Melalui Skuad Penyelamat Aqidah, sekarang kami telah berjaya menjadi agen jualan buku-buku daripada Kedai Buku dan Kitab Safir Ilmu iaitu kedai YB Ustaz Mujahid Yusuf. Kami juga menjual buku-buku bernilai daripada Persatuan Pengguna P.Pinang serta daripada Citizen International.
Antara skop buku yang dijual adalah bahan ilmiah agama, kitab-kitab turath seperti Sirah Ibnu Hisham, buku-buku panduan pendakwah dan gerakan Islam, isu semasa, polisi antarabangsa serta pandangan alternatif kepada peradaban barat dan sebagainya.
Saya juga bercadang untuk menjual majalah ilmiyyah daripada Indonesia untuk memakmurkan pembacaan masyarakat di P.Pinang Insya Allah.
Semoga impian untuk saya memilki kedai buku sendiri akan termakbul. Ia bukan sekadar kerjaya tetapi amanah dan harapan.


