Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Friday, July 29, 2011

Program baca 15 minit? kempen terbaik abad ini!

Program baca buku 15 minit? Saya amar teruja dengan kegiatan macam ini.

Sebenarnya selepas saya memasuki dunia kejuruteraan, hidup banyak tenaga hilang di kilang. Di kilang bukan mudah nak 'cilok' masa untuk membaca.

Ketagihan membaca menyebabkan saya mewajibkan diri membaca paling kurang 2 jam sehari selepas lewat malam. Itu sahaja masa yang saya ada. kadang-kadang jika bertemu kawan atau selepas usrah dan mesyuarat, saya kekeringan idea untuk menolak perlawaan mereka untuk lepak atau minum teh walaupun hanya beberapa minit.

Saya rasa Ustaz Yahya Osman ada menulis berkaitan perlunya pemuda dan pendakwah menolak perlawaan minum-minum dan makan-makan waktu malam kerana masa kita yang bernilai selepas kerja perlu dihabisi untuk ilmu dan pertambahan maklumat.

Jika saya tidak dapat langsung membaca selama 2 jam, saya terpaksa mencuri-curi membaca di kilang walaupun hanya 10 minit.

kempen sebegini amat bernilai dan ia wajib menjadi amalan rakyat malaysia iaitu membaca dari seminima yang mampu.

Muhammad Nuruddin Bashah



PESTA Buku Selangor 2011 yang berlangsung 24 Jun hingga 2 Julai lalu dipenuhi pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat usia seperti pertandingan membaca, ceramah motivasi, kesihatan, pelancaran novel dan diskusi buku.

Kali ini ia diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Mall berbanding Kompleks PKNS, Shah Alam pada tahun sebelumnya.

Anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Pesta Buku Selangor sudah memasuki tahun ke enam. Ia disertai 66 syarikat penerbit dan pengedar dengan 143 gerai. Sasaran pengunjung tahun ini ialah 350,000 orang.

Sama ada di peringkat antarabangsa mahu pun negeri, penganjur pesta buku berharap dapat meningkatkan budaya membaca supaya semua anggota masyarakat - tanpa mengira umur dan tempat tinggal - menjadikannya sebagai gaya hidup.


Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Mastura Muhamad juga berharap Pesta Buku Selangor dapat mengaktifkan minat membaca di kalangan rakyat khususnya di Selangor.


“Aktiviti membaca perlulah menjadi budaya sepanjang hayat. Pemilihan bahan bacaan juga penting dan sebaiknya banyakkan membaca buku yang dapat menambah ilmu dan janganlah hanya tertumpu pada majalah atau bahan berbentuk hiburan saja.

“Ibu bapa perlu sentiasa menggalakkan anak-anak di rumah supaya rajin membaca. Masalah anak hilang minat membaca sebenarnya dapat diatasi jika ibu bapa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi.

“Ibu bapa itu sendiri kena minat membaca dan apabila anak-anak melihat ibu bapa dekat dengan buku, mereka sendiri akhirnya tidak kekok memegang buku,” katanya.

Perasmian Pesta Buku Selangor disempurnakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Tokoh Penulis Selangor 2011 kepada Profesor Shaharir Mohd Zain.

Acara paling menarik pada hari perasmian ialah program ‘Berhenti Sebentar, Jom Baca’ iaitu kempen untuk menjadikan amalan membaca selama 15 minit sehari sebagai saat yang amat bernilai bagi setiap keluarga.

Kempen membaca itu diadakan secara serentak di seluruh Selangor dan waktu sasaran ialah pada jam 10.45 pagi hingga 11.00 pagi, pada hari Ahad, 26 Jun 2011. Pada hari itu semua warga Selangor diminta berhenti sebentar untuk membaca pada masa ditetapkan.

Sebaik siren dibunyikan, tetamu yang sudah bersedia dengan buku masing-masing tekun membaca. Bermacam aksi dapat diperhatikan: bapa membacakan buku cerita untuk anak kecil, ada yang duduk bersila dan ada pula yang membaca sambil berdiri.

Kempen membaca serentak 15 minit ini diambil dari konsep ‘Earth Hour’, bezanya ia membabitkan aktiviti membaca bersama-sama. Pendek kata, ini sebagai saranan supaya sentiasa mempunyai buku di tangan supaya kita boleh membaca di mana saja seperti di dalam kereta api atau bas, menunggu bas atau pun ketika beratur di bank. Bila buku berada di tangan, kita boleh melatih diri mengisi sebarang masa terluang dengan membaca.

