Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Thursday, December 29, 2011

Kertas Kerja : Gerakan Penjajah Sekularkan Tanahair kita

Kertas Kerja : Gerakan Penjajah Sekularkan Tanahair kita

Muhammad Nuruddin Bashah & Wardah Abd Rahman

Yahudi pencetus sekular musuh Kristian

· Istilah sekularisme ( arab Al-‘Ilmaniyyah) = istilah Latin iaitu ‘saeculum’ yang mempunyai banyak pengertian. David Martin dalam bukunya The Religious and the Secular, perkataan sekular sama eerti religion. Makna merujuk kepada masa dan tempat. Masa bersifat kekinian. Tempat bermaksud keduniaan. Abad ke-19, secular diertikan sebagai bidang-bidang di mana gereja tidak berhak sama sekali ikut campur dalam bidang ekonomi, politik dan ilmu pengetahuan[1].

· Menurut pengkaji Barat, perpindahan secara besar-besaran orang-orang Yahudi dari Palestin ke Eropah adalah merupakan suatu rancangan mereka untuk menghancurkan agama Kristian.

· Sebilangan Cardinal- Cardinal di Vatikan berasal daripada keturunan Yahudi. Sebagai contoh, Saul (Paul) berbangsa Yahudi Parsi yang memeluk Kristian telah mengubah agama tersebut dari agama tauhid kepada triniti, mengiktiraf ketuhanan Isa, Ruhul Qudus dan mereka-rekakan cerita penebusan dosa kerana kesalahan manusia.

· Antara keturunan Yahudi terkenal yang telah memeluk Kristian ialah Dasraeilli, lahir pada awal abad ke-19 dan akhirnya menjadi Perdana Menteri British pada tahun 1874[2].

· Freemasonry (gerakan menyamar sebagai Kristian) berasal dari gerakan rahsia yang dibuat oleh sembilan orang Yahudi di Palestin pada tahun 37 M, usaha untuk melawan Kristian, dengan cara pembunuhan.

· Menurut buku Kabut-kabut Freemasonry, salah seorang yang disebut sebagai pendirinya adalah Herodes Agripa I (keluarga Herodes terkenal sebagai pembunuh rakyat Nasrani terkenal di Palestin, meninggal 44 M). Ia dibantu oleh dua orang Yahudi, Heram Abioud dan Moab Leomi.

· Semasa Perang Salib abad ke-12, golongan Templer (Yahudi menyamar Kristian) sertai tentera Salib akhirnya menyeleweng ajaran Yahudi, menganut Kabbalah.

· Pada tahun 1717 M gerakan rahasia ini melangsungkan seminar di London di bawah pimpinan Anderson. Beliau Protestan, namun pada hakikatnya adalah seorang Yahudi. Dalam seminar inilah gerakan rahsia tersebut memakai nama Freemasonry sebagai nama barunya.

· Peranan Martin Luther :

    • Reformasi gereja ( 1483-1546)
    • Martin Luther lahir pada tanggal 10 November 1483 di Eisleben, Jerman.
    • Pada tahun 1516-1517, Johann Tetzel dikirim ke Jerman untuk menjual surat pengakuan dosa guna mengumpulkan uang bagi pembangunan Basilika St. Peter di Roma. Luther menulis surat protes kepada Albrecht, Archbishop Mainz dan Magdeburg

· Peranan Rousseau :

    • Lahir di Geneva 1712
    • Membesar di paris dan menetap di Venice
    • Mempelajari banyak bahasa di Turin.
    • Kezaliman Gereja menyebabkan beliau menulis the Social Contract (1762).
    • Akibat cukai the yang Britain kenakan, Amerika mengadakan Jamuan the Boston pada 1773. Akibatnya Britain menyerang askar Amerika di Lexington pada 1775. Persaingan antara Britain dan anak watan Amerika, persaingan natara Britain dan eropah yang lain menyebabkan beliau membuat falsafah sosial dan ekonomi yang sekular (baru).

