Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Wednesday, July 8, 2009

bagaimana meningkatkan tahap kritis terhadap tulisan sendiri.

saya membaca majalah Dewan sastera Mac 2001. Saya berminat dengan cara Baharuddin Kahar menulis novel Senjakala. Beliau ada tips cara untuk mendapat ilham. walaupun penulisannya adalah penulisna kreatif dan saya lebih cenderung kepada kajian isu dan sejarah, ada persamaan cara untuk meningkatkan tahap kritis terhadap tulisan sendiri. Beliau berkata, apabila selesai menulis, sebelum menaip pula, beliau akan mengannguh dahulu untuk beberapa ketika. Ia akan menyebabkan otak kita melupakan penulisna tersebut. Apabila disemak semula pasti otak kita telah menambah pengalaman beberapa hari (apabila kita meninggalkan tulisna tersebut) serta menyebabkan kita seolah-olah orang lain terhadap tulisan kita sendiri. Suntingan dan sentuhan akhir kita terhadap tulisan itu lebih bermakna. Inilah tips berguna untuk saya dan kita semua.

Muhamad Nuruddin Ipoh 11.43 malam

Saya amat hargai galakan dari DBP

From: Fauzilahyatun Mustafa Subject: RE: [pb] Komentar Bahasa: Gunalah Bahasa Melayu SepenuhnyaTo: "'Nuruddin Muhammad'" Date: Thursday, 2 July, 2009, 6:14 PM
Asalamualaikum,

Kami sentiasa mengalu-alukan orang seperti saudara. Walaupun bidang kerjaya saudara tidak berkait rapat dengan bahasa tetapi saudara mempunyai semangat cinta terhadap bahasa Melayu yang tinggi. Tahniah! Terima kasih juga atas komentar yang dikirimkan.

Fauzilahyatun Mustafa
Editor Kanan Bahasa
DBP

From: Nuruddin Muhammad [mailto:jihadin82@yahoo.com] Sent: Tuesday, July 07, 2009 1:23 AMTo: Fauzilahyatun MustafaSubject: Teriam Kasih daripada saya

Salam , terima kasih Komen Puan. Puan Ritah ada siar makalah saya dalam Dewan Bahasa. saya juga ada hantar 2 lagi makalah kepada beliau. Untuk Pelita Bahasa saya telah sediakan untuk edisi akan datang. Moga Pelita Bahasa dan DBP seluruhnya diberkati kerana usaha memartabatkan jatibangsa negara ini.
Muhammad Nuruddin Bashah

Waalaikumsalam,

Sama-sama dan terima kasih juga kepada tuan yang sudi mendoakan kesejahteraan majalah kami dan kami semua dalam mendaulatkan bahasa yang menjadi jati diri bangsa. Saya sudah membaca komentar saudara dan sudah diserahkan kepada editor , Pelita bahasa, saudara Armin. Rajin-rajin lah menulis untuk kami, kami sentiasa mengalu-alukan pandangan yang membina daripada orang yang bersemangat waja untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Terima kasih.

Fauzilahyatun Mustafa

Tuesday, July 7, 2009

Pengajaran Bahasa Melayu; berpotensi mengembang aqliyah pelajar

Saya selalu mengumpul bahan ilmiah dan isu penting daripada akhbar Siasah. Antara yang saya temui adalah Makalah bersiri bertajuk Memenuhi impian pendidikan bahasa melayu yang berkesan tulisan Prof Dr Awang Sariyan. (siasah 21-27 Jun 2009)

Bahan bacaan ini amat berguna untuk guru Bahasa Melayu manfaatkan dalam pengajara anda.

Falsafah mengajar bahasa adalah melalui menyelami falsafah dan perasaan bahasa melayu itu sendiri. Pendidikan Bahasa menurut Prof adalah suatu proses pengembangan potensi aqliyah dalam usaha membina tamadun insaaiyyah yang menggunakan akal seoptimanya.

