Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Tuesday, June 30, 2009











Sunday, June 28, 2009

Apakah dielek bahasa bagi kerajaan Srivijaya?

Saya secara tiba-tiba tergerak hati untuk membuka email spam saya. Terdapat email di bawah iaitu balasan daripada Web Dewan Bahasa dan Pustaka.

DBP : Soalan Belum Dijawab
Monday, 22 June, 2009 04:00
From:
"sbmbsys@dbp.gov.my"
Add sender to Contacts
To:
jihadin82@yahoo.com
Pertanyaan anda memerlukan rujukan yang lebih terperinci dan akan mengambil masa. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat ini .
Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sebenarnya saya member soalan secara talian (online) kepada Khidmat Nasihat DBP berkenaan beberapa persoalan bahasa yang saya hadapi.

Panjang juga soalan saya iaitu persoalan dielek apakah yang digunakan apabila Bahasa Melayu dikatakan menjadi Lingua Franca kerajaan Srivijaya. Perlu diingat, Srivijaya adalah kerajaan Buddha yang merangkumi Sumetera, Tanah Jawa dan Patani (Langkasuka). Apakah rakyat Langkasuka berinteraksi dengan dielek Bahasa Melayu aliran Srivijaya? Jika ia digunakan oleh Sultan Ternete mengutus surat kepada kerajaan Eropah, dielek apakah yang digunakan (sejarah merakam bahawa tulisan Sultan adalah tulisan jawi, dieleknya tidak diketahui).
Hari ini dielek yang digunapakai oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia adalah dielek Melayu Riau-Johor. Indonesia menambah perbendaharaan Jawa dan Betawi. Malaysia menambah dengan dielek Patani dan Minangkabau juga.

Soalan yang saya telah saya berikan secara SMS kepada Prof Emeritus Abdullah Hassan (bekas pensyarah ayah saya tahun 1974 di USM dulu). Beliau menjawab akibat kekangan masa kini, sehingga beliau tidak berkesempatan meneliti pelbagai bahan secara terperinci. Saya yakin ia ada secara tersirat dalam bahan-bahan yang disimpan oleh DBP mahupun Prof Abdullah. Jika saya ada peluang menelitinya sendiri, saya akan gunakan kesempatan itu..

2 hari kemudian DBP memberi email lagi kepada saya;


Salam sejahtera Muhammad Nuruddin Bin Bashah,
Soalan : Jika kerajaan srivijaya menobatkan bahasa melayu, saya ingin tahu dalam dielek apakah lingua fraca pada abad itu? Kerana kita tahun semua bangsa dan etnik kelompok melayu juga menganggap dielek merekalah yang benar2 linguaa franca pada zaman srivijaya

Jawapan : Bahasa Melayu menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dan orang-orang yang mendatang, seperti pedagang dari Eropah dan Asia Barat, dan pengembara dari India dan China. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penelitian dan penyelidikan kerana pertanyaan saudara memerlukan kajian mendalam. Saudara juga boleh mengunjungi mana-mana Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Nuruddin Bashah

Hati dan kesabaran sebuah Majalah Ilmiah

Artikel ini telah disiarkan oleh Dewan Masyarakat edisi Ogos 2009

Hati dan kesabaran sebuah Majalah Ilmiah

Kelmarin saya berkunjung ke ‘sumber ilmu’ saya iaitu Chowrasta untuk memilih-beli beberapa buku terpakai di sana. Pergi ke Chowrasta tanpa ada apa-apa obligasi atau paksaan. Sengaja pergi apabila rasa ada duit lebih untuk digunakan. Otak hanya berfikir ‘jom beli buku’.

