Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Wednesday, November 9, 2011

Kehebatan adab berguru Al Qaradhawi.

Kehebatan adab berguru Al Qaradhawi.

Adab dengan guru adalah suatu yang amat dititik beratkan jika seseorang murid inginkan kefahaman dan kejayaan.

Murid adalah istilah bahasa Arab yang berasal daripada istilah ‘arada’ (ingin). Jadi murid bermaksud orang yang ‘ingin’ kan ilmu dan kefahaman.

Guru pula digelar muallim iaitu orang yang memberi ilmu.

Lihat bagaimana adab Prof Yusuf Al Qaradhawi apabila berdiskusi ilmu dengan gurunya. Antara Gurunya yang terkenal adalah Sheikh Al Bahi iaitu salah seorang pendakwah dalam Ikhwanul Muslimin. Sheikh Al Bahi menekankan aspek tarbiah terutama kepada golongan mudah seperti Sheikh Yusuf ketika itu.

Sheikh Yusuf sejak zaman kanak-kanak tidak sukakan metod pengajaran ‘spoon feeding’ dan paksaan menerima fakta. Beliau sukakan kebenaran dan analitikal dalam menerima sesuatu pandangan.

Beliau kelihatan tegas bertanya itu dan ini sehingga Sheikh Al bahi menganggap Sheikh Yusuf menolak ajaran tariqatnya.

Sheikh Yusuf tidak berhujah kosong. Beliau mengarang 2 buah buku iaitu Al Ibadah Fil Islam dan buku Al Iman Wal hayah (ada terjemahan dalam bahasa Melayu). Buku itu dihadiahkan kepada gurunya. Sheikh Al Bahi kagum dengan hujahnya.

Sheikh Yusuf berkata beliau adalah antara pengkagum buku Sheikh Al Bahi iaitu Tazkirah Ad Duat dan jujur dengan bacaannnya. Beliau inginmengikut golongan rabbani bukannya Rahbani (pendeta) yang umpama pendeta Kristia yang memaksa penganutnya menerima tanpa soal sebarang ajaran guru.

Golongan muda dan mahasiswa memang suka berfikir dan berhujah. Malah jidal seolah-olah menjadi tradisi ilmu golongan muda.

Akan tetapi perhatikan adab Sheikh Yusuf dan bagaimana beliau jugamenghargai karya dan buah fikir gurunya sepanjang beliau mengkritik dan member sumbangsaran kepada gurunya sendiri.

Muhammad Nuruddin Bashah

Siputeh 9 Nov 2011

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...