Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Sunday, April 27, 2008

Manhaj Harakiy Dalam Sirah



Semasa saya berjumpa dengan Dr. Aziz Hanafi di jitra baru-baru ini, beliau pernah bertanya kepada Dr Yusuf Al Qaradhawi, kitab sirah manakah yang paling baik, sama ada Fiqh As Sirah Dr Ramadhan Al Butiy atau Fiqh as Sirah karangan Muhammad Al Ghazali. Dr Yusuf menjawab kitab yang paling baik adalah karangan Muhammad Al Ghazali kerana beliau adalah guru Al Qaradhawi.

Al Qaradhawi menyarankannya kerana kitab tersebut lebih menjurus kepada halatuju jihad dan amal Islam harakiyyah berbanding karangan Dr Ramadhan yang lebih menjurus kepada fiqh (fekah) dan ibrah umum.

Pada saya, selain buku sirah yang disarankan itu, saya juga meneliti kitab sirah Fiqh Harakah 3 jilid oleh Tuan guru Abdul Hadi Awang yang berfakta dan berunsur harakiyyah juga mengikut konteks tempatan (Malaysia).

Selain itu pembaca semua bolehlah meneliti Kitab Manhaj Haraki Dalam Sirah Nabi SAW karangan Muhammad Munir Al Ghatban. Buku ini adalah refleksi positif beliau terhadap buku Maalim Fi At Toriq Syed Qutb. Syed Qutb menyarankan agar ada satu fasa yang digelar Al Waqiiyyah Al Harakiyyah iaitu satu fasa di mana petugas Islam dibekalkan dnegan bahan bacaan dan kajian yang realiti dan mampu diterapkan tanpa menjejaskan tafsiran dalil-dalik qaie.

Beliau merasakan peringkat-peringkat dakwah Nabi mengandungi 1001 fasa dan taktik yang praktis untuk diajar kepada petugas Islam kontemporari. Lantaran itu beliau menyahut (semampu beliau) seruan buku Maalim Fi At Toriq untuk menyediakan para petugas dengan tarbiyyah waqiiyyah yang praktikal.

Banyak yang terkeliru dnegan dalil qaie atau memborong sahaja dalil berkenaan tanpa meneliti fasa dan keutamaan (awla atau tidak) penerapan dalil berkenaan. Sebagai contoh dakwah perlaksanaan hudud, pengharaman arak dan sebagainya. Dikatakan oleh sebahagian daie, bukankah sudah tiada lagi tadarruj (pemeringkatan) dalam perlaksanaan hukum-hukum qaie tersebut? Bukankah ia perlu dilaksanakan sekarang juga bila berkesempatan. Persoalannya dimana pula hilang fiqh dan seni marhaliyyah (pemeringkatan) yang ditinggalkana oleh Nabi secara tersirat dalam sunnahnya? Inilah dilemma petugas Islam dan mangsanya adalah masyarakat yang keliru. Akhirnya gelaran fundementalis dan ekstrimis yang diberikan kepada petugas Islam yang bertelagah itu.

Bacalah buku Dr Munir ini disamping buku-buku sirah lain. Anda pasti akan dapat sesuatu…..

Pendita Bitara
Al Itqan PP.

Wednesday, April 23, 2008

bibliomania....

Membaca kena tekun. saya suka lihat kawan-kawan, anak murid, orang sekeliling yang tekun membaca...tak kisah dunia sekeliling....larut dengan dunia pembacaannya sahaja.....

Suka untuk saya jelaskan di sini perbezaan antara bibliomania, biblioholik, bibliofil dan pelbagai lagi kegilaan buku yang wujud di atas muka bumi ini.

Bibliomania lebih kepada tindakan suka beli buku, simpan buku atau terima hadiah buku. tapi belum tentu dia sabar dalam usaha membaca buku-bukunya.

Biblioholik adalah kegilaan membaca secara rakus. Tidak boleh lihat kepada penghinaan terhadap usaha menerbit buku, usaha mencetak dan sebagainya. Ada yang sanggup berjuang sebarkan maklumat tentang sesuatu buku. Ada yang sanggup minum air rebusan buku.

Bibliofil tidaak taksub sangat dengan naskhah buku tetapi cintakan kandungan dalam buku. Mereka kadangkala sanggup pinjam dan fotokopi sahaja buku jika tiada wang. Mereka gilakan kajian dan isu melebihi lembaran kertas buku itu.

Pada saya buku ada nilai klasik yang tubuh selaras dan selari dengan kewujudan tamadun manusia. Manusia sinonim dengan tindakan menulis dan mencatat dengan tangan dan menyimpan maklumat dalam bentuk helaian. Lantaran itu e-book dan bacaan web tiada nilai estetika, ruh pembacaan dan semangat yang tulen berbanding membaca secara langsung daripada naskhah buku.

Mak saya suka cium helaian buku yang baru dibeli. Saya tak tau apa jenis penyakit buku yang ini....

Pendita Bitara : Kalau lah mata tak mudah berair baca buku...mesti nak habiskan 10 buku satu malam.....

Hak Asasi Manusia

Judul : konsep Hak asasi Manusia
Pengarang: Norraihan Zakaria
Terbitan : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Mukasurat: 227

Sinopsis:
Buku ini merupakan antara sejumlah buku yang saya baca berkaitan hak asasi dalam usaha kajian saya dan SPAQ membuat penerangan berkaitan hak asasi dan perkaitannya dengan Islam. hak asasi merupakan perjuangan yang insani dan penting, namun begitu hak asasi selalunya mnejadi landasan utama sekular untuk merasuki sistem kemanusiaan kita. sekular muncul pada awalnya atas tiket kebangkitan kesedaran nilaian hak asasi.


Dalam b uku ini, teori umum hak asasi menurut universalisme dan relativisme dibahaskan. Dilemma penakrifan hak ini yang selalunya bercanggah dengan adat, budaya dan tradisi membawa pertikaian yang tidak kunjung habis.

Teori Hobbes, Locke dan Rousseau diterangkan secara jelas gterutama melibatkan kontrak sosial dan objek perbahasan sama ada individu atau masyarakat.

Pendita Bitara : tengah jenuh dok baca buku-buku ideologi sekular. Semua buku asal Locke, Hobbes, Adam smith, Karl Marx akan dikumpul dan dibaca satu persatu. Kekuatan minda dan kesabaran amat penting untuk menghabiskan membaca kesemua karya tersebut.



John Locke; tokoh hak asasi sekular barat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...