Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Saturday, April 23, 2011

Sunday, April 17, 2011

Jalan-jalan ke Zoo Taiping dan Kota Ngah Ibrahim

Menziarahi Kota Menteri Larut Ngah Ibrahim di Matang Taiping (17 April 2011) cukup memberi kesan dalam jiwa saya dan isteri saya Wardah. Kami disambut ala-ala menyambut pengkaji sejarah oleh penjaga keselamatan dan penjaga kota berkenaan mungkin selepas melihat kesungguhan kami membelek setiap peralatan kota, dinding batu, lubang bekas meriam dan kawasan runtuhan menara kawalan utara selatan di kota berkenaan.

Ya, Ngah Ibrahim yang membina kota mewah dan indah ini adalah bertujuan untuk melindungi perjalanan perniagaan Bijih timah yang 100% menjadi milik keluarganya tapa campur tangan Sultan Perak. Tetapi saya terlupa sejarah bagaimana Kota hebat da kukuh ini kemudiannya menjadi milik British! Malah pejuang melayu Dato’ Maharajalela, dato’ Sagor dan senagkatannya dibcara dalam Rumah itu malah pejuang-pejuang melayu yang ditudu membunuh Birch dipasung dalam salah satu blik Ngah Ibrahim. Adakah Ngah Ibraim pengkhianat melayu sehingga Kotanya menjadi tempat British membalun melayu? Saya alpa sejarah pada saat itu, terlupa benar sehingga saya membaca semula sejarah beliau.

Ngah Ibrahim dan bapa mentuanya, Mohamad Amin bersama-sama Sultan Abdullah, yang memerintah di Hilir Perak abad ke-19, ialah antara beberapa orang yang disabitkan dengan pembunuhan Residen British pertama di Perak, JWW Birch, di Pasir Salak pada 2 November 1875.

Berikutan penangkapan mereka, ketiga-tiganya dan Datuk Syahbandar Uda Maamor dibuang negeri ke Seychelles di Lautan Hindi pada 1877. Orang Asli yang membunuh Birch, iaitu Si Putom, bersama Datuk Maharaja Lela serta bapa mentuanya, Pak Indut dan Datuk Sagor serta beberapa sekutu mereka dibicarakan atas tuduhan melakukan pembunuhan itu dan digantung di Matang pada tahun yang sama.

Selepas 16 tahun dalam buangan, Sultan Abdullah diampunkan oleh British dan dibenarkan kembali ke Perak dan tinggal di Kuala Kangsar sehingga kemangkatannya. British bagaimanapun menolak rayuan Ngah Ibrahim, Mohamad Amin dan Uda Maamor untuk kembali ke Perak.

Mereka dihantar ke Sarawak dan ke Singapura di mana Ngah Ibrahim meninggal dunia pada 4 Februari 1895 dan Mohamad Amin pada 1908. Uda Maamor juga dipercayai meninggal dunia di Singapura.

Ngah Ibrahim membangunkan sebuah kota, yang kini dipanggil Kota Ngah Ibrahim di Matang yang menjadi pusat pentadbirannya. Ngah Ibrahim merupakan Orang Kaya Jajahan, dan mempunyai visi meluas untuk memajukan daerah Larut Matang. Dalam tahun 1872, Ngah Ibrahim telah menggajikan Kapten Tristam Speedy sebagai Setiausaha (Pentadbir) di dalam wilayahnya.

Ngah Ibrahim menguatkan pasukan polisnya. Pasukan polis yang diwujudkan oleh Kapten Tristam Speedy (pekerja Ngah Ibrahim) dalam tahun 1873 terdiri dari 110 orang anggota Sikh yang diambil dari wilayah Patiala, Ludhiana dan Ferozepur di Punjab, India untuk menjadi Sepoi. Mereka dilengkapkan dengan senapang dan pistol, dan mempunyai 4 laras meriam Krupps.

Selepas satu perbicaraan yang diadakan di Kota Ngah Ibrahim (saat itu menjadi Markas dan kediaman Kapten Tristam Speedy) Datuk Maharajalela dikenakan hukuman gantung. Kepten Speedy patutnya taat kepada Ngah Ibrahim sebaiknya mengikut telunjuk Birch mengambil semua hasil cukai milik Ngah Ibrahim (cukai belia dijamin oleh perjanjian Pangkor tetapi dikhianati oleh Birch) Oleh kerana tiada bukti kukuh yang boleh menambat Ngah Ibrahim kepada pembunuhan Birch, Ngah Ibrahim, bersama bapa mentuanya Laksamana Mohamad Amin dikenakan hukuman buang negeri ke Kepulauan Seychelles bersama-sama Sultan Abdullah. Pada tahun 1877, Ngah Ibrahim dihantar ke Kepulauan Seychelles untuk menjalani hukuman buang negeri. Perjanjian Pangkor sepatutnya tidak memberi impak kepada Ngah Ibrahim tetapi klaus yang melantik Residen British itulah yang menyebabkan British diberi hak mengambil cukai juga. Manakala perlantika Penolong Residen iaitu Kepen Speedy menyebabkan Kepten Speedy naik tocang dan merampas Kota tersebut!

Lihat perangai orang putih penjajah. Buat baik dengan pemimpin melayu akhirnya rampas semua milik Ngah Ibrahim.

Di kota itu anda akan melihat ketebalan batu bata lamanya setebal 2 inchi sahaja sama seperti penmbuatan kota-kota kubu lain di tanah melayu. Ini menghasilkan struktur yag kukuh dan tebal kekuatan alah yang tinggi) kepada batu bata berkenaan.

Kota itu pernah ditawan Jepun dan menjadi markaz jepun. Semasa Jepun serang Perak, kapal terbang ZERO pernah terhempas dan serpihannya ada dipamer dalam Kota Ngah Ibrahim hari ini. Ada kipas, radio, telefon dan peralatan elektrik lama zaman British dan Jepun ditayang. Saya asyik membelek suis dan elektronik lama untuk melihat bagaimana ia berfungsi berbanding peralatan moden yang kecil dan kompak.

Terdapat replika bajah bernama Larut milik Long Jaafar di mana kaki larut pernah dipenuhi dengan bijih timah berlumpur sebelum Long jaafar memajukan Matang.

Kota itu juga digunakan untuk memantau perjalanan muara sungai ke Laut (sekarang dah tiada kerana ditimbus) untuk membawa bijih timah.

Seperti biasa saya yag gila buku membeli buku bergambar bertajuk MERIAM dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu berharga RM 45. Buku tersebut sememangnya sukar didapati di kedai buku biasa. Jadi saya sering mengajurkan perlancongan membeli buku di muziam denga kempen satu muzium satu buku dibeli….

Muhammad Nuruddin Bashah










Mesin kira lama analog


Buku yang dibeli di Muzium Kota Ngah IBrahim

Bekas cop British


Gambaran perbicaraan pejuang melayu di rumah Ngah Ibrahim itu


Sungai di belakang kota sudah tiada


Tapak asal menara kawalan Selatan

Dulu di sini sungai

Dinding asal kota yang ditampung dengan bata baru tetapi bersaiz kecil juga


Batu bata setebal 2 inci

Lubang tempat meletak meriam melayu
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...