· Peranan John Locke :

    • Lahir di Wrington pada 1632.
    • Belajar di Oxford dan kerap melawat Perancis dan Jermen
    • Menulis Two Treatises Of Government (1690)
    • Persaingan antara Britain, Perancis dan Belanda terhadap tanah jajahan telah membosankan beliau. Beliau tidak bersetuju teori ekonomi melalui paksaan kerajaan sebaliknya melalui sukarela.Ini untuk mengurangkan jurang antara miskin dan kaya. Maka lahirlah fahaman kapitalisme yang pertama !!
    • Menulis fatwa kapitalisme terawal :- Some Considerations of the Consequences of the Lowering Of Interest and Rising The value Of Money ( 1691)
    • Falsafah ekonomi liberal ini telah mempengaruhi Smith yang menulis pula An Inquiry into the Nature and causes of the wealth of Nations (1776)- beliau dianggap bapa ekonomi kapitalisme. Namun ideologi ini kemudiannya merasuki KHTI dan bermulalah era penindasan kapitalisme pula.

· Peranan Rene Descartes(1598-1650).

    • Falsafah rasionalis (neo-greek) yang lebih radikal sekular nya diasaskan ( I Think therefore I exist).
    • Bukunya Discourse on the method for rightly Conducting the reason and seeking the truth in the sciences (1637) :-berasaskan asas penakulan sains yang diaplikasi hingga

· Perlu diperhatikan peranan Yahudi untuk menghancurkan agama Kristian dan menghilangkan kepercayaan terhadap ajaran Kristian.

· Gerakan pembebasan /protestant/reformation oleh penganut-penganut Kristian merupakan faktor dalaman hasil kejayaan lanjutan peranan yang dimainkan oleh Yahudi menanamkan bibit permusuhan dan perpecahan di kalangan pengikut-pengikut agama Kristian dan paderi-paderi mereka.

Penjajah membawa bagasi sekular ke Nusantara[3]

· Maryam Jameelah : tujuan penjajahan untuk westernization, modernization, secularization, capitalisme, ideology, west burden.

· Penjajahan Columbus di Amerika 1492 adalah tajaan yahudi bukan Katholik (beliau juga seorang yahudi).

· Vasco Da Gama berlayar ke Kalikat dengan bantuan Ahmad Ibnu Majid (pelayar Islam di lautan Hindi)

· Operasi penjajahan sebenarnya bermula pada 1415 M (sebelum kejatuhan Granada), iaitu Portugis mula keluar menyerang Cueta di Afrika Utara[4].

· Bermula serangan Portugis inilah bermulanya Perang Salib era nation state (Perang salib sebelum itu lebih kepada Christendom Monarchy).

· Dendam Portugis terhadap islam di Sepanyol diluah di Goa pada 1509 M, ramai orang islam dibakar hidup-hidup.

· Hanya beberapa Raja melayu murtad, Raja Ternate (Tabarija) mengambil nama Dom manuel selepas dibuang negeri ke Goa, Raja Sulu Sultan Azimuddin selepas dipaksa Sepanyol.

· Portugis tidak berjaya murtadkan semua kepulauan Melayu kerana penentangan hebat Kesultanan Ternote, Maluku.

· Filipina hanya berjaya murtadkan utara Filipina sebaliknya gagal memusnahkan 100% kesultanan Sulu.

· Kesultanan Brunei berjaya halau Sepanyol pada 1580 M dan kekal hingga kini.

· Kristian Khatolik hadir melalui Diego Lopez De Suquiera ke Melaka (1509 M), Manuel Lopez De Legazpi ke Cebu Filipina (1561 M)

· Kristian Protestan (sekular) hadir melalui Cornelius Van Houfman ke Bentan (1596 M), Gereja Katholik Portugis bernama St Paul diubah oleh Belanda menjadi Protestan ( 1641 M), manakala 19 buah lagi diruntuhkan. Tetapi Belanda lebih berminat tanah dan perniagaan berbanding dakwah. Hingga 1712 nisbah Khatolik kepada Protestan di Melaka adalah 6 : 1. Belanda datang atas nama Syarikat dagang kapitalis. Mula sebar aliran sekular.

