Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Saturday, February 21, 2009

Jual buku adalah menjual dokumentasi ilmu sepanjang zaman

Akhirnya impian saya dimakbulkan. Saya sejak dulu berniat memiliki kedai buku sendiri. Dengan adanya kedai buku sendiri saya merasakan ia akan merealisasikan impian sepertimana pekerjaan al Nadim pada era Abbasiyyah dahulu. Al Nadim memiliki kedai buku, dan ia juga menghasilkan sinopsis kepada buku-buku yang dijual sekaligus beliau adalah pustakawan yang menguasai hampir kesemua ilmu dalam buku-buku yang dipasarkannya.

Melalui Skuad Penyelamat Aqidah, sekarang kami telah berjaya menjadi agen jualan buku-buku daripada Kedai Buku dan Kitab Safir Ilmu iaitu kedai YB Ustaz Mujahid Yusuf. Kami juga menjual buku-buku bernilai daripada Persatuan Pengguna P.Pinang serta daripada Citizen International.

Antara skop buku yang dijual adalah bahan ilmiah agama, kitab-kitab turath seperti Sirah Ibnu Hisham, buku-buku panduan pendakwah dan gerakan Islam, isu semasa, polisi antarabangsa serta pandangan alternatif kepada peradaban barat dan sebagainya.

Saya juga bercadang untuk menjual majalah ilmiyyah daripada Indonesia untuk memakmurkan pembacaan masyarakat di P.Pinang Insya Allah.

Semoga impian untuk saya memilki kedai buku sendiri akan termakbul. Ia bukan sekadar kerjaya tetapi amanah dan harapan.

1 comment:

Anonymous said...

salam..saya blogwalking..

tiba2 jumpa pulak blog ni kt link blog kwn sy =)

jual buku kt penang je ke?

saya pn nk bukak kedai buku jugak =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...