Saya berjaya memiliki buku huraian dan teks asal Hikayat Merong Mahawangsa terbitan UM, buku Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia karangan Dr. A. Aziz Deraman serta buku Tamadun Melayu Jilid pertama yang menghimpunkan koleksi kertas kerja. Yang menariknya dalam buku Tamadun Melayu ini, terdapat satu kertas kerja yang ditulis oleh seorang berbangsa Portugis mengenai keadaan masyarakat Melaka sebelum dilanggar Portugis berdasarkan maklumat, tentatif dan surat-surat di Lisbon Portugal. Amat bermakna.

Saya juga membeli beberapa naskhah Dewan Msyarakat tahun 1978 hingga 1980. Terdapat bahan mengenai kes Universiti Merdeka yang sedang saya tulis ( isu adakah Bahasa Melayu menindas bahasa lain?) Tulisan yang dikupas pada waktu terjadinya isu adalah intepretasi yang hidup dan saksama. Bukan seperti huraian orang sekarang yang menulis dengan meneliti khabar-khabar lama. Itu kata abg saya semasa berjalan di Giant tadi.

Bila meneliti kulit Dewan Masyarakat, saya terfikirkan hikayat dan riwayat hidup majalah itu. Ia bekas kepunyaan orang lain yang lebih tua daripada saya. Ia dicetak pada sekitar tahun 1970an oleh penulis pada waktu itu. Dicetak untuk mengangkat tamadun ilmu rakyat Malaysia. Ia bersaing juga bersama-sama majalah picisan lain di pasaran. Ia berkhidmat kepada manusia pada zaman itu untuk memberi ilmu dan kesedaran malah mungkin merangsang minda mereka untuk bekerja kepada kebaikan. Akhirnya ia berada di kedai buku terpakai. Ia sabar menanti untuk dimiliki semula. Ia berdoa mungkin, agar dirinya tidak dibakar. Ia ingin badannya disingkap dan ditelaah lagi.

Saya, manusia seterusnya ditakdirnya memiliki dirinya. Saya beli dan kini ia berada di samping saya. Majalah-majalah ilmiah ini akan digunakan pula oleh saya yang ingin bekerja untuk masyarakat. Doa majalah itu termakbul jua selagi saya tidak terpesong matlamat keilmuan dan tekad kerja saya.

Sebenarnya buku-buku ilmiah dan majalah ilmiah terpakai zaman dahulu telah menghadapi kehidupan demi kehidupan. Kesetiaanya menyalur ilmu amat saya kagumi. Saya perhatikan kulitnya, teliti tulisan penulis muda zaman itu yang kini ada bergelar Dr., Datuk dan sebagainya. Ada falsafah berat yang ingin majalah dan buku-buku itu sampaikan kepada saya. Kerana itu saya selalu mengelek buku dan majalah terkini atau terpakai ke mana sahaja saya pergi. Suatu hari nanti, bahasa bisu majalah dan buku itu akan saya fahami juga. Dengan syarat, saya terus mengelek dan berdampingan mesra dengan mereka….


Pendita Bitara
Balik Pulau P.Pinang
Bercuti 3 hari kerja kilang.
28 Jun 2009

Thursday, June 25, 2009

Mengapa menulis?

Mengapa menulis?

Saya menulis sudah hampir seribu artikel sejak tahu menulis. Bila ditanya ke mana artikel saya pergi, jawab saya ia ada dalam fail-fail (zaman blog belum popular), dalam blog-blog saya, web-web tertentu (ada yang masih wujud atau ada yang telah dihapuskan), serta dalam akhbar tertentu. Tadi saya menerima sampul surat besar dari Dewan bahasa Dan Pustaka. Dalamnya ada sumbangan majalah Dewan Bahasa keluaran Julai (sekarang baru 26 Jun 2009) yang menerbitkan artikel agak panjang daripada saya. Saya juga menerima surat penghargaan daripada Editor Majalah Dewan Bahasa. Majalah ini adalah majalah kesayangan saya kerana majalah ini juga adalah majalah pertama terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu sejak tahun 1957. Saya akan terus menyumbang makalah ke Majalah ini.