· Inggeris hadir ke P.POinang 1786 M, Singapura pada 1819 M, merancakkan ajaran Khatolik dan Protestan serentak.

Peranan Abdullah Musyi penyebaran Kristian

· Abdullah Mushi sertai LMS (London Missionary School) belajar bahasa Inggeris dan bantu terjemah bahan cetak Kristian ke bahasa Melayu.

· Thomsen dan Beighton yang terbit risalah kristian bahasa melayu telah berguru dengan Abdullah.

· Mereka dengan bantuan Abdullah terbitkan majalah Kristian bertulisan jawi bernama Bustan Al Arifin.

· Benjamin Peach Keasberry, paderi Singapura telah meminta bantuan Abdullah untuk buat Injil Melayu bernama Injil Al Qudus.

Proses sekularisasi Penjajah di Tanah Melayu

· Sebelum kedatangan Inggeris, agama tidak dipisahkan dari politik system politik Melayu-rujuk Undang-undang Melayu Lama atau Hukum Kanun Melaka

· Diakui eratnya Islam dengan undang-undang Melayu oleh Hakim-Hakim Lord Acton dan Thomas dalam kes Ramah vs Laton (1927)

· Selepas kedatangan Inggeris, sistem pentadbiran sekular (memisahkan agama dari pendidikan) diperkenalkan. Sekolah ‘Free’ diasaskan bermakna freedom, bebas, sama rata dan tiada kaitan dengan agama.

· Stamford Raffles[5] adalah pelopor yang mencadangkan supaya pelajaran Bahasa Melayu diasingkan dari pelajaran Al-Quran.

· Dalam tradisi Melayu, sebelum boleh belajar Bahasa Melayu, seseorang anak mesti boleh mengaji Al-Quran terlebih dahulu.

· Laporan Raffles kepada kerajaan India (1823) mengatakan 12 orang majistret yang dilantik beliau akan menggunakan undang-undang Inggeris dalam keputusan-keputusan mereka.

· Konspirasi di Perak, Perjanjian Pangkor 1874-urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen Inggeris kecuali soal-soal agama (skopnya dikecilkan) dan adat istiasat Melayu.

· Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1895-beri kuasa yang luas kepada Residen General untuk pentadbiran. Urusan agama dan adat istiadat Melayu diserah kepada raja-raja Melayu[6].

· Perjanjian bercorak sekular dikembangkan ke Kelantan (1910), Johor (1914), Terengganu (1919), Kedah (1923) dan Perlis (1930)[7]

· Inggeris tetap campur tangan dalam soal agama.

· Langkah yang diambil Inggeris untuk men’sekular’kan Tanah Melayu:

o Mengongkong pentadbiran undang-undang Islam melalui ’nasihat’ Residen- Residen British di Majlis-Majlis Negeri.

o Melalui keputusan hakim hakim British yang menyokong dan terdidik dalam undang-undang Inggeris.

o Menguatkuasa Civil Law Enacment 1937 yang mensyaratkan Kerajaan Negeri merujuk kepada Undang-undang Awam Inggeris (Common Law England)

· Alasan British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu tanpa tumpah darah:

  • Tanah Melayu mudah mencapai kemerdekaan kerana Parti Perikatan bukan bercorak sosialis yang mengamalkan dasar nasionalisasi. Kepentingan British akan tetap terpelihara dengan dasar pro Kapitalisme yang diamalkan.- Prof Zainal Abidin Wahid.
  • Salah satu langkah British mengekalkan kepentingan ekonomi di tanah-tanah jajahannya ialah dengan cara memberi kemerdekaan tanpa tumpah darah.
  • Dengan cara ini mereka boleh menempatkan tentera mereka untuk menjamin keselamatan modal mereka di bekas-bekas tanah jajahannya.
  • Ucapan bekas PM British, Sir Harold Macmillan-The Wind of Change di Afrika Selatan
  • Lord Cromer dalam Modern Egypt, vol 11, New York, 1908) “England was prepared to grant political freedom to all her colonial possessions as soon as a generation of intellectuals and politicians imbued through English education with the ideals of English culture were ready to take over, but under no circumstances would the British Government for a single moment tolerate an independent Islamic state.”

