Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Friday, December 26, 2008

Ibnu Sina dan teori kenegaraannya

Teori negara menurut Pandangan Ibnu Sina. Inilah tajuk buku yang saya miliki (salinan) sejak tahun 2006. Baru kini berkesempatan meneliti semula perpustakaan saya sendiri di rumah.

Dalam buku ini, Ibnu Sina diceritakan semua pemikirannya oleh H. Zainal Abidin Ahmad terbitan Bulan Bintang 1974. Idea Ibnu Sina berkaitan keadilan sosial, hak warganegara, pemerintahan yang telus dan praktikal serta bagaimana rakyat menggunakan akal untuk memakmurkan alam.

Perbandingan antara pemikirannya dengan pemikiran Marxism juga diberikan dalam buku ini.

Ramai hanya mengetahui Ibnu Sina atau gelaran Avicenna hanya memiliki kemampuan perubatan dan teologis-metafizik. Sebenarnya lebih lagi kemampuan beliau. Hampir tiada pemisahan fakulti, madrasah pemikiran dan ilmuan d zaman beliau.

Silalah baca buku ini. Saya dapati naskhah aslinya di Perpustakaan Universiti Malaya. Jika ingin membaca salinannya, sila hubungi saya (017-6291368).

Pendita Bitara
USM

Gerakan Freemason; kajian yang tidak habis-habis

Sekarang saya sedang membaca beberapa buku mengenai sejarah dan kebejatan Freemasonry tajaan Yahudi. Gerakan sejak era 45M ini telah mempengaruhi dunia melalui tajaan dan manipulasi norma dan budaya sedunia.
Sejak di Universiti Malaya saya amat tertarik dengan buku-buku di Perpustakaanya yang banyak tu terutama melibatkan buku-buku pertembungan ideologi dan ras.
Dulu saya mula tertarik dengan influensi Yahudi antarabangsa melalui buku Henry Ford iaitu International Jews.
Saya sedang membaca pula kini buku bertajuk Gerakan Freemason, Orientalisme dan Kristianisasi terbitan PMRAM. Saya hanya mampu memiliki dalam salinan fotokopi kerana tidak pernah melihat naskhah asli. Sesiapa yang ingin membaca buku ini bolehlah hubungi saya (017-6291368).
Dalam masa yang sama, saya juga meneliti keratan artikel-artikel Mastika berkenaan isu Freemason. Terima kasih Mastika kerana memainkan peranan sebagai majalah separa ilmiah yang amat bermanfaat.
Bahan yang MAHA penting dalam isu Freemason adalah.....isu Freemason di Malaysia. saya masih mencari untuk kajian.
Kajian akan dibentang dalam nota 'slide' sempena Kelas Aqidah anjuran Skuad Penyelamat Aqidah.
Pendita Bitara

Perpustakaan di Pesta Pulau Pinang

Semalam 25 Disember 2008, saya berkunjung ke Pasta Pulau Pinang. Antara benda yang terus emnarik hati saya adalah pameran dan jualan buku oleh pihak Perpustakaan Negeri Pulau Pinang.

Banyak buku berharga dan bernilai ilmiah dijual dengan potongan harga.

Ada aktiviti untuk kanak-kanak seperti mewarna dan melukis serta kempen Perpustakaan Mini untuk Anak Anda.

Moga perpustakaan terus menjadi tempat rujukan bagi ilmuan yang bermanfaat untuk masyarakat.

Pendita Bitara

Monday, December 1, 2008

Terus Membaca....

Membaca telah menjadi darah daging saya sejak saya menyedari pentingnya buku dan bahan bacaan sebagai makanan kedua manusia.

Semasa menjadi guru di dua sekolah swasta, saya memiliki banyak masa untuk membaca walaupun kadamgkala waktu bertugas hingga 4 petang. Semasa mengajar masih sempat mengambil peluang membaca. Semasa mengajar Al-Quran juga masih sempat menyemak buku dan tafsir Al-Quran. Juga semasa mengajar kelas tuition peribadi.

Kini, suasana bekerja jauh berubah. Saya berada di dunia industri yang mana perlu sentiasa aktif bekerja. Meja khas tidak tentu. Terutama semasa tempoh latihan ini, saya perlu mengguna masa sebaik mungkin untuk menimba ilmu kejuruteraan serta mengasah kembali apa yang telah dipelajari di kampus dahulu.

Saya masih membaca dan masih mampu menulis pada hari pertama bekerja. Saya selit buku bacaan tambahan di celahan buku jurutera saya. Antara buku yang sempat saya baca dan sedang saya teliti adalah buku Khidmat Masyarakat Peranan wanita di Zaman Rasulullah, Buku Problem Kemiskinan Apa Konsep Islam tulisan Dr Al Qaradhawi, kitab-kitab Bahrul Mazi (Sunan At Tarmizi), majalah as Sunnah daripada Indonesia (masih dilanggan daripada bekas Guru Besar saya), majalah Mastika, Utusan Pengguna, Harakah dan Buku-buku News Monitoring yang saya buat selama ini. Bahan bacaan daripada internet masih diikuti sambil-sambil bekerja. Masih sempat menulis surat ke berita Harian dan Harakah serta masih berdebat dan berbahas isu-isu sensitif Islam dalam yahoogroups tertentu.

