Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW
Showing posts with label aura buku. Show all posts
Showing posts with label aura buku. Show all posts

Sunday, August 9, 2009

BookHouse 24 jam

BookHouse 24 jam
Menarik drama yang sedang saya tonton di kaca TV sekarang ini. Pukul 12 41 malam TV 9. Baru pulang dari Pulau Pinang.

Drama ini berkisar soal kehidupan seorang pengidap penyakit Dyslexia (penyakit psikologi rendah diri dan gagap yang agak teruk akibat kegagalan membaca dan mengeja sejak kecil). Bukan kisah keyakinan beliau yang cuba dipulihkan yang ingin saya ceritakan. Saya Cuma amat tertarik dengan idea BookHouse yang beliau kendalikan.
Ayah beliau seorang yang cukup memahami. Menyedari anak beliau pandai namun kekurangan dari segi keyakinan, beliau sarankan kepada si anak agar membuka kedai buku bacaan yang beroperasi selama 24 jam. Suatu hari mereka sekeluarga berkelah. Si ayah terliaht si anak asyik menguliti novel kulit ke kulit. Si ayah bertanya adakah anaknya berhajat mengikuti jejak Abraham Lincoln yang gemar membaca. Malah Lincoln selalu menyarankan rakyat Amerika untuk membaca.

Si ayah bercerita di UK, banyak kedai buku yang memberi peluang pengunjung membaca buku berkualiti dengan bayaran mengikut jam. Malah kedai tersebut berjalan 24 jam tanpa cuti. Saya mengamati kalimah si bapa dengan menginsafi keadaan di Malaysia masih jauh dari budaya ilmu berkenaan. Kanak-kanak dan remaja Malaysia lebih sanggup menebuk tabung sendiri semata-mata untk berada di kafe Siber selama 24 jam. Menggunakan komputer bukan untuk menambah kepandaian sebaliknya bermaina permainan video sahaja.

Idea membuka kedai sedemikian amat menarik dan praktikal.
Mungkin saya boleh mencuba nasib membuka premis sebegitu suatu ketika nanti. Insya Allah.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah


Friday, February 20, 2009

Buku Kekasih..kekasih ialah buku

Buku Kekasih…kekasih sejati adalah buku

Memilih sebuah novel seminggu adalah rutin saya sejak saya bekerja. Dulu semasa masih belajar di kampus jarang saya pegang novel. Kecuali jika ia adalah novel kalsik atau novel yang dikarang semasa perang kerana saya suka sangat memasuki benak dan minda manusia-manusia yang berada di saat sebenar sebuah peperangan terutama Perang Dunia 2.

Saya tiba-tiba terpegang buku berjudul Buku Kekasih. Bentuk macam sebuah novel. Saya terus pulang. Bila dibelek-belek, baru sedar ia karangan Shaharom TM Sulaiman yang juga pengarang buku penting bagi biblioholik Keanehan dan Keunggulan Buku.

Rupanya buku Buku Kekasih bukan novel tetapi himpunan tulisan Shaharom berkenaan dunia buana buku, institusi yang menjulang buku, pengaruh buku dalam mencipta ragam emosi dan laku manusia, biografi ringkas tentang penulis hebat seperti Bung Karim dan Hamka, serta nikmat-nikmat pembacaan dalam buku-buku serata dunia. Shaharom menggarap sebuah buku yang dibuat dalam bentuk novel-novel cinta untuk menggambarkan betapa cintanya beliau terhadap buku. Rasa saya pengaruh beliau sama seperti Prof Zaini Ujang yang juga karyanya mempengaruhi tabiat membaca saya.

Saya akan ingat pesanan Shaharom iaitu ‘pembacaan kita untuk bergelar ilmuan adalah bersifat ensiklopedik agar kita benar-benar tahu banyak perkara’.

Falsafah sebagai Al Warraq iaitu penulis atau penyalin buku juga akan saya pegang. Betapa selama ini saya bukan penulis tetapi sekadar al warraq iaitu penyalin ilmu insane ilmuan lain dan digarap dalam idea saya sendiri. Kadangkala fakta dan perspektif ilmuan lain saya jadikan hujah untuk menyokong argument peribadi. Lebih baik saya menjadi al warraq seperti mana al warraq di kala Abbasiyyah berbanding menjadi ‘mesin fotokopi’ di kedai Photostat atau burung kakak tua yang hanya memuntahkan kembali hasil tesis orang lain. Penyalin ilmu….seolah para ilmuan ada di hadapan saya…mendiktekan ilmu di hadapan saya…saya menyalin dan memakmurkan taman idea saya sendiri untuk kebaikan umum. Mungkin itulah posisi saya di celahan buana ilmu dan buku.

Muhammad Nuruddin Bashah
http://pentaskajibuku.blogspot.com
http://munawwarah.blogdrive.com

Thursday, February 28, 2008

Apa hubungan anda dengan buku?


Apa hubungan Anda dengan Buku?

Buku adalah kaedah mudah dan klasik untuk mendapat pengetahuan, kaedah, bakat dan manual untuk anda melakukan sesuatu pekerjaan. Lantaran sebagai manusia yang diarahkan 'bekerja' sebagai khalifah di muka bumi, Tuhan kita berikan kitab Al Quran selepas diberikan beberapa kitab lain sebelum ini. Kitab ini perlu 'dibaca' juga. Jadi membaca adalah antara solusi mudah untuk setiap insan.

Apabila saya menghadapi apa-apa masalah atau kesukaran, antara jalan mudah yang saya lakukan adalah 'cari buku', 'buka buku', 'baca buku' atau pergi ke perpustakaan daerah. Kalau dulunya di UM, khazanah bukunya tak terkira, akan tetapi kini, khazanah buku perlu juga dicari melalui hubungan rakan yang gemar membaca, mencari pelbagai perpustakan berbeza untuk mendapat bahan bacaan yang bermutu.

Apabila anda menghadapi kesukaran mengajar ( jika kita adalah guru), carilah bahan manual mengajar di perpustakaan. Cari juga encyclopedia untuk kukuhkan pemahaman terminologi, konsep dan teori tertentu. Cari juga hadis atau Al Quran yang berkaitan dengan isi pengajaran. Murid nakal, ada buku yang boleh membantu. Anda berorganisasi di waktu lain? Carilah buku-buku pengurusan, gelagat berorganisasi dan seni bekerja berpasukan.

Anda tiba-tiba berjumpa insan yang ingin belajar tentang konsep nabi Isa dalam Al Quran dan ingin membandingkan pemahamannya daripada Bible. Carilah buku berkaitan. Amat banyak sekali.

Budaya self learning dan self research perlu dilakukan dan bukan sekadar membaca kosong. Saya kurang gemar mewar-warkan satu tajuk buku untuk dikupas beramai-ramai. Natijahnya hanya buku itu yang terkenal dan mereka akan hanya membaca buku tersebut. Tetapi saya suka sesuatu isu atau masalah dikupas dan difahami melalui membaca 'berpuluh-puluh' buku. Barulah buku itu membantu. Kita tidak berobligasi membantu menaikkan nama buku. Sebaliknya jadikan buku sebagai pemangkin menaikkan kapabiliti dan kemahiran kita.

Antara sikap yang boleh dimulakan mulai sekarang adalah sikap menjadikan buku sebagai 'kaunselor' apabila menerima sesuatu isu, masalah dan kesukaran.

Buku untuk semua…anda mampu mengubahnya.

p/s: membaca buku secara klasik adalah berbeza dengan membaca e-book atau laman web. Buku ada auranya tersendiri.

Pendita Bitara
Februari 2008

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...