Terjemahan: Bahawa England bersedia memberikan kemerdekaan politik sepenuhnya kepada tanah jajahannya sebaik sahaja telah wujud genersi intelek dan ahli-ahli politik yang telah dibentuk melalui pendidikan Inggeris dan mendokong nilai-nilai British untuk mengambil alih; tetapi dalam keadaan bagimana sekalipun kerajaan Inggeris tidak akan bertolak ansur walaupun sesaat untuk penubuhan sebuah negara Islam yang merdeka.

  • Menurut Arnold J. Toynbee (1961) oleh kerana Barat telah berjaya menakluki lautan, maka sebelum akhir abad ke-16 Masehi, Barat telah berhasil melemparkan jerat ke leher Islam; tetapi hanya setelah abad ke 19 Masehi sahajalah baru Barat memberanikan diri menarik jerat tersebut dengan kuatnya[8].

Pejuang jihad Melayu lawan sekular penjajah

  • Sheikh daud Al fatani beri fatwa jihad lawan penjajah (Furu’ Masail 1838 M), Muniatul Musolli (1827 M), Sheikh Abdul Samad Falimbani banyak tulis fatwa dan risalah jihad serta turun padang.
  • Kekalahan Turki di Rusi 1877, Greece 1897 dan Pertang Dunia Pertama menyebabkan raja melayu dan ulama’ bersimpati.
  • Banyak risalah jihad diterbit di Singapura agar melawan Inggeris apabila Eropah cuba menyerang jajahan Uthmaniah di Balkan pada 1867 M
  • Dato’ Bahaman pernah cuba mendapatkan bantuan Sultan Uthmaniah. Malah Uthmaniah pernah membantu Acheh dan Jambi.
  • Ibadat haji mencetuskan jihad apabila terjadi pertukaran idea, semangat, maklumat sesama jemaah dengan warga Empayar Turki. British dan Belanda hantar Duta ke Mekah.
  • 1894 di bawah pimpinan Sayyid Abdul Rahman al-Idrus (Tok Ku Paluh) dari Terengganu gerakan anti Inggeris. Beliau telah meniupkan semangat perjuangan Islam dan akhirnya berjaya menawan kubu Inggeris di Jeram Ampai, Pahang[9].
  • Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada tahun 1909 menyebabkan Terengganu diserahkan kepada British.
  • Beliau telah mengambil tindakan dengan menggubal Perlembagaan Negari yang diberi nama Itqan al-Muluk bi-Ta'dil al-Suluk (Undang-undang Bagi Diri Negeri Terengganu) pada tahun 1911.
  • Dengan kematian beliau pada tahun 1917 dan kemangkatan Sultan Zainal Abidin pada tahun 1918, British telah bertapak secara rasmi pada tahun 1919.
  • Pada tahun 1928 gerakan Anti Inggeris kali kedua kerana kononnya pengenalan peraturan baru oleh British mengenai tanah dan hasil pertanianan.
  • Tetapi gerakan ini berlaku kerana semangat keagaamaan yang tinggi. Gerakan ini dipimpin oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong ) murid Tok Ku Paloh.
  • Akhirnya dalam gerakan ini Haji Abdul Rahman Limbong telah ditangkap oleh penjajah Inggeris dan dibuang negeri ke Makkah. Tindakan ini dilakukan oleh pihak penjajah Inggeris untuk melenyapkan semangat jihad yang ditiupkan selama ini supaya berjuang menentang penjajah Inggeris.