Saya masih menunggu pesanan Kitab Syarah Riadhus Solihin karangan Dr Sheikh Uthaimin yang dipesan dari Indonesia melalui guru Besar saya.

Kini saya makin terasa betapa pentingnya ‘mood’ dan masa membaca yang betul serta berkualiti. Kepada yang banyak memilki masa terluang….membacalah…..dunia anda akan senantiasa luas walaupun bersendirian….

Muhammad Nuruddin Bashah
Ipoh 1 Disember 2008

Monday, October 6, 2008

Inginkah daging korban anda ditinkan?

Semalam saya berkunjung di sebuah rumah kakitangan sekolah (tempat saya bekerja) untuk menziarahi rumahnya sendiri sempena hari raya. Walaupun kami sama-sama dari Balik Pulau, saya hanya pergi ke rumahnya hanya sekali sekala dan tidak pernah berkesempatan menjenguk sendiri ke dalam rumahnya.

Beliau adalah antara keluarga yang layak menerima zakat tetapi terpinggir dari senarai kebajikan masyarakat kerana belum pernah menerima sebarang bantuan dengan kesesakan hidup yang dihadapinya. Gaji yang sekadar RM 700 ++ tidak berdaya menampung belanja makan dan pendidikan 6 orang anak. Tanpa kenderaan yang sempurna untuk beliau berulang alik ke Teluk Kumbar saban hari.

Saya telah mengambil keputusan untuk menyalurkan bantuan bulanan iaitu beras dan milo (2 makanan rugi keluarga dia katanya). Mungkin wang ringgit yang sekadar RM 50 – RM 100 tidak akan bermakna bagi sesetengah orang. Tetapi jika bagi keluarga ini, jika ia ditukar kepada beras dan barang dapur, ia bagaikan nyawa bagi mereka.

Tentang misi kebajikan juga, saya ada berjumpa dengan Ketua Unit Amal Balik Pulau iaitu saudara Roslan Mat Atan untuk membincangkan hubungan kerjasama antara Unit Amal dengan Muslim Aid di Kuala Lumpur. Kami di sini berminat untuk membuat kerjasama untuk mengedarkan daging korban dalam tin yang diagihkan oleh Muslim Aid di Balik Pulau bersama-sama bahan bantuan lain dari kami seperti beras dan barang dapur lain.

Tegasnya, Muslim Aid memerlukan pengorban iaitu individu yang berkemampuan serta suka mengonfaq harta di jalan Allah. Korban yang disalurkan melalui Muslim Aid berlainan sekali. Dengan hanya bayaran RM 350, kita akan diberi seekor kambing atau bahagian lembu. Korban ini akan dilaksanakan melalui amanah kita kepada Muslim Aid dan kos bayaran tadi akan digunakan untuk menyembelih, memasak daging dan ditinkan. Tin tersebut tahan selama 2-3 tahun dan mampu diagih juga ke luar Negara untuk misi perang dan kebajikan antarabangsa.

Saya terfikir, betapa nutrisi dan zat makanan amat penting bukan sekadar nasi dan tepung penyambung nyawa. Alangkah mulianya jika kita mampu berikan zat dan vitamin dari setin daging korban kepada sebuah keluarga di mana rata-rata kita mampu menikmati daging hampir setiap hari.

Di KL dulu saya tertarik dengan cara Food Not Bomb edarkan makanan vegeteriannya. Dipilihnya sayur kerana sesuai untuk semua agama dan kaum. Di edar bahan berkhasiat kepada pengemis dan orang yang lapar. Sekadar seminggu mereka dapat makan sayur yang pelbagai cukup untuk mereka mendapat antibodi untuk meneruskan hidup minggu ke minggu.

Saya berharap dan mneyeru agar lebih ramai akan menjalani ibadat korban melalui Muslim Aid. Anda boleh menghubungi saya di 017-6291368 ( jihadin82@yahoo.com) atau Muhammad ( 012 3377195). Daging yang ditinkan boleh disalurkan sepanjang tahun berbanding pengedaran daging mentah.

Dengan kerjasama Unit Amal, daging tersebut akan tepat sampai ke sasaran Insya Allah. Mereka benar-benar bekerja untuk Allah. Silalah membuat keputusan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Anggota unit Amal Balik Pulau
Aktivis Muslim Aid

Thursday, October 2, 2008

Siapa Jurubicara Islam?

