Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Thursday, May 14, 2009

Ilham cara menggunakan buku di perpustakaan...

Penggunaan perpustakaan belum optima semasa mahasiswa hari ini berada di kampus. tidak seperti suatu ketika dahulu, di masa buku adalah satu-satunya sumber tahu dan kearifan. Tiada online, tiada talian, tiada jaringan maklumat sesawang dan sebagainya. Di masa itu mahasiswa benar-benar membaca buku dan bergantung harap dengan buku untuk lulus, tahu dan bekerja kelak.
Kini peperiksaan kampus adalah ditangan pensyarah. Pensyarah sediakan nota, slide show dan sebagainya untuk pelajar mudah mentelaah dan menghafal sahaja ilmu tanpa diselidiki asal usul. Dahulu di Universiti Malaya, saya yang berjurusan kejuruteraan juga mengalami fenomena yang sama....
Apa perlu perpustakaan, jika semua sudah diringkaskan dan mudah didapati, sekali sahaja fotokopi pada awal semester, semua masalah akan selesai. Korpus pelajaran telah ada...apa lagi..telan terus..
Ada yang berpendapat kini, perpustakaan akan kian malap penggunaannya bila selesai graduasi. Kerana bila bekerja, apa lagi yang ingin dirujuknya. Dunia idealisme telah selesai. Kini alam pragmatik, aktual dan praktikal. Itu kata orang. Kata saya lain...
Saya ketagihkan jurnal, tesis dan buku-buku kejuruteraan di perpustakaan Universiti Malaya kembali. Saya kini telah tahu cara menggunakan buku kejuruteraan kerana berada dalam dunia aktual. Dunia ini menghendaki saya meneliti asas dan basis kepada apa yang saya kerjakan. Permasalahan perlu segera diselesaikan menggunakan pengalaman kearifan insan lain yang menulis di buku-buku besar di UM...
Tetapi dikhabarkan saya perlu sediakan RM 1000 untuk menggunakan perpustakaan itu semula sebagai alumni. Sedih juga.
Bukan salah mahasiswa jika kini mereka tidak lagi tahu menghargai buku di perpustakaan. Hal ini berlaku tanpa kerelaan mereka. Kepada yang benar-benar bekerja, mereka akan mula mendapat ilham bagaimana menggunakan buku-buku besar di perpustkaan dalam jurusan mereka. Mereka akan merasa menyesal tidak lagi berpeluang mudah ke perpustakaan. Kini sahabat-sahabat saya menolong saya meminjam buku di perpustakaan USM. Bukan tiada buku di USM, malah banyak. Tetapi masalahnya ialah...BUKAN SAYA yang sendiri menatap buku semasa mencari-cari dari rak ke rak....itulah masalah saya sekarang....
Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera Metallurgis
Prima Metal SDN BHD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...