Pada pandangan saya bahasa melayu adalah pelajaran TERAS dalam pendidikan di sekolah jika si guru memahami. Bahasa ini mengandungi kunci dan lorong untuk para pelajar kenal apa itu akhirat dan apa itu dunia. Ia menjadi wahana pengembangan akal dan media untuk meneroka ilmu matematik dan sains, ilmu kajian alam, ilmu seni, ilmu agama, ilmu jasmani di atas teras jasad melayu Islam. Majoriti sekolah agama didokongi pelajar Islam berbangsa melayu. Jika mereka Islam tetapi bukan melayu pun bahasa inilah yang mengambang akal mereka atas satu paduan erat. Ilmu yang dikenali mereka adalah ilmu sepunya, ilmu sepencarian....mereka pasti akan kenal tanah tempat berpijak...tahu ke mana arah manfaat ilmu tersebut.

Muhammad Nuruddin
Bekas guru

Kumpullah Utusan Melayu setiap Isnin...

Saya menyarakan pembaca semua agar mengumpul Utusan Melayu yang telah dijadikan sisispan Utusan Malaysia pada setiap Isnin. Sisipan akhbar jawi ini adalah hasil dana kerajaan khas untuk memastikan Utusan Malaysia terus menerbitkan akhbar jawi walaupun amat terpinggir. Mari bersama manfaatkan dana berkenaan dengan mengumpul dan menggunakan seoptima mungkin akhbar berkenaan. Guru agama dan guru bahasa melayu boleh gunakan akhbar itu untuk kajian jawi dan bahasa melayu dalam darjah sebagai alat bantu mengajar anda semua. Saya doakan kegemilangan tulisna jawi dan Bahasa Melayu di negara ini.

Muhammad Nuruddin

Wednesday, July 1, 2009

Komentar Bahasa: Gunalah Bahasa Melayu Sepenuhnya

Komentar Bahasa: Gunalah Bahasa Melayu Sepenuhnya

Bahasa melayu telah diperjuang hebat sebelum kemerdekaan serta berlarutan hingga kini. Perjuangan ini menatijahkan terselitnya bahasa melayu dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kewujudan peruntukan hak ini tidak hanya begitu sahaja malah diperkukuhkan lagi melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963, Akta Pendidikan 1996, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Sastera Kebangsaan. Inilah hasil keperitan budayawan dan bahasawan silam dan terkini untuk mewujudkan Bahasa ini sebagai bahasa eka malah ia dijadikan budaya, keperluan dan norma dalam kehidupan.

Pada pandangan saya, walau sejauh mana sekalipun perletakan bahasa ini dalam kegunaan rasmi, atau dijadikan dasar rasmi, ia masih perlu melalui suatu proses penataran dan dinaiktaraf menjadi suatu entiti baru iaitu ‘bahasa keperluan’. Maksud keperluan pada pandangan peribadi saya ialah bahasa ini diperlukan untuk hidup yang meliputi aspek perniagaan, pendidikan tidak rasmi, pengurusan dan juga meliputi masyarakat tanpa mengira taraf dan status kehidupan.

Hari ini kita melihat sendiri bahasa ini menjadi rojak, celaru dan slanga hanya kerana sikap kita yang meranapkan korpus bahasa sendiri tanpa kita sedari. Melalui mesej pesanan ringkas yang saya terima daripada Prof. Emeritus Abdullah Hassan pada hari ini 1 Julai 2009, beliau mengumpamakan penggunaan bahasa di kalangan rakyat kita sebagai penggunaan yang compang-camping. Saya bersetuju dengan pandangannya.

Untuk komentar kali pertama saya melalui Majalah Pelita Bahasa ini, saya ingin mengajak masyarakat kita memulakan proses penggunaan bahasa yang betul melalui sistem pesanan ringkas telefon mudah alih (SMS) terlebih dahulu. Menurut Mohamed Pitchay Gani dalam ceramah Evolusi Bahasa Melayu sempena Unvision 2000 anjuran 4PM pada 17 November 2000, gejala akibat evolusi bahasa slanga sistem pesanan ringkas mengakibatkan gejala seperti pemelatan kata-kata, kata-kata bersifat irama, serta pemendekan istilah. Hari ini kita melihat sendiri masyarakat mencampur aduk kalimah bahasa Melayu dengan kalimah Inggeris malah diburukkan lagi dengan penjelmaan bahasa budaya SMS yang menular dikalangan muda-mudi kita.