Saya tertarik dengan ulasan buku oleh penulis dan pembaca ini. Moga Allah merahmati dirinya.
www.saifullahzulkif li.blogspot. comAntara buku yang sedang saya baca sekarang adalah bukuterbaru yang ditulis oleh Esposito dan Dalia Mogahedbertajuk Who Speaks For Islam?: What do Billions ofmuslims really Think. Satu buku yang saya rasakansemua ummat Islam terutama mereka yang terlibat dalamgerakan Islam harus baca. Oleh kerana saya masih belumhabis baca buku tersebut jadi saya tidak berniat untukmembuat kupasan buku disini. Namun Demikian buku iniyang ditulis hasil daripada kajian yang dibuat sejak2002 hasil dapatan daripada ummat Islam seluruh dunia.Menanyakan beberapa persoalan fundalmental yangmenjadi permasalahan pokok kepada imej ummat Islam danIslam itu sendiri.
Apa yang saya ingin ungkapkan disini adalah ucapantahniah saya kepada Dalia Mogahed yang berbahas dalamsatu forum bersama dgn seorang feminis terkenal IrshadMunji, Toronto Canada. Beliau telah menulis beberapabuku kontroversi termasuklah The Trouble With IslamToday: A Muslim's Call for Reform in Her Faith. danThe New Hope for Islam yang boleh di dapati dalambahasa melayu dan dibaca secara percuma.Bagi saya Irshad mempunyai niat yang murni untukmelihat Islam dipandang positif oleh orang bukanIslam, dan beliau mahu menegakkan keadilan dalampersektif beliau sendiri. Beliau yang kelihatanseperti seorang yang penuh kekecewaan percaya bahawaIslam adalah merupakan faktor kepada kemunduran dankezaliman kepada kaum hawa. Dengan kefahaman ini,beliau seperti mana feminis2 yang lain menggagaskankepada rekonstruksi al-Quran kepada fahaman2 yangdianggap lebih progressif mambela hak asasi manusia.Erm.. niatnya nampak murni tapi kefahamannya salah dankecelaruan sudut pandang sarwajagat Islam, Islamicworld view. Inilah masalahnya apabila kita meletakkanagama, hukum dan keadilan di tangan sendiri. Ketiga2perkara ini akan disalah gunakan dan dimanipulasimengikut nafsu dan suka hati kita sendiri.
Dalam halini, manusia memerlukan satu garis panduan yang jelas daripada sesuatu yang berkuasa, merujuk kepada wahy.Wahyu yang diturunkan adalah merupakan panduandaripada Allah swt yang mencipta manusia, mengetahuilebih daripada kemampuan akal. Akal mungkin bolehmengatakan ya kepada sesuatu, tetapi tidak kepadawahy. Ini adalah kerana, akal hanya mampu menafsirkansesuatu yang mampu dicapai oleh lima deria manusia,daripada deria ini akal manusia membuat tafsiran,tetapi tidak bagi wahy, wahy adalah jauh daripadalimitasi deria manusia apatah lagi untuk menentukanapa yang baik dan buruk kepada manusia.Berhubung kait dengan isu ini, saya ingin kaitkandengan hujah yang disampaikan oleh irshad yangmengatakan bahwa terdapat seorang Imam di Amerika yangmenulis satu artikel, membolehkan perkahwinan antarapelbagai penganut agama tanpa perlunya kepadapenukaran agama. Irshad yang mengagung-agungkantulisan Imam tersebut mengatakan tulisan itu akhirnyatelah diterjemah kepada 19 bahasa dan menjadi rujukankepada ummat Islam moden.Menarik disini adalah apabila Dalia secara tuntasmenempelak hujah tersebut dengan mengutakan bahawaadalah hal agama, hukm dan keadilan dalam Islam tidakboleh diterjemah dan ditafsirkan sesuka hati, tanpaadanya 'religious authority' atau pun mereka yangmempunyai hak, kreadibiliti di dalam menafsirkan hukumdan agama.
Mereka haruslah melalui sistem pendidikanIslam, dan melalui perguruan ilmu bersama ulama-ulamayang muktabar dan diberi Ijazah, pengtauliahandaripada ulama tersebut.Saya sendiri jika boleh berhujah, saya pertikaikanbagaimana sebuah hukm boleh dibuat dan dijatuhkanmelalui sebuah artkel, tambah pula imam mana, atausiapa tidak pula diketahui Kalau di Malaysia, ImamAyah Pin yang mungkin buat hukm, pasti jadi masalah.Orang yang tidak mempunyai hak dan layak di dalammendifinasikan hukm, diberikan kuasa yang tidaksepatutnya. Al-Qardhawi sendiri malah mana2 ulamaIslam sekali pun dalam mengupas satu2 isu bukanmenulis artikel, tetapi hujah mereka di tulis dalamsebuah buku. dibuat secara terperinci, berhati-hatidan bertanggungjawab.Inilah masalah yang akan timbul apabila agama, hukmdan keadilan dibawa ke tangan sendiri, maka kecelakaandan kecelaruan akan berlaku. Dalia menambah, al-Qaedayang dikatakan berjuang atas nama agama pun berlakuakibat daripada sikap dan pendekatan ini kepadaal-Quran dan wahy dalam Islam. Intrepetasi mungikutsedap nafsu ini akhirnya mengakibat dua kelompok yangkian dominan dalam dunia Islam pada hari ini. Dalamfenomena inilah al-Qardawi meletakkan dua kelompokyang lahir digelar sebagai al-Ghulub Tafarraqu fiDeen, kelompok yang melampau dalam agama dan kelompakpelonggar agama Tasahul fi Deen.Berkait rapat dalam hal ini, saya ingin memberikancontoh di luar agama Islam. Sewaktu dunia kecoh denganfilem kontroversi adaptasi daripada novel Dan Brown.Da Vinci Code. Filem Da Vinci Code yang mempersoalkanpelbagai perihal fundamental dalam kristian, malahmemaparkan bahawa wujudkan gerakan rahsia Opus Dei,isu The last Supper dan Mary Maglandale dan Priory ofSion, menjadi isu kontroversi dalam dekad ini kepadaagama Kristian. Ketika itu, ramai penganut Islam yangmemandang sinis dan ketawa kepada agama kristian.Pembesar-pembesar Kristian membantah dan menafikansemua isu-isu yang diusulkan oleh Dan Brown. Malahpenganut Kristian diseluruh dunia membantah,dibeberapa negara termasuk Filipina, Italy dan Indiamengharamkan filem ini dan di India terdapat mogoklapar membantah filem ini.
Di saat ini saya menyatakan bantahan saya kepadakepada filem tersebut. Bukan bermaksud saya mengakuikebenaran Kristian, tetapi di dalam hal agama kitaharus punya prinsip biarlah mereka yang layak danwibawa dalam agama tersebut untuk bercakap mewakiliagama tersebut. Masalah ini begitu menular dalamIslam. Mereka yang liberal, sekular dan ekstrimmengaku mewakili Islam akan kemudian memberikantanggapan yang salah terhadap Islam.
Bayangkanbagaimana jika dalam dialog antara agama, Islamdiwakili oleh Zainah Anwar dan Kristian diwakili olehDan Brown. Pasti rosak agama.www.saifullahzulkif li.blogspot. com30 Sept/ 30 Ramadhan6.45 pm Seksyen 14

