Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Friday, February 20, 2009

Buku Kekasih..kekasih ialah buku

Buku Kekasih…kekasih sejati adalah buku

Memilih sebuah novel seminggu adalah rutin saya sejak saya bekerja. Dulu semasa masih belajar di kampus jarang saya pegang novel. Kecuali jika ia adalah novel kalsik atau novel yang dikarang semasa perang kerana saya suka sangat memasuki benak dan minda manusia-manusia yang berada di saat sebenar sebuah peperangan terutama Perang Dunia 2.

Saya tiba-tiba terpegang buku berjudul Buku Kekasih. Bentuk macam sebuah novel. Saya terus pulang. Bila dibelek-belek, baru sedar ia karangan Shaharom TM Sulaiman yang juga pengarang buku penting bagi biblioholik Keanehan dan Keunggulan Buku.

Rupanya buku Buku Kekasih bukan novel tetapi himpunan tulisan Shaharom berkenaan dunia buana buku, institusi yang menjulang buku, pengaruh buku dalam mencipta ragam emosi dan laku manusia, biografi ringkas tentang penulis hebat seperti Bung Karim dan Hamka, serta nikmat-nikmat pembacaan dalam buku-buku serata dunia. Shaharom menggarap sebuah buku yang dibuat dalam bentuk novel-novel cinta untuk menggambarkan betapa cintanya beliau terhadap buku. Rasa saya pengaruh beliau sama seperti Prof Zaini Ujang yang juga karyanya mempengaruhi tabiat membaca saya.

Saya akan ingat pesanan Shaharom iaitu ‘pembacaan kita untuk bergelar ilmuan adalah bersifat ensiklopedik agar kita benar-benar tahu banyak perkara’.

Falsafah sebagai Al Warraq iaitu penulis atau penyalin buku juga akan saya pegang. Betapa selama ini saya bukan penulis tetapi sekadar al warraq iaitu penyalin ilmu insane ilmuan lain dan digarap dalam idea saya sendiri. Kadangkala fakta dan perspektif ilmuan lain saya jadikan hujah untuk menyokong argument peribadi. Lebih baik saya menjadi al warraq seperti mana al warraq di kala Abbasiyyah berbanding menjadi ‘mesin fotokopi’ di kedai Photostat atau burung kakak tua yang hanya memuntahkan kembali hasil tesis orang lain. Penyalin ilmu….seolah para ilmuan ada di hadapan saya…mendiktekan ilmu di hadapan saya…saya menyalin dan memakmurkan taman idea saya sendiri untuk kebaikan umum. Mungkin itulah posisi saya di celahan buana ilmu dan buku.

Muhammad Nuruddin Bashah
http://pentaskajibuku.blogspot.com
http://munawwarah.blogdrive.com

1 comment:

ayscha said...

TM Shaharom adalah pensyarah saya di UiTM..seronok mendengar beliau bercakap dalam kelas...terasa kenyang dengan ilmu.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...