Saya cuba mendisiplinkan diri untuk hanya menggunakan bahasa melayu dalam sistem pesanan ringkas saya kepada rakan-rakan dan seumpanya. Jika di tempat kerja saya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, saya akan menulis sistem pesanan ringkas (SMS) saya dalam bahasa Inggeris sepenuhnya tanpa dirojakkan. Inilah disiplin permulaan yang boleh kita hebahkan dan terapkan bersama-sama. Saya optimis sekiranya dimulakan langkah awal yang ringan sebegini, tidak mustahil, bahasa ini akan melonjak naik ke satu tahap yang baru iaitu menjadi ‘bahasa kebanggaan’ dan bukannya sekadar bahasa kebangsaan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera Metallurgis
Setiausaha TERAS Perak


#Dihantar kepada Pelita Bahasa

Komentar tulisan saya

Saya gembira apabila Editor Majalah Dewan Masyarakat iaitu Encik Mohd Syukri sudi memberi pandangan dan komentar terhadap tulisan saya. Saya ada meminta pandangan daripada beliau untuk meningkatkan kemampuan penulisan saya.

Saya teringin berhubungan dengan Prof Zaini Ujang untuk dapatkan maklumat bahan bacaan mengenai kajian kemusnahan budaya bangsa asli di benua Amerika....Insya Allah pasti boleh satu hari nanti.

Muhammad Nuruddin Bashah

Kajian demi kajian...hebahkan kajian anda untuk manfaat semua

Saya ingin mempromosi cerpen bertajuk Papan Tanda Jawi yang disiar dalam Majalah Pelita Bahasa Julai 2009. Sila baca untuk semarakkan sikap optimis dengan tulisan jawi dan bahasa Melayu...

Saya ada berbalas email dengan jurutera Indonesia, Alhamdulillah mereka mahu bersahabat dengan saya dan banyak kali kami bertukar-tukar maklumat dan pandangan.

Malangnya saya memahami bahasa Indonesia mereka, sebaliknya mereka kebanyakkan merungut tidak faham bahasa melayu saya walaupun saya berbahasa melayu standard semasa menulis email kepada mereka. Mereka lebih senang jika saya menulis dalam bahasa Inggeris.

Saya mengadu kepada Prof Emeritus Abdullah Hassan melalui SMS dan beliau mengakui kelemahan itu akibat pengupayaan bahasa kita yang jauh ketinggalan berbanding mereka. Malah beliau mempromosi agar saya belajar perjuangan Bahasa Melayu tinggi yang beliau perjuangkan juga. Beliau sarankan kertas kerja beliau.

Saya telah dapatkan dan baca.

Saya juga terbaca makalah Bahasa Melayu Tinggi dalam majalah Pelita Bahasa Julai. Bertuah sungguh jika memiliki majalah ini. Selalu jika saya mengkaji sesuatu isu, saya akan mendapat pakej bahan bacaan secara tidak sengaja....Allah tahu apa yang saya ingin tahu, Dia kurniakan peluang saya mengetahyi rahsia yang saya belum ketahui.

Sebentar tadi saya telah hebahkan melalui SMS mengenai cara untuk mengetahui pemikiran Islam-neo muktazilah Za'ba.
Saya sarankan agar membaca Buku Pemikiran Islam di Malaysia oleh Dr. Abdul Rahman Abdullah USM, membaca Majalah Dewan Budaya Julai 2009, serta buku Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri karangan Za'ba. Lihat beliau membawa pemikiran anti jabariyyah, pro Qadaariyyah walaupun beliau tidak melampau serta tindakan tersebut mempunyai motif mengupayakan orang melayu.

Selamat Membaca dan mengkaji

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...