Monday, September 22, 2008

Merenung peradaban dan tamadun melalui sastera

Lihat nilai dan kepentingan sastera dalam pembinaan sesebuah tamadun. Tamadun Melayu tidak ketinggalan dalam hal ini. Aan tetapi adalah agak menyedihkan apabila kesemua karya sastera-sejarah tanah melayu kurang memiliki nilai persejarahan malah lebih menonjolkan metos dan dogma monarki semata-mata. inilah yang membezakan kesusasteraan kita dengan penulisan tamadun-tamadun besar yang lain.
Merenung peradaban dan tamadun melalui sastera
Oleh S. OTHMAN KELANTAN
TRADISI bersastera secara berencana bermula dari istana raja-raja Melayu. Karya sastera dari istana memancarkan keagungan peradaban dan tamadun bangsa Melayu.
Istana merupakan pusat tertinggi dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu.
Istana menggambarkan cita rasa bangsa Melayu melalui raja-rajanya yang adil dan para intelektual Melayu yang berkeupayaan tinggi menyokong pentadbiran dengan bijaksana.
Sejak lebih 600 tahun yang lalu, sastera berencana berkembang memperlihatkan keagungan tamadun dan peradaban Melayu, seperti yang terkandung dalam Magnum Opus Melayu yang terkenal iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
Diikuti oleh pelbagai karya agung seperti Misa Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Pahang, Hikayat Johor, Hikayat Patani, Hikayat Aceh dan puluhan lagi.
Tidak dinafikan, sebelum atau seiring dengan karya sastera istana, sudah ada karya sastera lisan yang berkembang di kalangan rakyat.
Bentuk karya yang sangat nyata ialah cerita penglipur lara, yang juga memfokuskan kegemilangan istana seperti Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Donan, Hikayat Indera Putera, Hikayat Si Miskin dan puluhan lagi, yang memperlihatkan keupayaan dan pemikiran para pengarangnya.
Karya sastera rakyat ini lazimnya bersifat anonim, iaitu penciptanya tidak diketahui, tetapi ceritanya tersebar luas dalam masyarakat. Ada juga hikayat yang mengisahkan wiranya rakyat biasa dan miskin pula, tetapi kerana baktinya kepada istana, lalu berkahwin dengan tuan puteri, akhirnya menjadi raja. Fokusnya tetap kepada istana, iaitu lambang kedaulatan bangsa Melayu.
Selain daripada karya sastera berencana dari istana dan karya sastera rakyat bersifat anonim ini, wujud satu lagi bentuk karya sastera bermotifkan agama Islam.
Selain daripada bentuk kitab, yakni prosa yang jelas bahasanya tentang selok-belok agama Islam, ada juga karya yang mengambil bentuk kreatif dalam teknik penyampaiannya.
Penulisnya memilih bentuk puisi seperti syair, nazam, ruba'i atau mathnawi, seperti yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri dari Acheh, Raja Ali Haji dari Riau, Syaikh Syihabuddin dari Pahang, Tok Ku Tuan Besar dari Terengganu dan Sheikh Muhammad Zain Al-Patani.
Karya mereka memperlihatkan betapa tingginya peradaban bangsa Melayu, sekali gus menjelaskan betapa agungnya tamadun bangsa Melayu. Sebab peradaban dan tamadun tertinggi sesuatu bangsa di dunia dapat dilihat dan diteliti daripada bagaimana mereka menggunakan medium bahasa mereka untuk menyatakan pemikiran dan sesuatu peristiwa atau kejadian yang mungkin dicatat sebagai sejarah.
Bahasa itulah menjadi vehicle atau wahana yang dapat merakamkan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban dan tamadun sesuatu bangsa di dunia.
Bahasa menjadi wahana dan lambang peradaban yang utama bagi sesuatu bangsa. Penggunaan bahasa dalam menyampaikan pemikiran sama ada dalam bentuk rakaman sejarah, buku ilmu, kitab agama, penulisan kreatif atau penuturan yang memungkinkan penyebaran ilmu atau pernyataan perasaan, membuktikan bangsa itu bertamadun tinggi.
Hal ini boleh dilihat dalam sejarah tamadun Mesir, Mesopotamia, Khildan, India, China dan sebagainya.
Bahasa itulah yang merakamkan riwayat dan hukum, seperti hukum Hamurabi di Mesir, I-Ching di China, Laleita Wishtra dan Vagavad Gita di India, yang menunjukkan bangsa itu mempunyai peradaban dan tamadun yang besar.
Kitab suci al-Quran menggambarkan peradaban dan tamadun Arab yang menggunakan bahasa Arab dalam lahjah Arab yang tulen.
Sebab itu kalau al-Quran diterjemahkan, ia tidak menampakkan keindahan estetika lahjah Arab yang tulen, kecuali memahami maksudnya. Sebab itu, sesuatu bangsa yang mengetepikan bahasa ibundanya. Dan mengagungkan bahasa luar, menunjukkan bangsa itu tidak berperadaban dan tidak bertamadun.
