Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Monday, June 14, 2010

Nasib Tulisan Jawi dan pengajian Pondok dalam akhbar I Luv Islam

Saya ada terbaca tulisan menarik berkenaan sinonimnya kaum Melayu dan buananya dengan sistem penulisan tulisan Jawi dalam Akhbar I Luv Islam 7 Mei 2010. Malah keeratan ini dijelmakan sehingga nusantara ini juga digelar sebagai kepulauan jawi dan orang-orang jawi.

Di dalam kitab Hadiqatul Azhar karangan Sheikh Ahmad Al Fatani , Jawi yang diertikan kepada kaum Melayu dan nusantara bukannya bermakna kaum Jawa. Akan tetapi nama Jawi itu telah dikenali secara tidak terancang sehingga ke Mekah dan Mesir selain mengambil nama sempena perlabuhan Jawa (Betawi) yang cukup makmur pada zaman dahulu.

Dalam I Luv Islam 11 Jun 2010 pula, paparan istimewa mengupas persoalan peranan dan masa depan sistem pengajian pondok dan nasib tulisan jawi.

Teras Pengupayaan Melayu telah melancarkan gerakan menyelamat dan kempen penggunaan tulisan jawi ini melalui kempen PERAWI.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Media TERAS

Penjajah Terkejut, Tulisan Jawi Dikuburkan
www.iLuvislam.com
Tulisan: AbidFana*
Editor: NuurZaffan



Semasa bekerja di Queen Mother Library, saya diminta untuk melayan seorang pengunjung, warga emas Scottish. Walaupun saya menjangkakan yang umur beliau sudah mencecah umur 70-an dan sudah bertongkat, tetapi datuk Scottish ini kelihatan ‘cerah’ fizikal dan akal.

Semasa menguruskan kad keahlian perpustaan beliau, banyak soalan diajukan kepada saya. Antara yang amat menarik perhatian saya ialah:

“Are you jawi people….. errr I mean from Malaya?”

“Yes I am from Malaya. We call our country now as Malaysia.”

“How do you have a good English (Latin character) writing?”

“Because simply I’d been grown up by this.”

“Ohh dear me, I thought Malayan people are still using this Arabic or Quranic font to write their language. I still remember it’s called jawi, and even a lot of people call your people as jawi.”

Rupa-rupanya pakcik itu, seperti ratusan bahkan mungkin ribuan lagi warga British yang lain, pernah berkhidmat menjajah Tanah Melayu suatu masa dahulu. Beliau terkejut kerana tulisan jawi sudah tidak lagi digunakan secara meluas di negara kita, sedangkan semasa beliau bertugas di negara kita sepanjang sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas. Bahkan beliau sendiri boleh mengingati beberapa huruf arab/jawi.

Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi. Mana tidaknya, itulah dia tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan. Arwah abah saya sendiri, yang pernah menjadi salah seorang pegawai atasan Telekom, banyak mencatat di dalam jawi. Arwah atuk saya, melanggan akhbar Utusan Melayu yang kini telah dipusarakan. Bahkan, pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi. Itu belum ditelek lagi dokumen perjanjian perdagangan antara Raja-raja Melayu dengan pedagang dan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Ketika pendita Za’ba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya ‘Rahsia Tulisan Jawi’, agak malang kerana anak-anak didik penjajah berkulit sawa matang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan. Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 ketika mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan. Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah me’latin’kan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

Daripada wujudnya kelas jawi di sekolah rendah, akhirnya jawi terkubur di dalam buku teks subjek Pengajian Islam sahaja. Kesannya, ialah generasi muda yang merangkak-rangkak membaca jawi dan yang sedihnya, menjejaskan ‘kelancaran’ bacaan al-Quran mereka. Ya saya akui ada perdebatan akademik mengenai adakah tulisan jawi membantu bacaan al-Quran, akan tetapi itu bukan soal pokok yang ingin saya bincangkan di sini.


Akhbar tulisan Urdu di UK

Di United Kingdom, saya rasa kagum dengan bagaimana orang-orang Pakistan dan India yang ramai bermigrasi di sini memelihara tulisan Urdu mereka supaya sama dengan tulisan Arab. Anak-anak muda mereka masih lagi lancar menulis di dalam tulisan Urdu, walaupun bersekolah Inggeris, dan hidup pun gaya British. Mereka masih mampu menerbitkan surat khabar di dalam tulisan Urdu di negara sekular ini, dan ianya dibaca secara meluas. Pergilah sahaja ke masjid, atau ke kedai halal, anda akan dapat melihat tulisan Urdu.

Cuma alhamdulillah ketika pemerintahan Tun Abdullah dengan slogan Islam Hadharinya, beliau telah menggagaskan j-Qaf. Pada peringkat awal, saya pun tidak tahu apakah yang dimaksudnya dengan j-Qaf. Rupa-rupanya, ia adalah merupakan satu cubaan untuk menyuntik nafas baru di dalam subjek Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain (singkatannya ialah j-Qaf). Ramai rakan-rakan sepengajian saya di Mesir bekerja sebagai guru j-Qaf di sekolah kerajaan. Ketepikan khilaf politik, didoakan agar usaha itu boleh mengembalikan kegemilangan tulisan jawi.

Dan tidak cukup dengan itu sahaja, generasi saya, iaitu generasi mak abah kepada anak-anak moden perlu sedari awal mendidik anak-anak kita dengan tulisan Arab. Pendedahan awal akan memastikan mereka lancar membaca al-Quran apabila dewasa nanti. Tulisan jawi bagi saya amat membantu penguasaan bahasa Arab dan al-Quran.

Justeru, ketika Pendita Za’ba telah berusaha merekaya tulisan jawi dengan karya ‘Rahsia Tulisan Jawi’nya, maka janganlah kita menjadi generasi yang ‘merahsiakan tulisan jawi di dalam pusaranya’.

* Penulis kini menetap di Aberdeen, United Kingdom. Sila lawati blog penulis untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi. www.abidfana.com

3 comments:

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

hakmi said...

ntah la, ni sumer diktator M punye pasal, sedih sangat bila ramai anak muda skarang tak reti mnulis jawi, baca quran pun gagap gagap. baca je post bab jawi nih, teringat masa sekolah dulu dulu, saya skolah arab jadi banyak la subjek tulis nota dan jawab periksa dalam jawi, he he he, masa keja kat penang dulu, acap juga bantai tulis log ngan jawi, saje nak bagi cina penin.

Anonymous said...

Sdr. Muhammad Nuruddin Bashah, sila rujuk soalan Sdr. Muhammad Nuruddin Bashah dalam HARAKAH Bil. 1579 dan lihat kronologi di mukasurat 20-23 majalah TIME edisi Mei 5, 2000. Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...