Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Saturday, June 18, 2011

Kedai kaset dan piring hitam lama di Gopeng...muzium muzik

Di sebelah Rumah Warisan Gopeng, saya terdengar bunyi lagu Cina lama berkumandang dari sebuah kedai menjual kaset dan piring hitam antik. Menarik! Saya dan isteri terus masuk ke dalam kedai.

Sebaik berjumpa Pak Cik berbangsa Cina yang kami panggil Uncle ini (belum berkenalan nama, akan datang kami nak interview beliau lagi), kami kagum dengan semangat beliau mempertahankan kedai kasetnya itu.

Beliau masih menjual kaset lama, piring hitam lama, catridge (kaset tebal) era 70an serta mempamerkan beberapa amplifier dan pemain kaset lama yang beliau masih ada. Tanpa banyak berkira, beliau menjual kaset-kaset lama dengan harga yang murah dan tanpa kedekut tenaga, beliau menceritakan sejarah kedainya itu kepada kami.

Ada benarnya kata Uncle tersebut pada kami."Sekarang bukan zaman recording." Maksudnya zaman sekarang zaman MP3, lagu dijual secara murah tanpa kawalan. Dahulu artis dapat duit hasil jualan kaset dan catridge, peniaga juga dapat hasilnya. Kini, artis hanya dapat wang hasil dari nyanyian konsert sahaja, sedangkan kaset tidak laku. Jika ada CD pun, lanun cetak rompak dah lama sapu untung.

Dahulu, lagu dan seni ada 'pride' tersendiri. Jika ingin dengar lagu bermutu dan berulang kali, kena beli piring hitam, kaset atau cayridge. Kini nada dering pun dah ada lagu. Lagu terlalu murah pada pandangan manusia sekarang. Si artis terpaksa mencipta kontroversi jika ingin popular dan menjual lagu.....

Uncle ini sebenarnya sudah ingin berhenti menjual di kedai tersebut kerana sewa kedai semakin naik tetapi cepat pula beliau menambah, rumahnya kini dah jadi muzium piring hitam, alat rekod dan kaset-kaset lama. Selain itu, ada beberapa buah 'catridge'nya dipamerkan di Muzium Gopeng secara percuma.

Sejak berusia 11 tahun, saya telah mula membeli kaset nyanyian dan ceramah untuk didengar dan sebagai koleksi peribadi. Hingga kini, saya masih mengumpul kaset walaupun ramai mengejek saya konservatif dan tidak 100% percaya pada MP3. Ceramah Ustaz Shamsuri dari tahun 1998 hingga kini pun saya kumpul dalam bentuk kaset dan bukannya CD. Bezanya dulu saya mendengar kaset-kaset tersebut seorang diri. Kini, selepas solat Maghrib, saya akan mainkan semula kaset ceramah Ustaz Shamsuri untuk didengar bersama isteri. Kaset nyanyian lagu gambus, nasyid dan penyanyi biasa juga saya mainkan untuk sama-sama kami dengar di waktu lapang.

Selepas berjumpa dengan Uncle ini, saya belajar menghargai pemain kaset saya (walkman).

Saya ingin membeli pemain radio transistor lama, pemain catridge dan pemain piring hitam suatu hari nanti selepas mempunyai bajet sedikit. Anak dan cucu saya perlu tahu benda ini semua. Peralatan seremeh pemain catridge dan pemain kaset pun cukup mencerminkan suasana sosial sejarah dan budaya masyarakat kita suatu ketika dahulu. Teknologi memaparkan budaya sesuatu komuniti. Jadi dengan mengenali semua ini, anak cucu kita akan kenal bagaimana masyarakat kita dahulu mengoperasikan kehidupan mereka.....

Uncle..kita jumpa lagi di minggu-minggu akan datang....

Muhammad Nuruddin dan Isteri








Ini catridge lama, bentuk macam kaset tapi saiznya lebih besar.

Uncle kata suatu ketika dahulu anak muda dan pelajar sekolah sukakan butang berpin/lencana macam ini. Dahulu minat artis kena ada lencana lekat pada beg. Siapa paling banyak kira hebat lah. Suatu pendedahan sosial anak muda beberapa dekad dahulu.

Ini kaset yang kami beli. Kaset lagu gambus dan lagu nyanyian Azean Irdawaty. Harga 2 buah kaset ni, RM5 sahaja.

11 comments:

mat4nira said...

Salam saudara Din,

sila ziarah site saya. tq

termizi omar said...

salam en.din...saya baru nak bercita-cita menjadi COLLECTOR dan saya cuba mencari-cari sumber untuk mendapatkan radio transistor kecil ,kalau mat salleh kata 'pocket transistor'di mana dulu suatu ketika jenis National,Sanyo,Sony,Philips, dan lain lagi.Jika en.Din ada katahui sumber sila e-mail kat saya.
shine_ato482@yahoo.com
terima kasih.

IMRAN~Peminat Fanatik POP 60AN said...

Salam saudara,saya tartarik dgn pengembaraan saudara nerkenaan kaset Dan piring hitam lama....bagaimana saya dapat hubungi saudara..sekian

IMRAN~Peminat Fanatik POP 60AN said...
This comment has been removed by the author.
IMRAN~Peminat Fanatik POP 60AN said...

Jika tak keberatan,blh hubungi saya di imranmelaka@gmail.com

faizal ghafar@facebook said...

salam pagi...ada lagi ke kedai tu saudara?

AnaKin said...

Assalam en faizal. Saya ade juge koleksi kaset lame. Jika berminat, msg saya di 0197963679. Tq

Ahmad Zaki Badruddin said...

salam, tuan Din yg post berkaitan barangan yg lama dan masih bernilai di blog ini iaitu tuan din..tuan saya zaki dari kedah no hp sy 013-5119054 dan email sy: zackislamicbank@yahoo.com dan facebook sy: ZackZaki. saya perlu pertolongan tuan kasi alamat lengkap dan no telefon kedai yang tuan beli kaset dan barangan lama itu sebab sy berharap membeli barangan secara pos seperti Walkman kaset, mesin utk main game tape, mesin untuk tonton video tape.....sebab sy masih simpan tape game tapimesin nya tiada sebab dah rosak dan mesin video tape dah tiada sebab rosak tape video masih ada....serta sy mencari koleksi cd game ps1.....barangan lama ada nilai tersendiri hanya pengemar nya shj tahu titik kepuasannya...di harap dpt bantu memberi info...terima kasih

muzakkir nadri said...

Sy ada pelbagai barang lama, cd piring hitam duwit rm 1 kertas lama bayang2 harimau. Radio lama pun ada. Mintak yg minat dan jujur saja col sy. 0175782779.

Fariq Mohd Khairudzaman said...

Assalam
Saya tengah mencari walkman aka cassette player terpakai yg masih berfungsi pemain kasetnya. Memandangkan saya juga masih menyimpan kaset2 lama yg saya himpun sejak zaman sekolah lagi, jadi amat rugi kalau terbiar begitu sahaja. kalau ada sesiapa yg sudi jual atau ada info utk dapatkn walkman tu, hubungi saya (Fariq 018-2895271).

Unknown said...

Hi saudara , saya hendak tahu dimanakah tempat ini? jika tidak keberatan untuk membalas comment saya boleh dm saya di instagram ;byamoth . Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...