Pensekularan pendidikan

  • Lord Macaulay ketika memperkenalkan sistem pendidikan baru di India, yang dipetik oleh Kurshid Ahmad berbunyi: "Kita harus berusaha sedapat mungkin untuk membentuk satu golongan yang dapat menjadi perantaraan antara kita dengan jutaan rakyat peribumi yang kita perintah iaitu golongan yang masih lagi India dari segi kulit dan darahnya tetapi dilnggeriskan citarasa, pemikiran, akhlak dan inteleknya"[10].
  • Sekolah Penang Free School, cuba beri pendidikan percuma dan bebas kepada kaum pendatang. Tuduh kaum melayu tiada cita-cita dan malas belajar pelajaran Inggeris sedangkan sekolah Inggeris hanya dibina di bandar tempat kebanjiran kaum pendatang. Golongan elite akan diberi pendidikan setinggi-tingginya tetapi dalam skop sekular[11].
  • Pendidikan sekular diberi dan diakui tidak lengkap kerana British takut melayu bangkit lawan penjajah[12].
  • Lihat penjelasan oleh Shaikh Andullah Basmih dalam kertas kerja bertajuk Bahasa Melayu dan Tulisan Kebangsaan, Kongres Bahasa Melayu III,

Tetapi walau bagaimapa pun di-tutup dan di-selimuti, di-da‘ayah dan dipropagandakan, kedua2 tulisan ini mempunyai hakikat dan chorak yang tersendiri; tulisan Melayu yang berhurufkan Quran ia-lah lambang kebudayaan Islam, dan sa-balek-nya tulisan Rumi ia-lah lambang kebudayaan Barat, atau lebeh tegas lambang kebudayaan Kristian. Kerana hakikat yang terang-benderang ini-lah “UNESCO” menghantarkan pakar2-nya ka-seluroh dunia, untok mengembangkan tulisan Rumi di-bawah lindongan nama; Membasmi buta huruf”.

Bukti penolakan Islam sebagai asas perundangan Tanah Melayu merdeka

  • “There has been included in the proposed Federal Constitution a declaration that Islam is the religion of the Federation. This will in no way effect the present position of the Federation as a secular state...”-Legislative Council Paper No. 42 of 1957
  • “I would like to make it clear that this country is not an Islamic state as it is generally understood, we merely provide that Islam shall be the official religion of the State.”-Tunku Abdul Rahman
  • “Penubuhan sesebuah negara yang moden hari ini adalah berpandukan kepada falsafah Eropah, yang berasaskan kepada pemisahan di antara agama dan negara.”-Tan Sri Mohd Salleh Abas

Islam dalam Perlembagaan Malaysia

Prinsip-prinsip asas:

  • Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan agama

o Perkara 3 (1) : Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

o Perkara 11 (1-3) –Prinsip kebebasan beragama

  • Prinsip otonomi negeri
    • Perkara 3:2 :Kuasa dalam urusan pentadbiran Islam ialah kerajaan-kerajaan negeri dengan sultan sebagai ketuanya.
    • Perkara 3:3 : Ketua agama bagi Melaka dan Pulau Pinang ialah Yang Dipertuan Agong
    • Perkara 34:1 :Yang Dipertuan Agong menjadi ketua agama bagi negerinya sendiri
    • Perkara 11(4) :Memberi kuasa kepada kerajaan negeri menyekat kegiatan pengembangan agama terhadap penganut agama Islam

  • Penyelarasan
    • Perkara 3:2, Perkara 38:2 : Bagi tujuan penyelarasan, kerajaan pusat melalui Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu boleh masuk campur dalam soal pentadbiran agama
    • Perkara 12:2 :Kerajaan pusat boleh mengadakan bantuan kewangan khas untuk menubuh atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau untuk ajaran-ajaran mengenai agama Islam bagi penganutnya

  • Prinsip Otonomi yang terbatas
    • kerajaan negeri mempunyai kuasa otonomi dalam soal agama hanya pada teori, praktikalnya masih terbatas

Kelemahan tentang kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia

· Pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi tidak mempunyai kesan dalam undang-undang.

