Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Monday, October 6, 2008

Inginkah daging korban anda ditinkan?

Semalam saya berkunjung di sebuah rumah kakitangan sekolah (tempat saya bekerja) untuk menziarahi rumahnya sendiri sempena hari raya. Walaupun kami sama-sama dari Balik Pulau, saya hanya pergi ke rumahnya hanya sekali sekala dan tidak pernah berkesempatan menjenguk sendiri ke dalam rumahnya.

Beliau adalah antara keluarga yang layak menerima zakat tetapi terpinggir dari senarai kebajikan masyarakat kerana belum pernah menerima sebarang bantuan dengan kesesakan hidup yang dihadapinya. Gaji yang sekadar RM 700 ++ tidak berdaya menampung belanja makan dan pendidikan 6 orang anak. Tanpa kenderaan yang sempurna untuk beliau berulang alik ke Teluk Kumbar saban hari.

Saya telah mengambil keputusan untuk menyalurkan bantuan bulanan iaitu beras dan milo (2 makanan rugi keluarga dia katanya). Mungkin wang ringgit yang sekadar RM 50 – RM 100 tidak akan bermakna bagi sesetengah orang. Tetapi jika bagi keluarga ini, jika ia ditukar kepada beras dan barang dapur, ia bagaikan nyawa bagi mereka.

Tentang misi kebajikan juga, saya ada berjumpa dengan Ketua Unit Amal Balik Pulau iaitu saudara Roslan Mat Atan untuk membincangkan hubungan kerjasama antara Unit Amal dengan Muslim Aid di Kuala Lumpur. Kami di sini berminat untuk membuat kerjasama untuk mengedarkan daging korban dalam tin yang diagihkan oleh Muslim Aid di Balik Pulau bersama-sama bahan bantuan lain dari kami seperti beras dan barang dapur lain.

Tegasnya, Muslim Aid memerlukan pengorban iaitu individu yang berkemampuan serta suka mengonfaq harta di jalan Allah. Korban yang disalurkan melalui Muslim Aid berlainan sekali. Dengan hanya bayaran RM 350, kita akan diberi seekor kambing atau bahagian lembu. Korban ini akan dilaksanakan melalui amanah kita kepada Muslim Aid dan kos bayaran tadi akan digunakan untuk menyembelih, memasak daging dan ditinkan. Tin tersebut tahan selama 2-3 tahun dan mampu diagih juga ke luar Negara untuk misi perang dan kebajikan antarabangsa.

Saya terfikir, betapa nutrisi dan zat makanan amat penting bukan sekadar nasi dan tepung penyambung nyawa. Alangkah mulianya jika kita mampu berikan zat dan vitamin dari setin daging korban kepada sebuah keluarga di mana rata-rata kita mampu menikmati daging hampir setiap hari.

Di KL dulu saya tertarik dengan cara Food Not Bomb edarkan makanan vegeteriannya. Dipilihnya sayur kerana sesuai untuk semua agama dan kaum. Di edar bahan berkhasiat kepada pengemis dan orang yang lapar. Sekadar seminggu mereka dapat makan sayur yang pelbagai cukup untuk mereka mendapat antibodi untuk meneruskan hidup minggu ke minggu.

Saya berharap dan mneyeru agar lebih ramai akan menjalani ibadat korban melalui Muslim Aid. Anda boleh menghubungi saya di 017-6291368 ( jihadin82@yahoo.com) atau Muhammad ( 012 3377195). Daging yang ditinkan boleh disalurkan sepanjang tahun berbanding pengedaran daging mentah.

Dengan kerjasama Unit Amal, daging tersebut akan tepat sampai ke sasaran Insya Allah. Mereka benar-benar bekerja untuk Allah. Silalah membuat keputusan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Anggota unit Amal Balik Pulau
Aktivis Muslim Aid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...