Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Monday, July 14, 2008

Selang masa murid dengan membaca...

Sebagai guru di sekolah swasta agama, guru akademik juga diminta untuk mengajar Al Quran bagi mana-mana kelas yang tidak cukup guru. Kiranya nak mengajar akdemik di sekolah agama ni kenalah persiap diri dengan ilmu Al Quran serba sedikit agar tidak menyusahkan guru diniyyah semata-mata.

Saya ditakdirnya mengajar tahun 2 dan 3 semenjak tahun lepas. Tahun ini lebih kurang seramai 6 0rang pelajar saya mengajar. Alhamdulillah mereka pandai dan lancar malahan ingin menghafaz Yasin pulak..

Saya dengan sengaja memilih untuk mengajar di dalam perpustakaan mini sekolah kami berbanding kawasan lain. Sejak tahun lepas begitu. Pada mulanya saya ceritakan kegembiraan jika kita mentelaah dan berjalan ke dalam dunia buku-buku cerita. Saya cakapkan kepada mereka bahawa umur mereka adaah umur mencari pengalaman yang di luar kawasan lokaliti mereka iaitu di Pulau Pinang. Buku akan membawa mereka merentasi zaman dan tempat.

Akhirnya mereka ingin membaca selalu. Saya berikan galakan agar mereka hanya dibenarnya menyentuh buku sejurus mereka selesai membaca Al Quran di hadapan saya. Nah, mereka semakin ghairah pula membaca Al Quran dengan tekun.

Sebagai guru atau ibu bapa, sila perhatikan anak-anak kita. Jika mereka ada tarikan pada buku, mudah tertarik jika buku dijadikan ganjaran tertentu, atau merasa sedih jika buku diapa-apakan, maka ada nilai intelek dan keilmuan dalam jiwa mereka. Perhatikan dan berikan tumpuan khas agar mereka tidak mati di pertengahan jalan mengembara menjelajah keseronokan buku !!

Muhammad Nuruddin Bashah
12.50 15 Julai 2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...