Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Thursday, September 11, 2008

Malik Bin Nabi; pergolakan sosial.


Membelek Buku Karya Dr. Ali Quraisy yang bertajuk Malik Bin Nabi dan Pergolakan Sosial ( At taghyeer al Ijtimai') membawa lagi saya ke zaman penjajahan barat terhadap bumi Islam. saya kini berada di Algeria era 1930an hingga 1960an.

Cara Perancis memperanciskan Algeria sudah pasti jauh berbeza dengan cara Islam membuka Mesir dan Algeria hingga membina generasi Musta'rab (golongan ajam yang diarab). Musta'rab menerima kemajuan, keamanan, pendidikan dan teknologi setara dengan pusta pentadbiran khilafah Islam Umayyah dan Abbasiyyah malah Uthmaniyyah. Mereka menjaga tanah jajahan serta membawa kemajuan juga kepada negara kafir musta'min.

Perancis pernah berada di dalam pengarauh empayar Andalus. Algeria dan Tunisia adalah antara jalan utama Islam memasuki Eropah. Lantaran itu dendam Perancis membantai habis-habisan orang Islam Algeria kelihatan seperti tindakan kebudak-budakan. Tiada langsung peluang berbahasa arab, mempelajari Islam, bercakap tentang Islam malah sekatan ekonomi dan pendidikan yang amat dahsyat dilakukan oleh Perancis terhadap rakyat Algeria.

Malik Bin Nabi datang membawa agenda pendidikan sebagai teras utama untuk perubahan sosial. Masyarakat perlu meninggalkan amalan sufi yang ter[inggir dari pemerintahan dan sosial. Algeria dikatakan oleh Al basyir Al Ibrahimi 1931 sebagai menerima 2 bentuk penjajahan iaitu penjajahan Perancis dan Penjajahan sufisme yang menyebabkan rakyat buta huruf, lemah dan jahil.

Saya berasa amat kagum dengan sikap keilmuan Malik Bin Bai terutama apabila hanya membuat Ijazah Kejuruteraan di Perancis selepas dihalang mengambil jurusan undang-undang. Betapa luasnya asas ilmu beliau. Beliau juga pengumpul buku yang hebat. Beliau hampir setiap hari berdiskusi dengan sesiapa sahaja yang dahagakan idea dan pemikiran yang bebas daripada senario jumud zamannya. Beliau menguasai bahasa Arab dan ilmu agama dengan baik sehingga mampu menulis buku agama seperti Musykilah Al afkar Fil A'lam Al Islamiy.

Generasi seperti Malik Bin Nabi perlu dibina seperti mana asuhan ibu-bapanya yang mementingkan pembacaan dan pembelajaran asas yang kuas semasa kecil lagi.

Buku yang saya baca ini hanya setebal 157 sahaja dan diterbitkan oleh Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia.

salah seorang guru saya pernah berpesan, antara buku saqafiyyah yang wajib saya baca hampir setiap bulan adalah buku yang berkisar penderitaan umat akibat penjajahan ideologi dan watan. Buku seperti ini akan membawa kita merasai keperitan akibat penjajahan zalim yang menatijahkan umat generasi kita.

Sila dapatkan buku ini dan baca.....

Pendita Bitara
8 pagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...