Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Sunday, December 29, 2013

Rekreasi sambil belajar di Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Hari ini saya sekali lagi membawa keluarga ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang tetapi kali ini bersama Yusuf juga. 2-3 tahun dulu datang dengan adik Ipar Wahidah.

Banyak yang bermain di otak tiap kali datang ke Muzium...macam pita rakaman...pembacaan saya akan berputar dan tersusun mengikut 'time line' dan ia suatu kegiatan yang amat saya gemari.

Kali ini kami tidak membeli buku, sebaliknya beli dua buah CD dokumentari. Pertama adalah Sejarah Melayu Champa di IndoChina. Yang kedua adalah tajuk Diaspora Melayu di Afrika Selatan.

Sambil senang lenang petang-petang nak tatap buku mengantuk...gunakan CD ilmiah untuk santapan minda...rehat sambil otak dimuatkan dengan ilmu....

Selepas ke Muzium kami mandi sungai...jumpa keluarga India Sungai Petani...maka berkawanlah Yusuf dengan Abinash berusia 3 tahun itu....





Letih....




Asal-usul Nama Kedah
Bagi Sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al tarikh salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.

Asal Nama Kedah - Arab dan Parsi
Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai " Kilah" (Ibnu Khurdadhbih 846) atau "Kalah" (Ibnu Muhalhal, 941) atau "Qalha", "Qalha" ini dikatakan mempunyai empat buah daerah iaitu Kuala Qilah (Kuala Sungai Merbok sekarang) Kuala Bahang (Kuala Kedah) , Kuala Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi (disempadan Penis/Siam) dan Kuala Bara (sebuah Kuala Sungai di kawasan Setoi).

Asal Nama Kedah - Penulisan Sanskrit 
Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan Sankrit yang menyebut Kedah sebagai "Kataha" atau "Kadara" dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebur Kedah sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". "Kadaram" bermakna kuali besar dan "Kalagam" pula bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson nama Kedah berasal daripada perkaraan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan Arab. "Kedah" yang bermakna gelas berkaki. Pada zaman terdapat ramai pedagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriak perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang dagangan mereka. Daripada hasil penulisan sejarah pedagang­ pedagang China dan kronikel pelayaran mereka terdapat rujukan Kedah dalam pelbagai sebutan. Begitu juga dengan unsur-unsur Siam dan Jawa yang juga menyebut Kedah dengan gaya yang tersendiri.



Cantik pemandangan....kaum Hindu dulu-dulu pandai cari tempat untuk dijadikan Chandi....





Babi hutan terperangkap dalam sangkar belakang surau....










Muhammad Nuruddin Bashah
(Pendita Bitara)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...