Mungkin penerbit buku harus memikirkan untuk menghasilkan buku yang lebih ringan dengan menukar jenis kertas. Ini kerana Malaysia terkenal dengan keadaan bukunya yang berat berbanding buku dari luar negara.

1 comment:

Anonymous said...

ЧЎЧ¤Ч™Ч™Ч©Чњ ЧЎЧ™Ч§Ч™Ч•ЧЁЧ™Ч˜Ч™ - Ч©ЧћЧ™ЧЁЧ” Ч• ЧђЧ‘Ч˜Ч—Ч”, Ч—Ч‘ЧЁЧЄ ЧђЧ‘Ч˜Ч—Ч”, ЧђЧ‘Ч˜Ч—ЧЄ ЧђЧ™Ч©Ч™Чќ, Ч—Ч‘ЧЁЧ•ЧЄ ЧђЧ‘Ч˜Ч—Ч”, Ч©Ч™ЧЁЧ•ЧЄЧ™ ЧђЧ‘Ч˜Ч—Ч” ЧЎЧ¤Ч™Ч™Ч©Чњ ЧЎЧ™Ч§Ч™Ч•ЧЁЧ™Ч˜Ч™ Ч—Ч‘ЧЁЧ” ЧњЧ©ЧћЧ™ЧЁЧ” Ч• ЧђЧ‘Ч˜Ч—Ч” Ч”Ч¤Ч•ЧўЧњЧЄ Ч‘Ч”Ч¦ЧњЧ—Ч” ЧЁЧ‘Ч” ЧћЧ©Ч ЧЄ 2005 Ч”ЧћЧЎЧ¤Ч§ЧЄ ЧћЧ’Ч•Ч•Чџ ЧЁЧ—Ч‘ [b][url=http://special-security.co.il]ЧћЧ•Ч§Ч“Ч™ ЧђЧ‘Ч˜Ч—Ч” [/url][/b] Ч©Чњ Ч¤ЧЄЧЁЧ•Ч Ч•ЧЄ ЧђЧ‘Ч˜Ч—Ч”, Ч©Ч™ЧЁЧ•ЧЄЧ™ ЧђЧ‘Ч˜Ч—Ч” Ч•Ч©ЧћЧ™ЧЁЧ” Ч™Ч—Ч•Ч“Ч™Ч™Чќ Ч•ЧўЧ•Ч“.. ЧЎЧ¤Ч™Ч™Ч©Чњ ЧЎЧ™Ч§Ч™Ч•ЧЁЧ™Ч˜Ч™ Ч Ч•ЧЎЧ“Ч” Ч‘ЧћЧ˜ЧЁЧ” ЧњЧ¤ЧўЧ•Чњ Ч‘ЧЄЧ—Ч•Чќ ЧђЧ‘Ч˜Ч—Ч” Ч• Ч©ЧћЧ™ЧЁЧ” Ч•ЧњЧЎЧ¤Ч§ ЧњЧњЧ§Ч•Ч— Ч”Ч™Ч©ЧЁЧђЧњЧ™ ЧђЧЄ Ч”Ч©Ч™ЧЁЧ•ЧЄ [b][url=http://special-security.co.il]ЧћЧ¦ЧњЧћЧ•ЧЄ ЧђЧ‘Ч˜Ч—Ч” ЧњЧ‘Ч™ЧЄ [/url][/b] ЧђЧЄ Ч”ЧђЧ™Ч›Ч•ЧЄ Ч•ЧђЧЄ Ч”ЧћЧ§Ч¦Ч•ЧўЧ™Ч•ЧЄ Ч©ЧђЧ Ч—Ч Ч• Ч™Ч•Ч“ЧўЧ™Чќ ЧњЧЄЧЄ. ЧђЧ Ч—Ч Ч• Ч‘ЧЎЧ¤Ч™Ч©Чњ ЧЎЧ™Ч§Ч™Ч•ЧЁЧ™Ч˜Ч™ Ч Ч•ЧЄЧ Ч™Чќ ЧђЧЄ Ч”Ч©Ч™ЧЁЧ•ЧЄ Ч”Ч˜Ч•Ч‘ Ч‘Ч™Ч•ЧЄЧЁ ЧњЧњЧ§Ч•Ч—, ЧђЧ Ч• Ч©Ч•ЧћЧЁЧ™Чќ ЧўЧњ ЧЁЧћЧ” ЧћЧ§Ч¦Ч•ЧўЧ™ЧЄ Ч‘Ч‘Ч™Ч¦Ч•Чў

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...