Peradaban dan tamadun sesuatu bangsa itu dibina dengan bahasanya sendiri, baik dalam bentuk prosa ataupun dalam bentuk kreatif. Sebab bahasa menjadi jiwa kepada sesuatu bangsa, dan keindahan estetika sebagai emosi kepada jiwa itu ialah karya kreatif.
Bahasa dicipta oleh manusia menurut keupayaan dan kebolehan yang sesuai dengan perkembangan peradabannya. Ini disebut dalam al-Quran surah al-Rum 30, ayat 22, yang bermaksud: Dan di antara keterangannya ialah kejadian langit dan bumi, dan kepelbagaian bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian menjadi kepada orang yang tahu.
Kalimat atau frasa itu menggambarkan setiap bangsa itu mempunyai bahasanya sendiri yang mereka cipta. Mereka akan menggunakannya. Mempertahankannya dan mengembangkannya sebagai bahasa ilmu atau sebagai bahasa perhubungan atau lingua franca.
Demikianlah juga bahasa Melayu. Bahasa Melayu ini sebenarnya sudah menjadi lingua franca. Bahasa perhubungan umum dan bahasa ilmu berabad-abad yang lalu. Sejak zaman kesultanan Melaka, pada abad ke-17, bahasa Melayu telah menjadi wadah untuk menyampaikan ilmu dan bahasa kreatif yang amat tinggi estetikanya.
Dan kemampuan itu berterusan sehingga sekarang. Karya kreatif yang bermutu seperti Hikayat Panglima Nikosa (1876) oleh Encik Ahmad Syawal Abdul Hamid, Mencari Isteri (1927) oleh Muhammad Yusuf Ahmad, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan (1927) oleh Ahmad Rasyid Talu, Melati Sarawak (1932) oleh Muhammad Rakawi Yusuf, Putera Gunung Tahan (1937) dan Anak Mat Lela Gila (1941) kedua-duanya oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Azuman Mahkota (1938) dan Sebelas Rajab (1939) kedua-duanya oleh Abdul Kadir Adabi dan Nyawa Di Hujung Pedang (1946) oleh Ahmad Murad Nasruddin sebagai contoh, merakamkan aspirasi bangsa Melayu tentang cita-cita kemerdekaan dan ketidaktentuan sesetengah orang Melayu setelah menerima pengaruh penjajahan Barat dan kerenah zaman pendudukan Jepun. Mereka ingin menjadi orang Barat dan mengetepikan budaya sendiri.
Melalui novel Putera Gunung Tahan dan Sebelas Rajab, kita dapat meneliti dan merenung betapa tamak dan hinanya kelakuan bangsa Inggeris sewaktu mereka ingin menjajah tanah Melayu,
Kedua-dua novel ini merakamkan secara tersembunyi bahawa kolonial British itu adalah paksi kejahatan, Existance of Evil, yang bertapak di Tanah Melayu. Mereka inginkan kekayaan lalu menjadi pengganas dan menghina penduduk tempatan.
Merekalah yang meruntuhkan kedaulatan bangsa Melayu setelah istana raja Melayu dibom. Mereka memporak-perandakan kedudukan orang Melayu dan lambang sebuah rumah tangga orang Melayu dihancurleburkan. Mereka menipu orang Melayu, termasuk Ratu Bongsu, iaitu lambang kedaulatan raja-raja Melayu, dan cuba menguasai semua harta, iaitu tanah air orang Melayu.
Melalui karya sastera inilah, kelakuan dan kejahatan mereka didedahkan secara halus, iaitu merekalah kolonial Inggeris, sebenarnya penjahat dan pengganas yang kejam dan zalim.
Mereka hadir ke sini sebagai perompak, penyamun dan pencuri yang membawa perangai haiwan. Semuanya disampaikan dengan bentuk sindiran yang halus dan tajam.
Karya sastera seperti ini hanya dapat di fahami oleh pembaca yang kritis. Karya ini menggambarkan betapa tingginya peradaban bangsa Melayu seperti yang tersurat dan tersirat dalam karya kreatif, sama ada dalam novel, cerpen, sajak dan sebagainya.
Karya sastera kita semasa pendudukan Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua, malah sampai ke zaman selepas kemerdekaan, melalui medium bahasa Melayu telah memperlihatkan keupayaan sebagai bahasa ilmiah di institusi pengajian tinggi, dan menjadi bahasa kreatif yang mempesonakan.
Puisi awal oleh Tok Kenali dan Pungguk, membawa nilai estetika yang tinggi. Apa lagi cerpen dan novel seperti yang ditulis oleh Abdul Rahim Kajai, Pak Sako, A. Samad Ismail, Ruhi Hayat dan Rumaja Malaya, bukan sahaja membawa aspirasi bangsa Melayu dalam peradaban dan tamadunnya, tetapi menonjolkan nilai estetikanya yang sangat tinggi.
Sebagai contoh, Rumaja Malaya penulis dari Kedah yang telah menghasilkan 14 buah novel sejak 1953 dengan novel pertamanya corak masyarakat, sehingga 1958 dengan novel terkulai di lautan madu membawa stail atau gaya bahasa penceritaan yang mempesonakan.
Walaupun temanya biasa dengan kisah percintaan dan kerenah manusia dalam rumah tangga, termasuk tentera, stailnya sangat kreatif dan imaginatif.
