Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Monday, December 1, 2008

Terus Membaca....

Membaca telah menjadi darah daging saya sejak saya menyedari pentingnya buku dan bahan bacaan sebagai makanan kedua manusia.

Semasa menjadi guru di dua sekolah swasta, saya memiliki banyak masa untuk membaca walaupun kadamgkala waktu bertugas hingga 4 petang. Semasa mengajar masih sempat mengambil peluang membaca. Semasa mengajar Al-Quran juga masih sempat menyemak buku dan tafsir Al-Quran. Juga semasa mengajar kelas tuition peribadi.

Kini, suasana bekerja jauh berubah. Saya berada di dunia industri yang mana perlu sentiasa aktif bekerja. Meja khas tidak tentu. Terutama semasa tempoh latihan ini, saya perlu mengguna masa sebaik mungkin untuk menimba ilmu kejuruteraan serta mengasah kembali apa yang telah dipelajari di kampus dahulu.

Saya masih membaca dan masih mampu menulis pada hari pertama bekerja. Saya selit buku bacaan tambahan di celahan buku jurutera saya. Antara buku yang sempat saya baca dan sedang saya teliti adalah buku Khidmat Masyarakat Peranan wanita di Zaman Rasulullah, Buku Problem Kemiskinan Apa Konsep Islam tulisan Dr Al Qaradhawi, kitab-kitab Bahrul Mazi (Sunan At Tarmizi), majalah as Sunnah daripada Indonesia (masih dilanggan daripada bekas Guru Besar saya), majalah Mastika, Utusan Pengguna, Harakah dan Buku-buku News Monitoring yang saya buat selama ini. Bahan bacaan daripada internet masih diikuti sambil-sambil bekerja. Masih sempat menulis surat ke berita Harian dan Harakah serta masih berdebat dan berbahas isu-isu sensitif Islam dalam yahoogroups tertentu.

Saya masih menunggu pesanan Kitab Syarah Riadhus Solihin karangan Dr Sheikh Uthaimin yang dipesan dari Indonesia melalui guru Besar saya.

Kini saya makin terasa betapa pentingnya ‘mood’ dan masa membaca yang betul serta berkualiti. Kepada yang banyak memilki masa terluang….membacalah…..dunia anda akan senantiasa luas walaupun bersendirian….

Muhammad Nuruddin Bashah
Ipoh 1 Disember 2008

5 comments:

Anonymous said...

I read some of your writtings in the JIM e-groups. And your recent postings bring me to this blog. I would like to suggest if you could spend sometime to reseach on learnings technology or techniques. This will help our young generations to study faster and remember more. We cannot run away from the fact the the education system in Malaysia requires our children to have a superb memory capacity to succeed.

Anonymous said...

Salam..
Boleh kongsi macamana masih ada 'mood' membaca walaupun dalam kesibukan bekerja?Saya cuba untuk banyak membaca bacaan selain daripada apa yang dipelajari di kampus..tapi kurang stamina dan fokus jadinya..

Anonymous said...

Boleh..saya berminat mengkaji...tetapi saya belum dapat gambaran....sila email saya ; jihadin82@yahoo.com

Untuk membaca bahan selain bahan akademik kampus...anda perlu rasai nikmat rakus menatap buku...macam mana? Mulakan dgn memaksa memegang buku....dan jadilah penyampai ilmu...anda pasti gian membaca...

Anonymous said...

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam kenal dari saya, semoga blog saya yang pertama yang berbayar ini bisa menambah khasanah pemikiran dan wawasan ke-Islam-an kita semua terutama tentang salawat nabi yang sekarang sedang jadi bahasan dalam blog saya

Dan selamat hari raya Idul Adha 1429 H
Semoga Allah Memberkahi kita semua

Dan ( lagi ) ditunggu kunjungannya

Amin

Anonymous said...

ni blog hina islam, sila awasi http://adibahahmad.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...