· Kerajaan negeri cuma berkuasa dalam ’personal law’ (undang-undang diri) sahaja.

· kuasa kerajaan negeri dalam ’personal law’ tidak dapat mengatasi Akta-akta kerajaan dan Mahkamah Tinggi.

Bukti pemisahan Islam dari sistem politik dan perundangan negara

  • Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 160 (hal 186) perkataan ’Undang-undang’ (law) adalah dimaksudkan dengan undnag-undang bertulis, common law dan adat kebiasaan lain, bukannya hukum-hukum Islam.
  • Menurut Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi bagi Malaysia ialah Perlembagaan itu sendiri. Sekiranya terdapat sebarang undang-undang yang menyalahi peruntukan Perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal

Agenda Islamisasi (sekular terancang)

  • Perlaksanaan dasar (kufran watafriqan) kekufuran dan pemecahan untuk melemahkan tenaga umat Islam yang berjuang bagi menegakkan agama Allah sebagai sistem hidup yang syumul. Strategi ini sedang giat dilaksanakan di seluruh dunia Islam termasuk negara kita Malaysia.
  • Islamisasi di Malaysia bertujuan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara tanpa bermaksud melaksanakan hukum-hukumnya.
  • Nilai-nilai Islam tidak akan terbentuk tanpa perlaksanaan hukum-hukumnya.
  • Satu contoh yang amat jelas ialah slogan-slogan yang dipakai di Malaysia seperti "Kepimpinan Melalui Teladan", "Bersih, Cekap dan Amanah", semuanya menemui kegagalan apabila pegawai-pegawai kerajaan dan pihak atasan telah melakukan kegiatan pecah amanah, gejala rasuah dan seumpamanya. Nilai-nilai Islam tidak lahir jika hukum-hukum Islam dari sumbernya yang asasi iaitu al-Quran dan al-sunnah ditolak.

Deislamisasi dalam negara kita[13]

· Perkataan ‘Undang-undang’ (law) dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 160 (hal 186) tidak merangkumi undang-undang Islam, tetapi merujuk kepada undang-undang bertulis, common law dan adat-adat kebiasaan yang lain.

· Menurut Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi bagi Malaysia ialah Perlembagaan itu sendiri. Jika terdapat sebarang undang-undang yang menyalahi peruntukan Perlembagaan, undang-undang tersebut akan terbatal dengan sendirinya kerana ia terkeluar daripadanya. Perkara 3(4) turut mengeaskan bahawa tiada apa-apa dalam perkara ‘agama rasmi’ yang boleh mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Pelembagaan ini. Ertinya peruntukan ‘agama rasmi’ itu tidak boleh mengatasi peruntukan-peruntukan lain walaupun ia bercanggah dengan ‘agama rasmi’ itu.

· Jadual 9 Senarai 2 Seksyen 1 dalam Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa undang-undang Islam yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri adalah dalam bidang ‘personal law’ seperti soal nikah-cerai dan harta warisan sahaja.

· Melalui Akta Undang-Undang Awam 1056, sebarang masalah perundangan yang timbul perlu merujuk kepada ‘Common Law England’, bukannya kepada Undang-Undang Islam.

· Dalam kajian Prof. Madya Nik Abdul Rashid, Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (ketika itu), terdapat banyak undang-undang yang bercanggah dengan Islam di Malaysia. Antaranya:

    • Akta Sahtaraf Anak Haram (Akta 60)
    • Akta Pajak Gadai (Akta 81)
    • Akta Lumba Kuda (Lembaga Totalisator No. 10/1961)
    • Akta Kelab Lumba Kuda (Pertaruhan Awam No. 44/1965)
    • Akta Pertaruhan Pool (No. 72/1967)
    • Enakmen Billard (Kel. No. 13/1912)
    • Ordinan Perjudian (No. 47/1953)
    • Ordinan Cukai Perjudian dan Pertaruhan (No. 6/1948)
    • Ordinan Cukai Perjudian (Akta 65)
    • Ordinan Loteri (No. 86/1952)

Kenyataan media pemimpin negara[14]

· Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohammad Suffian menolak penggunaan Undang-Undang Islam. Baginya, jika dilaksanakan, akan berlaku kekacauan dan tumpah darah kerana separuh penduduk Malaysia adalah bukan Islam (Star 27 Oktober 1979).

