Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Friday, December 26, 2008

Ibnu Sina dan teori kenegaraannya

Teori negara menurut Pandangan Ibnu Sina. Inilah tajuk buku yang saya miliki (salinan) sejak tahun 2006. Baru kini berkesempatan meneliti semula perpustakaan saya sendiri di rumah.

Dalam buku ini, Ibnu Sina diceritakan semua pemikirannya oleh H. Zainal Abidin Ahmad terbitan Bulan Bintang 1974. Idea Ibnu Sina berkaitan keadilan sosial, hak warganegara, pemerintahan yang telus dan praktikal serta bagaimana rakyat menggunakan akal untuk memakmurkan alam.

Perbandingan antara pemikirannya dengan pemikiran Marxism juga diberikan dalam buku ini.

Ramai hanya mengetahui Ibnu Sina atau gelaran Avicenna hanya memiliki kemampuan perubatan dan teologis-metafizik. Sebenarnya lebih lagi kemampuan beliau. Hampir tiada pemisahan fakulti, madrasah pemikiran dan ilmuan d zaman beliau.

Silalah baca buku ini. Saya dapati naskhah aslinya di Perpustakaan Universiti Malaya. Jika ingin membaca salinannya, sila hubungi saya (017-6291368).

Pendita Bitara
USM

Gerakan Freemason; kajian yang tidak habis-habis

Sekarang saya sedang membaca beberapa buku mengenai sejarah dan kebejatan Freemasonry tajaan Yahudi. Gerakan sejak era 45M ini telah mempengaruhi dunia melalui tajaan dan manipulasi norma dan budaya sedunia.
Sejak di Universiti Malaya saya amat tertarik dengan buku-buku di Perpustakaanya yang banyak tu terutama melibatkan buku-buku pertembungan ideologi dan ras.
Dulu saya mula tertarik dengan influensi Yahudi antarabangsa melalui buku Henry Ford iaitu International Jews.
Saya sedang membaca pula kini buku bertajuk Gerakan Freemason, Orientalisme dan Kristianisasi terbitan PMRAM. Saya hanya mampu memiliki dalam salinan fotokopi kerana tidak pernah melihat naskhah asli. Sesiapa yang ingin membaca buku ini bolehlah hubungi saya (017-6291368).
Dalam masa yang sama, saya juga meneliti keratan artikel-artikel Mastika berkenaan isu Freemason. Terima kasih Mastika kerana memainkan peranan sebagai majalah separa ilmiah yang amat bermanfaat.
Bahan yang MAHA penting dalam isu Freemason adalah.....isu Freemason di Malaysia. saya masih mencari untuk kajian.
Kajian akan dibentang dalam nota 'slide' sempena Kelas Aqidah anjuran Skuad Penyelamat Aqidah.
Pendita Bitara

Perpustakaan di Pesta Pulau Pinang

Semalam 25 Disember 2008, saya berkunjung ke Pasta Pulau Pinang. Antara benda yang terus emnarik hati saya adalah pameran dan jualan buku oleh pihak Perpustakaan Negeri Pulau Pinang.

Banyak buku berharga dan bernilai ilmiah dijual dengan potongan harga.

Ada aktiviti untuk kanak-kanak seperti mewarna dan melukis serta kempen Perpustakaan Mini untuk Anak Anda.

Moga perpustakaan terus menjadi tempat rujukan bagi ilmuan yang bermanfaat untuk masyarakat.

Pendita Bitara

Monday, December 1, 2008

Terus Membaca....

Membaca telah menjadi darah daging saya sejak saya menyedari pentingnya buku dan bahan bacaan sebagai makanan kedua manusia.

Semasa menjadi guru di dua sekolah swasta, saya memiliki banyak masa untuk membaca walaupun kadamgkala waktu bertugas hingga 4 petang. Semasa mengajar masih sempat mengambil peluang membaca. Semasa mengajar Al-Quran juga masih sempat menyemak buku dan tafsir Al-Quran. Juga semasa mengajar kelas tuition peribadi.

Kini, suasana bekerja jauh berubah. Saya berada di dunia industri yang mana perlu sentiasa aktif bekerja. Meja khas tidak tentu. Terutama semasa tempoh latihan ini, saya perlu mengguna masa sebaik mungkin untuk menimba ilmu kejuruteraan serta mengasah kembali apa yang telah dipelajari di kampus dahulu.

Saya masih membaca dan masih mampu menulis pada hari pertama bekerja. Saya selit buku bacaan tambahan di celahan buku jurutera saya. Antara buku yang sempat saya baca dan sedang saya teliti adalah buku Khidmat Masyarakat Peranan wanita di Zaman Rasulullah, Buku Problem Kemiskinan Apa Konsep Islam tulisan Dr Al Qaradhawi, kitab-kitab Bahrul Mazi (Sunan At Tarmizi), majalah as Sunnah daripada Indonesia (masih dilanggan daripada bekas Guru Besar saya), majalah Mastika, Utusan Pengguna, Harakah dan Buku-buku News Monitoring yang saya buat selama ini. Bahan bacaan daripada internet masih diikuti sambil-sambil bekerja. Masih sempat menulis surat ke berita Harian dan Harakah serta masih berdebat dan berbahas isu-isu sensitif Islam dalam yahoogroups tertentu.

Saya masih menunggu pesanan Kitab Syarah Riadhus Solihin karangan Dr Sheikh Uthaimin yang dipesan dari Indonesia melalui guru Besar saya.

Kini saya makin terasa betapa pentingnya ‘mood’ dan masa membaca yang betul serta berkualiti. Kepada yang banyak memilki masa terluang….membacalah…..dunia anda akan senantiasa luas walaupun bersendirian….

Muhammad Nuruddin Bashah
Ipoh 1 Disember 2008

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...