Ada 3 buku yang saya telah tulis. Hanya satu diterima untuk diedit. Sudah hampir setahun ia belum diterbitkan kerana saya jurusan kejuruteraan sedangkan bahan tulisan itu berbentuk isu sirah pembelaan tuduhan terhadap Rasulullah. Memang sukar bagi penganut akademik sekular untuk menulis bahan bacaan agama.

Ada 4 atau 5 orang mantee saya sekarang yang menulis di bawah seliaan saya sendiri. Saya ada memberi satu tajuk berkenaan peranan bahasa Suryani kepada peralihan Ilmu Greek ke dalam Tamadun Islam Andalus. Salah seorang mengadu sukar mendapat maklumat apabila ditekaan perkataan ‘suryani’ dalam internet. Inilah cabaran! Mengapa kita menulis!

Rangkaikata yang ingin dipilih untuk dicari bahan akan ditemui apabila kita mendapat idea, gambaran umum isu berkenaan, kajian terdahulu jika ada serta pengetahuan umum kita berkaitan isu itu. Apabila telah ada korpus-korpus ini semua, barulah akan timbul istilah yang berguna untuk kita taip dalam ‘Google’ umpanya.

Kajian kita akan menjadi rujukan generasi akan datang. Kita mendokumentasikan ilmu kita untuk pemikir, mahasiswa dan pendakwah akan datang. Sukarnya kita hari ini mendapat maklumat suryani dalam internet. Adakah kita mahu adik-adik akan datang juga tidak menemui bahan yang sama? Bahan kitalah yang akan mereka temui apabila mereka mencari kajian yang sama melalui internet. Mereka akan mudah serta boleh menumpu tenaga mengkaji permasalahan lebih kritikal dan berat. Bukankah ia akan meningkatkan tamadun bangsa, tamadun Islam serta menaikkan taraf keilmuan secara menyeluruh pada masa akan datang? Jika mereka taip historiografi Ibnu Khaldun sebagai contoh, mungkin mereka menemui artikel saya juga nama saya iaitu Muhammad Nuruddin. Itu mungkin sumbangan saya. Itulah sebab mengapa saya menulis walaupun tidak diterbitkan. Disimpan dan disiar-rayakan walaupun kurang pembaca kerana saya bukan menulis bahan gosip atau picisan sebagai contoh. Mungkin akan ada pembaca krtitikal yang berminat tulisan itu. Inilah antara jawapan saya kepada mantee yang belajar menulis dengan saya pada waktu ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Mantor penulisan bagi penulis muda.

Tuesday, June 23, 2009

Adakah anda penggemar majalah?

Saya adalah juga pembaca majalah yang konsisten. Saya ada senarai majalah wajib yang perlu saya beli setiap bulan.

Antara majalah wajib saya adalah Majalah As Sunnah yang dilanggan dari Indonesia melalui guru Hadis saya Ustaz Khairi. RM 10 sahaja.

Majalah lain adalah Majalah Dewan Bahasa, Dewan Kosmik (Sains dan teknologi), Pelita Bahasa, Dewan Ekonomi, Dewan Masyarakat serta Dewan Sastera. DBP adalah pengeluar majalah yang kraismatik. saya akan buka helaian majalah ini semua secara berhati-hati, tengok gambar satu persatu, huraian bahasa cukup indah dan tenteram jika membacanya. Saya wajib ada semua majalah DBP diatas.

Saya juga membeli Mastika selalu. mastika terutama artikel umum ditenganya amat menarik dan berinformatif. Berguan untuk percambahan penulisan saya.

Saya juga kadang-kadang membeli Milenia tetapi bosan apabila ia dijadikan media untuk UMNO berkempen juga.