· Datuk Hussein Onn dalam jawapannya di Dewan Rakyat menegaskan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menggubal satu perlembagaan baru yang sesuai dengan undang-undang Islam bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang ada ketika itu (Utusan Malaysia 7 April 1978).

· Datuk Hussein Onn sekali lagi menyatakan bahawa kuasa negeri-negeri membuat undang-undang Islam adalah terhad kepada perkara-perkara dalam Jadual 9 Senarai 2 Seksyen 1 tersebut. Beliau juga dikatakan sedar bahawa sesetengah perkara dalam Perlembagaan Malaysia menyekat kerajaan-kerajaan negeri menjalankan undang-undang Islam dan agama Islam (Utusan Malaysia 17 Oktober 1979).

· Ketika mengulas kedudukan Islam di Malaysia, rencana pengarang Utusan Melayu 10 September 1980 menegaskan bahawa kerajaan yang ada ketika itu adalah sebuah kerajaan kebangsaan, dan mereka tidak pernah berjanji untuk melaksanakan pemerintahan negara berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Selesai 30 Disember 2011

1.06 am

Siputeh Perak



[1] Che Yusoff bin Che Mamat (1988). Sekularisme Perkembangannya Dalam Masyarakat Muslim. Kuala Lumpur: al-Rahmaniah. Hlm. 7.

[2] Lihat Ahmad Shalaby. Hlm 279 yang dipetik daripada al-Jami'ah al- Israiliyyah (1907).

[3] Auni Hj Abdullah, Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam Sejarah Alam Melayu, Darul Fikir 2005.

[4] Afrika Utara adalah musuh utama kaum Visogoth (Sepanyol dan Portugis) sejak kejatuhan Semenanjung Iberia ke tangan kaum Bar-bar pada 711 M.

[5] Stamford Raffles individu yang bertanggungjawab merampas Singapura dari tangan Raja Melayu adalah seorang anggota Freemason (gerakan sulit Yahudi). Lihat http://www.singapedia.com.sg/entries/f/freemasons.html , http://www.masonicclub.com/FAQ.php

[6] Tahun 1890an adalah tahun kebangkitan Zionis. Malah era ini kita melihat banyak Negara Islam tergadai tanah dan kerajaannya kepada penjajah Eropah yang berkaitan juga dengan gerakan sulit Yahudi.

[7] Era awal 1900an adalah permulaan kejatuhan Uthmaniyah. Kelemahan Sultan Turki menyebabkan bukan sahaja Turki tergadai ke tangan yahudi (Mustapha Kemal) malah banyak negeri Melayu berjaya dikuasai oleh British sekutu Yahudi di Tanah Melayu. Hal ini amat disedari oleh perjuang melayu sehingga mereka bangkit memberontak.

[8] Arnold J.Tonybee. (1961). Dunia dengan Barat. terj. Ahmad Boestaman. Kuala Lumpur Oxford University

[9] Yang Aishah Mutalib. (1972). Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

[10] Kurshid Ahmad (1970). Islam and The West. Lahore: Islamic Publication Ltd.

[11] Ibrahim Saad, Pendidikan dan Politik di Malaysia, 1977, DBP.

[12] Wiiliam Roff, Origin Of Malay Nationalisme, 1967 Yale University Press.

[13] Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Pemikiran Islam, Penerbitan Pena Sdn Bhd, 1981.

[14] Ibid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...