Novel Rumaja Malaya membuktikan bagaimana bangsa Melayu berkeupayaan dan boleh membentuk nilai estetikanya yang amat tinggi. Di sinilah letaknya keagungan peradaban kita dalam seni kreatif. Selain daripada berkeupayaan untuk membawa cita rasa ilmiah melalui karya seperti kitab agama, buku pengetahuan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, segolongan orang Melayu tidak melihat karya sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu. Dengan kata lain, mereka mendewa-dewakan bahasa asing. Golongan inilah yang menyebut karya sastera Melayu tidak bermutu, membosankan, tidak membawa ilmu, dan pelbagai cemuhan.
Segolongan kecil intelektual kita terpesona dengan karya asing, ada aliran baru, kata mereka, iaitu teknik sololoqoy, seperti yang ditulis oleh Edouard Dujardin (1887), atau muncul teori atau aliran formalisme, strukturalisme, semiotik, resepsi dan pelbagai teori Barat dikemukakan, termasuk era kolonialisme, modenisme, pascamodenisme dan pascakolonialisme.
Dan akhir-akhir ini pula muncul aliran yang sangat dikagumi dari Amerika Latin, iaitu realisme magis.
Pada hal dalam kesusasteraan Melayu sudah muncul realisme magis ini dalam Putera Gunung Tahan (1937). Atau setidak-tidaknya telah muncul lebih awal dalam cerita lisan Melayu, kemudian dibukukan dengan nama cerita penglipur lara, seperti yang telah disenaraikan di atas.
Suatu bangsa yang besar amat menyanjung dan mengembangkan bahasa dan sasteranya dalam pelbagai bentuk. Kita boleh membaca karya luar, tetapi kita jangan lupa membaca karya sastera kita sendiri. Kita akan dapat melihat keagungan karya sastera seperti les lauriesrs sont caupes, pohon-pohon lauriers sudah dipangkas, doktor Zhivago, war and peace, gulag archipelago, quiet flows the don, Taras boulba, farewell to arms, off mice and man, ulysses, snow country, the sound of wave untouchable, the name of the rose dan rasukan karya asing terkini yang tersebar di seluruh dunia.
Kita dapat manfaat daripadanya untuk melihat dan meneliti peradaban dan tamadun mereka sekadar perbandingan. Tetapi janganlah kita lupa memiliki dan membaca karya sastera kita dalam bentuk novel seperti Acuman Mahkota, Sebelas Rajab, Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila, Mencari Isteri, Nyawa Di Hujung Pedang, Lingkaran, Rumah Kosong, Tembok Tidak Tinggi, Musafir, Seluang Menodak Baung, Hujan Pagi, Daerah Zeni, Di Negeri Belalang atau membaca novel saya yang terakhir, iaitu Orang Kota Bharu (oghe koto baghu).
Orang Melayu, terutamanya yang digelar Melayu baru kebanyakannya menjadi jutawan. Jadikanlah karya sastera Melayu, sama ada novel kumpulan cerpen, antologi puisi, buku drama, dan sebagainya untuk memenuhi rak buku di rumah selain daripada buku-buku asing. Setidak-tidaknya apabila ada masa terluang, dapat juga membaca karya sastera Melayu untuk meneliti peradaban bangsa sendiri.
Demikianlah karya sastera Melayu yang dirakamkan melalui bahasa Melayu, seperti yang dinyatakan di atas, menunjukkan bagaimana pengarang kita sejak zaman kesultanan Melaka pada abad ke-17 hingga abad ke-20, masih menggunakan bahasa Melayu peringkat tinggi dalam menyebarkan ilmu termasuk ilmu yang menyentuh agama Islam.
Mereka juga mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kreatif dalam syair, nazam, ruba'i, mathnawi, pantun, novel, cerpen, sajak dan drama. Ribuan karya sastera Melayu dalam pelbagai genre dan disebarkan secara meluas ke seluruh dunia, menunjukkan bagaimana wajah sebenar peradaban dan tamadun Melayu wujud di dunia ini sudah berabad-abad lamanya.
Keagungan peradaban dan tamadun yang terlambang dalam bahasa Melayu melalui karya kreatif ini amat besar nilainya dan amatlah wajar kerajaan Malaysia memberikan penghargaan kepada para penulisnya.
Meneliti aspirasi rakyat dalam karya sastera sejak ratusan tahun yang lalu, sehingga karya sastera yang menentang kolonial British sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, ternyata bangsa Melayu mempunyai peradaban dan tamadun yang tinggi dan teruji.
Dan kalau ada orang Melayu yang memperkecilkan bahasa Melayu dan karya sastera Melayu, maka eloklah mereka kembali meneliti dan merenung keagungan peradaban dan tamadun kita seperti yang telah terakam dalam ratusan karya sastera sejak zaman kesultanan Melaka lagi.
Mereka mesti menyedari keagungan ini, agar mereka mengetahui bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang besar, seperti yang tercatat dalam karya sastera Melayu. Bahasa Melayu juga mempunyai keupayaan yang tinggi, sama seperti bahasa-bahasa besar lainnya di dunia ini dalam membina peradaban dan tamadun Melayu.

