD dokumentari. Pertama adalah Sejarah Melayu Champa di IndoChina. Yang kedua adalah tajuk Diaspora Melayu di Afrika Selatan.

Sambil senang lenang petang-petang nak tatap buku mengantuk...gunakan CD ilmiah untuk santapan minda...rehat sambil otak dimuatkan dengan ilmu....

Selepas ke Muzium kami mandi sungai...jumpa keluarga India Sungai Petani...maka berkawanlah Yusuf dengan Abinash berusia 3 tahun itu....





Letih....




Asal-usul Nama Kedah
Bagi Sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al tarikh salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.

Asal Nama Kedah - Arab dan Parsi
Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai " Kilah" (Ibnu Khurdadhbih 846) atau "Kalah" (Ibnu Muhalhal, 941) atau "Qalha", "Qalha" ini dikatakan mempunyai empat buah daerah iaitu Kuala Qilah (Kuala Sungai Merbok sekarang) Kuala Bahang (Kuala Kedah) , Kuala Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi (disempadan Penis/Siam) dan Kuala Bara (sebuah Kuala Sungai di kawasan Setoi).

Asal Nama Kedah - Penulisan Sanskrit 
Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan Sankrit yang menyebut Kedah sebagai "Kataha" atau "Kadara" dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebur Kedah sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". "Kadaram" bermakna kuali besar dan "Kalagam" pula bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson nama Kedah berasal daripada perkaraan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan Arab. "Kedah" yang bermakna gelas berkaki. Pada zaman terdapat ramai pedagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriak perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang dagangan mereka. Daripada hasil penulisan sejarah pedagang­ pedagang China dan kronikel pelayaran mereka terdapat rujukan Kedah dalam pelbagai sebutan. Begitu juga dengan unsur-unsur Siam dan Jawa yang juga menyebut Kedah dengan gaya yang tersendiri.



Cantik pemandangan....kaum Hindu dulu-dulu pandai cari tempat untuk dijadikan Chandi....





Babi hutan terperangkap dalam sangkar belakang surau....










Muhammad Nuruddin Bashah
(Pendita Bitara)

Monday, October 21, 2013

Membeli Tafsir Ibnu Abbas


Saya berminat untuk mengetahui dan mendalami penafsiran Al Quran oleh Sahabat Rasulullah yang tersohor dalam bidang berkenaan iaitu Saidina Abdullah Ibnu Abbas.

Ibnu Abbas yang semenjak kecil diasuh oleh Nabi, malah pernah beliau solat mengikuti Nabi di bahagian belakang kiri, Rasulullah memiat telinga sambil mendukung beliau ke sebelah kanan...demikian akrabnya Nabi dengan beliau.

Saya mendapat kitab ini melalui Ustaz Khairi yang merupakan pembekal kitab secara ansuran kpada saya. Melalui ustaz juga saya melanggan mjalah As Sunnah sejak tahun 2007 hingga kini  dari Indonesia.

Tafzir yang saya miliki ini adalah himpunan tafsiran Ibnu Abbas yang disusun  oleh al Fairuzzubadi. Namun saya dapati ia memiliki banyak riwayat yang diriwayat mealui As Suddi dan Al kalbi yang terkenal membawa pandangan dhaif malah palsu dalam riwayat Ibnu Abbas. Tidak hairan A Fairuzzubadi berjaya mendapat 30 juzuk tafsiran Ibnu Abbas sedangkan ramai mengatakan beliau tidak emntafsirkan kesemua ayat Al Quran.

Saya dapat pula kitab Tafsir Ibnu Abbas riwayat Ali Bin Abi Talhah yang lebih sahih. hanya satu jilid dan ia logik kerana Ibnu Abbas hanya menafsir ayat terpiih sahaja.

Jom miliki koleksi tafsir dan telaah hingga mata dan minda kita cekang!

Muhammad Nuruddin Bashah


Buku Ikhwan dan saya....


Buku buku diatas saya keluarkan dari almari perpustakaan mini saya untuk menyiapkan makalah berkenaan perjuangan Ikhwan dan tulisan itu bersempena awal penggulingan Dr Morsi di Mesir. Ada banyak lagi buku fotokopi dan buku berkaitan Ikhwan yang lain, cuma tidak sesuai untuk dijadikan rujukan berkenaan kebangkitan dakwah Ikhwan.

Betapa sentimental gerakan tanzim ikhwan dengan pemikiran yang kini mengatur psikomotor dan kognitif mahupun ruhani saya hari ini...

Seawal sekolah saya hanya mendengar nama Ikhwanul Muslimin dari jauh...dari ungkapan beberapa ustazah dan ustaz yang pulang dari Mesir....

Saya tidak ambil pusing kerana di sekolah bukan tergolong dalam golongan usrah...

Dunia berubah apabila menyertai tanzim di matrikulasi...bahan-bahan bacaan ikhwan mulai meresapi jiwa kerana tangan tidak pernah lepas dengan memegang salah satu buku karangan pimpinan Ikhwan...

