Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Monday, September 22, 2008

Dasar bahasa Inggeris PSMI; bakal ditentukan

Asas bahasa Inggeris guru, murid mesti kuat

KEPUTUSAN sama ada pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan atau tidak akan ditentukan tidak lama lagi.
Namun sebarang keputusan biarlah mengambil kira pelbagai faktor, realiti dan bukan tekanan, emosi atau kepentingan kumpulan-kumpulan tertentu termasuk politik.
Keputusan yang bersifat ad hoc akan memberi kesan negatif kepada sistem pelajaran dan masa depan rakyat Malaysia. Janganlah pendidikan anak-anak dijadikan bahan eksperimen. Berbagai- bagai pandangan telah diluahkan oleh pelbagai pihak. Ada yang mahukan PPSMI diteruskan dan sebaliknya. Tetapi ti- dak kurang pula yang berpendapat isu penting bukan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sebaliknya memperkukuhkan asas bahasa Inggeris di kalangan para pelajar.
Penulis sendiri juga setuju tanpa asas bahasa Inggeris yang kukuh adalah sukar bagi para pelajar mengikuti PPSMI.
Perkara ini bukan isu penting di kalangan para pelajar di bandar-bandar yang mampu mengikuti kelas tuisyen, tetapi soal hidup mati bagi keluarga miskin sama ada di bandar atau luar bandar.
Keadaan semakin parah kalau guru- guru sendiri tidak mampu mengajar kedua-dua matapelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.
Sebenarnya penulis sendiri pernah merasai kecelaruan dasar ini dengan dasar kelas peralihan (remove class) menggunakan bahasa pengantar Inggeris di tahun-tahun 60-an. Disebabkan asas bahasa Inggeris yang lemah ramai yang gagal peperiksaan Sijil Rendah pelajaran (SRP) khususnya pelajar-pelajar Melayu. Oleh itu sekiranya dasar ini hendak diteruskan juga (ataupun sebaliknya) tumpuan hendaklah diberi kepada pengajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran.
Melatih
Ini termasuklah rancangan melatih guru-guru bahasa Inggeris termasuk me- ngimport guru-guru bahasa inggeris sebagai guru dan tenaga pengajar guru- guru bahasa Inggeris. Selain daripada itu guru-guru berkelayakan yang menjalankan tugas-tugas pejabat sepatutnya kembali sebagai guru.
Percaya isu mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak akan timbul, sekiranya para pelajar mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bahasa Inggeris.
Baru-baru ini terbaca satu cadangan supaya sekolah-sekolah diberi pilihan sama ada untuk meneruskan PPSMI atau- pun tidak. Pada penulis setiap dasar kerajaan hendaklah dikuatkuasakan secara menyeluruh di seluruh negara.
Sekiranya diberi pilihan pasti akan wujud dua kelas masyarakat "yang bernasib baik" dan "tidak bernasib baik". Biasanya yang bernasib baik mendiami bandar- bandar sementara yang tidak bernasib baik terdiri daripada orang-orang Melayu di luar-luar bandar. Sistem ini wujud di zaman sebelum merdeka. Pelajar-pelajar bandar mendapat pelajaran yang terbaik. Kemudiannya mengisi jawatan-jawatan penting kerajaan dan swasta.
Sementara pelajar-pelajar Melayu di kampung hanya tamat darjah enam iaitu darjah tertinggi sekolah Melayu ketika itu. Pelajar lulusan sekolah Melayu amat bernasib baik kalau diterima menjadi guru, peon, polis atau tentera.
Harap janganlah sejarah sedih orang- orang Melayu khususnya di luar bandar berulang lagi. Zaman kasta "tuan" dan "kuli" telah lama berlalu.
Jelaslah kejayaan PPSMI bergantung kepada kemampuan dasar ini memberi faedah sama rata kepada setiap pelajar dan bukan mewujudkan perbezaan kelas masyarakat sebagaimana yang sedang dialami oleh beberapa buah negara sedang membangun.
saduran: Utusan Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...