Dasar bahasa Inggeris PSMI; bakal ditentukan

Asas bahasa Inggeris guru, murid mesti kuat

KEPUTUSAN sama ada pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan atau tidak akan ditentukan tidak lama lagi.
Namun sebarang keputusan biarlah mengambil kira pelbagai faktor, realiti dan bukan tekanan, emosi atau kepentingan kumpulan-kumpulan tertentu termasuk politik.
Keputusan yang bersifat ad hoc akan memberi kesan negatif kepada sistem pelajaran dan masa depan rakyat Malaysia. Janganlah pendidikan anak-anak dijadikan bahan eksperimen. Berbagai- bagai pandangan telah diluahkan oleh pelbagai pihak. Ada yang mahukan PPSMI diteruskan dan sebaliknya. Tetapi ti- dak kurang pula yang berpendapat isu penting bukan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sebaliknya memperkukuhkan asas bahasa Inggeris di kalangan para pelajar.
Penulis sendiri juga setuju tanpa asas bahasa Inggeris yang kukuh adalah sukar bagi para pelajar mengikuti PPSMI.
Perkara ini bukan isu penting di kalangan para pelajar di bandar-bandar yang mampu mengikuti kelas tuisyen, tetapi soal hidup mati bagi keluarga miskin sama ada di bandar atau luar bandar.
Keadaan semakin parah kalau guru- guru sendiri tidak mampu mengajar kedua-dua matapelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.
Sebenarnya penulis sendiri pernah merasai kecelaruan dasar ini dengan dasar kelas peralihan (remove class) menggunakan bahasa pengantar Inggeris di tahun-tahun 60-an. Disebabkan asas bahasa Inggeris yang lemah ramai yang gagal peperiksaan Sijil Rendah pelajaran (SRP) khususnya pelajar-pelajar Melayu. Oleh itu sekiranya dasar ini hendak diteruskan juga (ataupun sebaliknya) tumpuan hendaklah diberi kepada pengajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran.
Melatih
Ini termasuklah rancangan melatih guru-guru bahasa Inggeris termasuk me- ngimport guru-guru bahasa inggeris sebagai guru dan tenaga pengajar guru- guru bahasa Inggeris. Selain daripada itu guru-guru berkelayakan yang menjalankan tugas-tugas pejabat sepatutnya kembali sebagai guru.
Percaya isu mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak akan timbul, sekiranya para pelajar mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bahasa Inggeris.
Baru-baru ini terbaca satu cadangan supaya sekolah-sekolah diberi pilihan sama ada untuk meneruskan PPSMI atau- pun tidak. Pada penulis setiap dasar kerajaan hendaklah dikuatkuasakan secara menyeluruh di seluruh negara.
Sekiranya diberi pilihan pasti akan wujud dua kelas masyarakat "yang bernasib baik" dan "tidak bernasib baik". Biasanya yang bernasib baik mendiami bandar- bandar sementara yang tidak bernasib baik terdiri daripada orang-orang Melayu di luar-luar bandar. Sistem ini wujud di zaman sebelum merdeka. Pelajar-pelajar bandar mendapat pelajaran yang terbaik. Kemudiannya mengisi jawatan-jawatan penting kerajaan dan swasta.
Sementara pelajar-pelajar Melayu di kampung hanya tamat darjah enam iaitu darjah tertinggi sekolah Melayu ketika itu. Pelajar lulusan sekolah Melayu amat bernasib baik kalau diterima menjadi guru, peon, polis atau tentera.
Harap janganlah sejarah sedih orang- orang Melayu khususnya di luar bandar berulang lagi. Zaman kasta "tuan" dan "kuli" telah lama berlalu.
Jelaslah kejayaan PPSMI bergantung kepada kemampuan dasar ini memberi faedah sama rata kepada setiap pelajar dan bukan mewujudkan perbezaan kelas masyarakat sebagaimana yang sedang dialami oleh beberapa buah negara sedang membangun.
saduran: Utusan Online

Thursday, September 11, 2008

Malik Bin Nabi; pergolakan sosial.


