Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Friday, March 5, 2010

Buku Amaluddin Darus di Pudu


Saya dan isteri saya ada pergi ke Pusu baru-baru ini. Perjalanan pulang kami daripada UM untuk memulangkan buku kejuruteraan yang saya pinjam daripada perpustakaan UM.

nak jimat, kami pergi naik keretapi, balik naik bus ekspres.

Di Pudu saya berkunjung ke beberpa kedai buku agama yang selalu saya kunjungi. Dan masih ada kedai yang menjual buku lama da kitab lama-lama tahun 1960an dahulu. Dulu saya selalu ke sini.

Saya dan isteri beli beberapa buku tulisan Senator Amaluddin Darus iaitu bekas pemimpin PAS pusat yang berjasa menubuhkan PAS di Kelantan.

Buku beliau ringkas, tetapi idea padat dengan menilai masa depan melayu yang carik identiti dan nilai agama sehingga kerap pragmatik dengan idea sekular barat...

Cuba anda baca dan kongsi fahaman beliau bersam saya.
Dahulu mudah, di perpustakaan UM, semua buku Amaluddin ada tersimpan sepi, tak ramai tahu siapa beliau ni. Sekarang terpaksa la beli buku banyak-banyak.

7 comments:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Tolong berikan nama dan lamat kedai buku tersebut di Pudu.

MielonG said...

Saya minta jasa baik tuan agar dapat beri nama kedai buku tersebut atau bagi ja hint2 mcmna nak pergi sana. Boleh hubungi saya di 0192597511-suhaimi

Eddie said...

saya turut mempunyai beberapa koleksi beliau.. yang mana telah lama pun saya beli.. tahun 1990.. memang benar, isi bukunya padat walaupun ia nipis...(dalam lingkungan 100 m/s)
Saya harap semua dapat membaca buku ini...

Adlin said...

Assalam .. Biar pun mungkin ada yang tidak percaya, saya adalah cucu kepada Allahyarham Amaluddin Darus .. Saya ingin bertanya tentang alamat kedai buku tersebut kerana koleksi buku beliau yang saya simpan telah diambil tanpa kebenaran.

Anonymous said...

ada 22 tajuk jika carian pengarang Amaluddin Darus di lakukan di www.pendeta.um.edu.my

Anonymous said...

Saya juga seorang peminat buku-buku Amaluddin Darus dan lebih tertarik kepada persoalan manusia langit dan UFO yang dibicangkan dalam buku-buku beliau dan kaitannya dengan turunnya Nabi Isa as. Saya yang sejak dari zaman kanak-kanak yang begitu meminati UFO akhirnya mendapat jawapan mengenai fenomena tersebut setelah membaca "Pintu Langit Mula Dibuka" hasil tulisan beliau ketika berusia 13 tahun. Tapi malangnya buku tersebut hilang entah ke mana. Tamat tingkatan 6 dan STPM Allah telah menemukan saya dengan arwah Amaluddin Darus dan sempat bersahabat dengan beliau. Arwah tidak gemar jika dikata "berguru" dengan beliau. Cukup sekadar dikata sebagai berkongsi pengetahuan. Beliaulah tempat saya merujuk berbagai persoalan dan pengetahuan. Beliau seorang yang sangat merendah diri tetapi tegas dengan pendapat-pendapat yang diketengahkan. Arwah telah menghadiahkan saya "Pintu Langit Mula Dibuka" yang telah sekian lama hilang lengkap dengan tanda tangan beliau. Saya pernah menghasilkan satu thesis untuk melengkapkan degree saya ketika menuntut di sebuah IPT (luar kampus) dan ia berdasarkan pandangan2 beliau mengenai manusia langit dan UFO. Saya juga pernah menyampaikan satu talk berkenaan manusia langit di sebuah IPT di pinggir ibukota dan menyampaikan kembali apa yang telah disampaikan kepada saya melalui hasil-hasil karya beliau maupun juga apa yang pernah kami bualkan lama dulu dan ditambah dengan pengetahuan semasa. Saya masih lagi terus menyampaikan apa yang pernah saya perolehi dari beliau terutama mengenai persoalan manusia langit, UFO dan kembalinya Nabi Isa ke bumi. Hubungi saya untuk maklumat lanjut jika ingin mengadakan perbincangan secara berhadapan. Search malaysian ufo network untuk mencari saya.

ummu said...

assalamualaikum
di mana ya kedai buku tu?
saya ada baca buku beliau warna purple masa saya berumur 6 tahun.
tapi rumah kami dilanda banjir
sejak tu saya tak pernah jumpa buku beliau hatta semasa di beberapa ipta.
kenapa saya tak pernah jumpa ye kadai di pudu tu sdgkan dulu masa jadi budak u, pudu tempat saya selalu turun naik bas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...