Kini saya tidak akan terlepas Majalah Al Islam kerana majalah ini telah melakukan sedikit rombakan konsep. Tanpa Astora Jabat Al Islam kini bukan majalah sesat lagi. Dalam Al ISlam ada banyak benda yangs saya perlukan untuk perjuangan Aqidah. ia ada liputan kes-kes mahkamah mengenai ancaman akidah, ada huraian tokoh yang memeluk Islam, pejuang Islam luar negara, liputan isu penghinaan terhadap Islam dan sebagainya. Al Islam kini beraktivisme seperti Mastika kerana Pengarangnya sama iaitu En Zulkarnain. Ada sahabat saya bekas ahli PMIUM dalam Al Islam iaitu saudara Nasaie.

Sebagai pengkaji isu umat, penyebar siar raya Islam, mahupun aktivis sosial, belilah majalah berkualiti untuk tatapan anda saban bulan. ia pencetus motivasi, pemberi maklumat segera malah mevariasikan pandang sarwa anda. Selamat melanggan dan membaca....

Pendita Bitara
Ipoh 9 malam
23 Jun 2009

Monday, June 22, 2009

Hidup dengan buku, laptop dan majalah


Keadaan bilik bila mengarang.....
Hidup dengan buku dan majalah adalah indah....

Wednesday, June 17, 2009

Budaya 'alien' ialah budaya membaca

Satu hari saya pergi minum kopi di kedai White House Kompleks KBJ Pulau Pinang. Bersama saya adalah satu ‘beban’ buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan USM. Buku-buku berkenaan adalah berkaitan sejarah dan perjuangan tulisan jawi serta beberapa buku mengenai pemikiran dan ideologi.

Ketika membayar bil, pekerja wanita muda yang menjaga kaunter menegur saya ,“ Adik buat assigment ke?” . “Adik ni dari USM ke?” “Kak dulu juga dari USM…bawak buku macam tu lah…bila buat assigment”. Saya angguk saja tak tahu nak cakap apa.

Bila pulang, saya terfikir.

Masyarakat Malaysia dikatakan hanya membaca dua buku secara purata selama setahun. Minda orang Malaysia terutama Melayu, amat janggal dengan buku hingga ada peribahasa “ ulat buku”. Sama ada ia membawa konotasi positif atau negatif, ia adalah fleksibel.

Masyarakat kita (terutama Mahasiswa atau bekas mahasiswa) akan terus anggap si pemegang buku-buku, atau mengelek buku ke sini ke mari, atau pegang buku semasa pergi ke kenduri sebagai budaya mahasiswa yang sarat otak untuk siapkan tesis atau tugasan.

Membaca kerana terpaksa.

Jika ini tabiat kita, diwariskan pula kepada anak-anak, bagaimana generasi kita kelak?

Bahaya! Masyarakat Malaysia dalam bahaya!

Saya menyarankan kepada mahasiswa yang gemar mengkaji dan membaca….bawalah buku ke mana sahaja anda pergi. Saya tidak membawa buku popular. Saya bukan penggemar penulis tertentu yang terkenal dan apabila semua beli bukunya baru saya beli.

Saya suka buku akademik. Kerana saya kaji isu. Tanpa siapa suruh, saya akan buat sendiri kajian atau kertas kerja untuk ‘disimpan’ jika berguna ‘pada suatu hari nanti’. Ini persiapan saya. Tanpa tujuan khusus. Sekurangnya…anak saya akan membaca dan disajikan dengan kertas-kertas kerja ilmiah yang saya sediakan tersebut.

Bila ada satu isu, atau tema, atau sistem, atau fenomena yang tidak saya ketahui, tidak saya kuasai atau belajar, maka saya akan mengumpul sejumlah buku untuk mendalami isu itu. Tidak mengira pengarang. Bahasa Melayu atau Inggeris. Jadi saya suka buku….kerana ia ada ilmu, jelas isu. Bukan kerana siapa karang, bukan kerana tugasan dan tesis wajib….ia tesis saya sendiri.


Muhammad Nuruddin Bashah
Ipoh Perak.
18 Jun 2009
7.29 pagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...