Membelek Buku Karya Dr. Ali Quraisy yang bertajuk Malik Bin Nabi dan Pergolakan Sosial ( At taghyeer al Ijtimai') membawa lagi saya ke zaman penjajahan barat terhadap bumi Islam. saya kini berada di Algeria era 1930an hingga 1960an.

Cara Perancis memperanciskan Algeria sudah pasti jauh berbeza dengan cara Islam membuka Mesir dan Algeria hingga membina generasi Musta'rab (golongan ajam yang diarab). Musta'rab menerima kemajuan, keamanan, pendidikan dan teknologi setara dengan pusta pentadbiran khilafah Islam Umayyah dan Abbasiyyah malah Uthmaniyyah. Mereka menjaga tanah jajahan serta membawa kemajuan juga kepada negara kafir musta'min.

Perancis pernah berada di dalam pengarauh empayar Andalus. Algeria dan Tunisia adalah antara jalan utama Islam memasuki Eropah. Lantaran itu dendam Perancis membantai habis-habisan orang Islam Algeria kelihatan seperti tindakan kebudak-budakan. Tiada langsung peluang berbahasa arab, mempelajari Islam, bercakap tentang Islam malah sekatan ekonomi dan pendidikan yang amat dahsyat dilakukan oleh Perancis terhadap rakyat Algeria.

Malik Bin Nabi datang membawa agenda pendidikan sebagai teras utama untuk perubahan sosial. Masyarakat perlu meninggalkan amalan sufi yang ter[inggir dari pemerintahan dan sosial. Algeria dikatakan oleh Al basyir Al Ibrahimi 1931 sebagai menerima 2 bentuk penjajahan iaitu penjajahan Perancis dan Penjajahan sufisme yang menyebabkan rakyat buta huruf, lemah dan jahil.

Saya berasa amat kagum dengan sikap keilmuan Malik Bin Bai terutama apabila hanya membuat Ijazah Kejuruteraan di Perancis selepas dihalang mengambil jurusan undang-undang. Betapa luasnya asas ilmu beliau. Beliau juga pengumpul buku yang hebat. Beliau hampir setiap hari berdiskusi dengan sesiapa sahaja yang dahagakan idea dan pemikiran yang bebas daripada senario jumud zamannya. Beliau menguasai bahasa Arab dan ilmu agama dengan baik sehingga mampu menulis buku agama seperti Musykilah Al afkar Fil A'lam Al Islamiy.

Generasi seperti Malik Bin Nabi perlu dibina seperti mana asuhan ibu-bapanya yang mementingkan pembacaan dan pembelajaran asas yang kuas semasa kecil lagi.

Buku yang saya baca ini hanya setebal 157 sahaja dan diterbitkan oleh Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia.

salah seorang guru saya pernah berpesan, antara buku saqafiyyah yang wajib saya baca hampir setiap bulan adalah buku yang berkisar penderitaan umat akibat penjajahan ideologi dan watan. Buku seperti ini akan membawa kita merasai keperitan akibat penjajahan zalim yang menatijahkan umat generasi kita.

Sila dapatkan buku ini dan baca.....

Pendita Bitara
8 pagi.

Wednesday, September 10, 2008

Pasca Kolonialisme dalam Pemikiran Melayu


Semasa di Kelantan baru-baru ini saya mengungjungi Kedai Buku DBP Cawangan Kota Baru. banyak buku-buku ilmiah yang diterjemahkan serta banyak juga buku yang menawarkan potongan sehingga 30%.

Saya mengambil peluang membeli buku yang pernah beberapa kali saya pinjam di Perpustakaan UM dulu bertajuk Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu yang diselenggarakan oleh Mohamad Daud Mohamad dan Zabidah Yahya.

Buku setebal 312 ini mengumpul 19penulis ilmiah terdiri daripada kalagan pensyarah dan ahli akademik.

Antara bab yang saya minati adalah Epistemologi Kolonial: Satu Analisis Ciri dan Kesannya oleh Mohd Hazim Shah abd Murad. Ia mengambarkan bagaimana tradisi pendidikan di Malaysia menerima percaturan dan pengaruh epistemologi tinggalan barat.

Buku ini cuba memberi kesimpulan halatuju melayu serta pembentukan pemikiran bangsa ini selepas menerima ketuanan beberapa bangsa asing. Walaupun mungkin pemugaran norma tidak ketara berbanding hasil tangan Belanda di Indonesia, kondisi Melayu di sini masih diperdebatkan akan halatuju dan jatidiri bangsa samadad benar-benar bebas atau masih berjiwa hamba ddalam erti kata lain menerima pengaruh neo-kolonial.

Pada saya jika diteliti dari segi struktur polisi dan penglibatan negara di peringkat antarabangsa, sahlah Malaysia masih menerima pengaruh neo-kolonial secara jelas. Apa pendapat anda? Jom baca buku ini.......

Pendita Bitara
SMI Al Itqan PP
11 september 2008

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...