Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Tuesday, June 23, 2009

Adakah anda penggemar majalah?

Saya adalah juga pembaca majalah yang konsisten. Saya ada senarai majalah wajib yang perlu saya beli setiap bulan.

Antara majalah wajib saya adalah Majalah As Sunnah yang dilanggan dari Indonesia melalui guru Hadis saya Ustaz Khairi. RM 10 sahaja.

Majalah lain adalah Majalah Dewan Bahasa, Dewan Kosmik (Sains dan teknologi), Pelita Bahasa, Dewan Ekonomi, Dewan Masyarakat serta Dewan Sastera. DBP adalah pengeluar majalah yang kraismatik. saya akan buka helaian majalah ini semua secara berhati-hati, tengok gambar satu persatu, huraian bahasa cukup indah dan tenteram jika membacanya. Saya wajib ada semua majalah DBP diatas.

Saya juga membeli Mastika selalu. mastika terutama artikel umum ditenganya amat menarik dan berinformatif. Berguan untuk percambahan penulisan saya.

Saya juga kadang-kadang membeli Milenia tetapi bosan apabila ia dijadikan media untuk UMNO berkempen juga.

Kini saya tidak akan terlepas Majalah Al Islam kerana majalah ini telah melakukan sedikit rombakan konsep. Tanpa Astora Jabat Al Islam kini bukan majalah sesat lagi. Dalam Al ISlam ada banyak benda yangs saya perlukan untuk perjuangan Aqidah. ia ada liputan kes-kes mahkamah mengenai ancaman akidah, ada huraian tokoh yang memeluk Islam, pejuang Islam luar negara, liputan isu penghinaan terhadap Islam dan sebagainya. Al Islam kini beraktivisme seperti Mastika kerana Pengarangnya sama iaitu En Zulkarnain. Ada sahabat saya bekas ahli PMIUM dalam Al Islam iaitu saudara Nasaie.

Sebagai pengkaji isu umat, penyebar siar raya Islam, mahupun aktivis sosial, belilah majalah berkualiti untuk tatapan anda saban bulan. ia pencetus motivasi, pemberi maklumat segera malah mevariasikan pandang sarwa anda. Selamat melanggan dan membaca....

Pendita Bitara
Ipoh 9 malam
23 Jun 2009

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...