Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Thursday, February 28, 2008

Apa hubungan anda dengan buku?


Apa hubungan Anda dengan Buku?

Buku adalah kaedah mudah dan klasik untuk mendapat pengetahuan, kaedah, bakat dan manual untuk anda melakukan sesuatu pekerjaan. Lantaran sebagai manusia yang diarahkan 'bekerja' sebagai khalifah di muka bumi, Tuhan kita berikan kitab Al Quran selepas diberikan beberapa kitab lain sebelum ini. Kitab ini perlu 'dibaca' juga. Jadi membaca adalah antara solusi mudah untuk setiap insan.

Apabila saya menghadapi apa-apa masalah atau kesukaran, antara jalan mudah yang saya lakukan adalah 'cari buku', 'buka buku', 'baca buku' atau pergi ke perpustakaan daerah. Kalau dulunya di UM, khazanah bukunya tak terkira, akan tetapi kini, khazanah buku perlu juga dicari melalui hubungan rakan yang gemar membaca, mencari pelbagai perpustakan berbeza untuk mendapat bahan bacaan yang bermutu.

Apabila anda menghadapi kesukaran mengajar ( jika kita adalah guru), carilah bahan manual mengajar di perpustakaan. Cari juga encyclopedia untuk kukuhkan pemahaman terminologi, konsep dan teori tertentu. Cari juga hadis atau Al Quran yang berkaitan dengan isi pengajaran. Murid nakal, ada buku yang boleh membantu. Anda berorganisasi di waktu lain? Carilah buku-buku pengurusan, gelagat berorganisasi dan seni bekerja berpasukan.

Anda tiba-tiba berjumpa insan yang ingin belajar tentang konsep nabi Isa dalam Al Quran dan ingin membandingkan pemahamannya daripada Bible. Carilah buku berkaitan. Amat banyak sekali.

Budaya self learning dan self research perlu dilakukan dan bukan sekadar membaca kosong. Saya kurang gemar mewar-warkan satu tajuk buku untuk dikupas beramai-ramai. Natijahnya hanya buku itu yang terkenal dan mereka akan hanya membaca buku tersebut. Tetapi saya suka sesuatu isu atau masalah dikupas dan difahami melalui membaca 'berpuluh-puluh' buku. Barulah buku itu membantu. Kita tidak berobligasi membantu menaikkan nama buku. Sebaliknya jadikan buku sebagai pemangkin menaikkan kapabiliti dan kemahiran kita.

Antara sikap yang boleh dimulakan mulai sekarang adalah sikap menjadikan buku sebagai 'kaunselor' apabila menerima sesuatu isu, masalah dan kesukaran.

Buku untuk semua…anda mampu mengubahnya.

p/s: membaca buku secara klasik adalah berbeza dengan membaca e-book atau laman web. Buku ada auranya tersendiri.

Pendita Bitara
Februari 2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...