Di Negeri Sembilan..saya mengorek menggeledah beberapa kedai buku di Tampin N.S semasa berulang ke sana mengikuti pengajian di pondok ustaz Rauf Tampin (kekal hingga hari ini pondok tersebut)...

Mengaji ala konvensional bersama mengkaji bahan bacaan Ikhwan dengan rakan-rakan...cukup indah dan sedap...

Buku Pendidikan politk Ikhwan adalah tesis...saya beli di Universiti Malaya di Akademi islam semasa jualan terbuka pada sekitar tahun 2002....saya beli ttapi tangguh pembacaannya kerana berat....Buku ini dibedah siap setahun kemudian selepas faham beberapa polisi siasah dan pendidikan dalam jamaah Ikhwan...

Sekian sedikit sebanyak asal muasal kekaguman saya terhadap Ikhwan....

Muhammad Nuruddin Bashah



Tuesday, October 15, 2013

Melancong beli buku....

Di bawah adalah antara beberapa buah buku yang sempat saya beli di Bogor dan Jakarta baru-baru ini.

Buku Presiden Offside adalah buku terakhir saya beli di Lapangan Sukarno iaitu kedai buku hujung sebelum check in terakhir. Harga sekitar 40 000 rupiah. Buku yang cukup berani karya Desmond Mahesa dan mendapat sokongan daripada beberapa ahli akademik Indonesia.

Ramai penulis dan pembaca buku hebat seperti Prof Zaini Ujang dan TM Shaharom menulis berkenaan melancong membeli belah buku sebagai salah satu aktviti golongan yang hebat.

Ya untuk merealisasikan impian itu, sempena saya menemani isteri saya membentang kajian beliau di seminar anjuran Institut Pertanian Bogor saya sanggup meminjam wang untuk membeli banyak buku di sana...

Di Pulau Pinang saya pernah berjumpa ramai pelancong asing yang hadir semata-mata untuk mencari buku tertentu di Malaysia.

Indonesia terkenal dengan budaya penterjemahan yang cukup pesat, pantas dan hebat. Banyak buku 'muktabar' ilmiah diterjemah mereka...

Insya Allah saya akan kembali ke Indonesia untuk membeli belah buku lagi...

Muhammad Nuruddin
Pendita yang gemar membaca....












Saturday, June 15, 2013

'Shopping' buku kejuruteraan di Chowrasta



Semalam bersama Isteri, Muhammad Yusuf, Jannah (adik bongsu), Hidayah (kakak jannah) dan Omar (kawan kami) pergi ke Chwrasta Road ...

Hajat adalah untuk kembara shopping buku seperti yang kami gemar lakukan sekeluarga...

Sebelum tu makan nasi dulu di Line Clear Stall...bukan sedap mana pun..gempaq ja lebih ..itulah komentar saya jika ditanya berkenaan kesedapan Line Clear. Orang yang tidak pernah merasa kari lebih sedap akan menggembar gemburkan warung ini.

Di Chowrasta saya berpeluang membeli 3 buku kejuruteraan dan berkaitan pula dengan pekerjaan baru saya di bidang penghasilan bateri kereta....

Tajuk-tajuk buku itu adalah...

Modern manufacturing Process Engineering,
Corrosion Engineering dan
Process Control Instrumentation Technology

Dua yang pertama terbitan McGraw-Hill iaitu peberbit biasa yang tidakk asing di kalangan pelajar kejuruteraan...

Tajuk terakhir terbitan John Wiley & Son.

Saya juga beroleh sebuah buku bertajuk History Of The World karya J.M Roberts...cukup tebal sekitar 952 muka surat.

Dengan dicampur sebuah buku novel English yang dipilih isteri saya dan sebuah buku Perubatan untuk adik saya yang bakal menjadi Doktor harga buku cuma RM 168!

Semua buku yang saya beli (3 tajuk di atas) adalah buku 1st hand ..cuma ia mungkin tidak laku atau sebagainya.

Semoga Alllah  kekalkan peniaga buku seperti di Chowrasta ....

Muhammad Nuruddin Bashah
Penggemar Buku

Tuesday, May 7, 2013

Perginya Datuk Jamaluddin Mansur, suatu kehilangan besar penerbitan Islam

Saya baru mendapat khabar pemergian Datuk Jamaluddin Mansur  ke Rahmatullah siang tadi. Tuan Haji Jamudin Idris bekas editor majalah Milenia Muslim terbitan MMP yang memberi tahu beliau berita ini.


Walaupun saya berpeluang berjumpa dengan beliau sebanyak dua kali tetapi nampaknya peluang berlalu begitu sahaja.

Beliau antara individu yang optimis dengan bidang penerbitan bahan bacaan ilmiah bersifat Islamik. Beliau bankayak meluluskan artikel saya untuk disiar dalam Milenia Muslim. Beliau juga menerbit majalah Kunag-kunag dan Aniqah selain Milenia Muslim.



Rugi bagi generasi yang tidak sempat membaca dan meneliti isi kandungan Milenia Muslim. isinya progresif dan pragmatik berdasarkan skop isu semasa dunia Islam..

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau.

Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera yang suka menulis dan membaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...