Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Friday, July 18, 2008

Syura penting di institusi pendidikan

Assalamualaikum….

Saya ingin menyorot pembaca yang dirahmati sekalian kepada tajuk asas sebuah gerakan Islam iaitu Syura. Syura adalah asas kejayaan. Syura adalah arahan ALLAH kepada insannya agar mneyelesaikan permasalahan secara syura. Syura adalah suatu perkara (tindakan) yang dijanjikan sakinah (ketenangan) oleh Allah kepada makhluknya.


Alangkah pincang sesebuah kilang tanpa syura
Aangkah hancur institusi pendidikan tanpa syura
Alangkah rosak sesebuah kampong dan komuniti tanpa syura
Alangkah musibahnya jika hidup tidak mengenal syura.


Syura adalah saranan Allah, sunnah rasul dan ikutan Sahabat…
Syura adalah pusaka Rasulullah SAW.


Alangkah kasihannya insan yang tidak mahu bersyura, tidak menghormati syura, menggunakan syura untuk mencari kesalahan tanpa menyelesaikan masalah, tidak berlapang dada, tidak berani dengan kebenaran.

Jom melaksanakan syura..di mana sahaja….insya Allah kita berjaya.

Muallim Muhd Nuruddin Bashah

Tuesday, July 15, 2008

Cetusan fikiran dalam menulis


Mari bersama menyemarakkan dunia penulisan. Cara ingin menggali idea. Saya ditemukan dengan buku Penulisan:Cetusan Fikiran oleh Susan R. Horton terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka di mana terjemahan dibuat oleh beberapa penel penterjemahan.

Ia bermula daripada bab Apakah penulisan dan mengapaa melakukannya sehingga ke bab mengedit draf terakhir anda. Di pertengahan pembacaan anda akan didedahkan dengan kaedah mencetus idea daripada penulisan orang lain malahan anda akan difahamkan bagaimana membaca pemikiran sendiri!

Jom baca buku ini. Tak tebal sangat pun. Moga ia bermanfaat untuk kita semua.

Muhammad Nuruddin Bashah

Monday, July 14, 2008

Selang masa murid dengan membaca...

Sebagai guru di sekolah swasta agama, guru akademik juga diminta untuk mengajar Al Quran bagi mana-mana kelas yang tidak cukup guru. Kiranya nak mengajar akdemik di sekolah agama ni kenalah persiap diri dengan ilmu Al Quran serba sedikit agar tidak menyusahkan guru diniyyah semata-mata.

Saya ditakdirnya mengajar tahun 2 dan 3 semenjak tahun lepas. Tahun ini lebih kurang seramai 6 0rang pelajar saya mengajar. Alhamdulillah mereka pandai dan lancar malahan ingin menghafaz Yasin pulak..

Saya dengan sengaja memilih untuk mengajar di dalam perpustakaan mini sekolah kami berbanding kawasan lain. Sejak tahun lepas begitu. Pada mulanya saya ceritakan kegembiraan jika kita mentelaah dan berjalan ke dalam dunia buku-buku cerita. Saya cakapkan kepada mereka bahawa umur mereka adaah umur mencari pengalaman yang di luar kawasan lokaliti mereka iaitu di Pulau Pinang. Buku akan membawa mereka merentasi zaman dan tempat.

Akhirnya mereka ingin membaca selalu. Saya berikan galakan agar mereka hanya dibenarnya menyentuh buku sejurus mereka selesai membaca Al Quran di hadapan saya. Nah, mereka semakin ghairah pula membaca Al Quran dengan tekun.

Sebagai guru atau ibu bapa, sila perhatikan anak-anak kita. Jika mereka ada tarikan pada buku, mudah tertarik jika buku dijadikan ganjaran tertentu, atau merasa sedih jika buku diapa-apakan, maka ada nilai intelek dan keilmuan dalam jiwa mereka. Perhatikan dan berikan tumpuan khas agar mereka tidak mati di pertengahan jalan mengembara menjelajah keseronokan buku !!

Muhammad Nuruddin Bashah
12.50 15 Julai 2008

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...