Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Monday, March 31, 2008

buku Musnah !!!

Buku Musnah !!

Sekolah Maahad Darul Anuar Pulau Melaka Kelantan telah terbakar pada 29 Mac 2008. Seorang guru agama di situ telah kehilangan hampir 600 buah naskhah kitab-kitab agamanya yang tidak berjaya diselamatkan. Difahamkan lagi bahawa kitab tersebut didapatinya dari Pakistan semasa beliau belajar di sana.

Saya tidak dapat bayangkan perasaan beliau apabila kehilangan sejumlah besar khazanah ilmu berkenaan. Jika hilang buku atau kitab yang tidak kita baca atau pelajari pun kita terasa sedih, inikan pula beliau yang mempelajari kandungan kitab-kitab berkenaan.

Teringat saya kepada musibah yang menimpa Ustaz Halim Hassan Pulau Pinang yang kehilangan kitab-kitabnya juga apabila rumahnya terbakar.

Mat Islam telah kehilangan khazanah besar apabila Baghdad diserang oleh Monggul dahulu.

Manuskrip lama kitab Islam yang tulen pula musnah apabila USA menyerang Iraq pada 2003.

Kehilangan kitab atau buku adalah tragedi besar bagi presepsi peribadi saya. Jagalah bahan bacaan kita dengan baik.

Pendita Bitara
12 malam 31 Mac 2008.

Wednesday, March 26, 2008

Kebangkitan Dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar


Judul buku: Kebangkitan Dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar


Pengarang: Paul Kennedy

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mukasurat: 902 mukasurat


sinopsis:


Adakah anda berminat mengetahui seni kebangkitan sesuatu tamadun dan kuasa? Benarkah barat mula berkuasa pada era 1500 secara kolektif dan menyeluruh? Bagaimanakah perbelanjaan kuasa-kuasa besar dalam setiap kali peperangan mereka bermula era 1500 hingga abad ke 20? Isu-isu seranta ini amat penting kerana rangkaian kronologi peristiwa itu adalah berkaitan dengan perjalanan politik, dasar luar dan polisi tertentu negara kita sendiri. Rasai pengalaman berat anda dan silalah berfikir sepanjang membaca buku tebal ini. Anda warganegara yang baik.


Pesan Pendita: sila kod atau salin carta/statistik/graf yang ada dalam buku-buku dekriptif sejarah/politik sebegini. Ianya amat berguna.

Monday, March 3, 2008

Memilih apabila ada 2 persimpangan




MEMILIH APABILA ADA 2 PERSIMPANGAN






Menjelang pilihanraya yang ke-12 ini, umat Islam selalunya akan menghadapi beberapa dilema yang disebabkan oleh kekurangan info, ilmu dan kefahaman. Antara kekurangan kefahaman tersebut ialah:






  • Adakah menyertai pilihanraya cara barat ini syariiy?


  • Telah jelas ada unsur penipuan dan ketidak adilan dalam PR, jadi apa ertinya gerakan Islam menyertai pilihanraya?


  • Apakah hukum mengundi dan memberi baiah (janji setia) kepada kepimpinan Islam?


  • Apakah hukum mengundi non-muslim yang keduanya bukan Islam tetapi satu pihak bersama kita memerangi kezaliman manakala satu lagi bersama golongan yang zalim?




Kesemua soalan ini bukan hanya berlegar di minda masyarakat kampung, malahan yang bergelar ustaz-ustaz juga 'blur' dalam menentukan prioritas (awlawiyyat) mereka.



Saya sarankan anda membaca





  1. Fiqh Ad Daulah ( Fiqh Negara Islam)


  2. Fiqh Al Awlawiyyat ( Fiqh keutamaan)


keduanya dikarang oleh Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Bahan-bahan ini agak berat tetapi pengekstrakkan dalilnya begitu teliti dan adil. Jika anda tiada asas ulum Quran dan bahasa Arab, dapatkan bantuan daripada yang faham.



Sunday, March 2, 2008

Pendidikan Dan Politik di Malaysia

Judul: PENDIDIKAN DAN POLITIK DI MALAYSIA
Penulis: Dr Ibrahim Saad
Dewan Bahasa Dan Pustaka
1977
102 mukasurat


Buku berkaitan sosio pendidikan pasca kolonial di tanah Melayu. Tulisan ini yang bersifat ilmiah menjadika Melayu sebagai sasaran medium (objek perbahasan) terutama implikasi, kesan dan impak manipulasi politik koloni terhadap sistem pendidikan tempatan yang mereka sendiri bina. Politik hingga kini masih menjadikan pendidikan sebagai alat dan media untuk menacapan ideologi kebangsaan sesuatu negara. Natijahnya, pendidikan menjadi seperti komoditi bagi yang ingin berkuasa semata-mata dan bukannya pentas untuk peningkatan kemanusiaan yang positif.



Buku ini akan saya gunakan dalam DISKUSI INTELEK anjuran DEMA bersama mahasiswa USM. Insya Allah akan saya mulakan dengan meneliti dan berdielektik dengan isi kandungan buku ini. Elemen maltirasial dan keseimbangan sosial mungkin menjadi premis utama dalam diskusi berkenaan. Di harapkan penyertaan yang ramai dikalangan mahasiswa mahupun bekas mahasiswa. Berminat? ( call 017- 6291368)


Pendita Bitara




R. O. Winstedt (Richard O. Winstedt)1928-1931



EducationMagdalen College School and New College, Oxford

Career

1902
Cadet, Malayan Civil Service
1913
District Officer, Kuala Pilah, Negri Sembilan
1921-31
President, Raffles College
1924-31
Director of Education, Straits Settlements and Federated Malay States

1927-31
Director of Education of the Federal Council, Federated Malay States
1931-35
General Advisor to the State of Johore


Cuba kaji hujah-hujah dan laporan beliau tentang pendidikan di tanah Melayu. Jelas disebaliknya usaha gigihnya untuk pendidikan Melayu, beliau risau jika pendidikan lebih tinggi diberikan kepada anak watan. Sikapnya mungkin berbeza dengan O.T Dussek (Pengetua MPSI) yang menggalakkan orang Melayu membaca dan berjuang melalui peningkatan tahap intelek rakyat.

Thursday, February 28, 2008

Tabiat Membaca di Malaysia

Isu tabiat membaca di kalangan masyarakat Malaysia sentiasa hangat. Laporan Tabiat Membaca yang dibuat oleh UNESCO untuk sesi cerapan 1999 menunjukkan rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun; berbanding hanya dua muka surat dalam laporannya untuk sesi cerapan 1996. Walaupun terdapat peningkatan minat membaca yang agak tinggi, nilai ini masih rendah berbanding negara-negara maju. Pihak kerajaan amat bimbang akan situasi ini dan sememangnya kebimbangan ini relevan kerana hanya dengan masyarakat yang berilmu sahaja, negara dapat maju dan gemilang. atas dasar itu, beberapa tindakan yang positif dan konkrit perlu dilaksanakan segera untuk membendung fenomena tidak sihat ini.

(Wikipedia)

  • Bukan isu ini sahaja, isu penterjemahan buku di Malaysia cukup mandul dan tenggelam berbanding negara Indonesia sebagai contoh. Rakyat Malaysia tidak rakus apabila melihat kulit-kulit buku. Kenapa?

Pendita Bitara

Apa hubungan anda dengan buku?


Apa hubungan Anda dengan Buku?

Buku adalah kaedah mudah dan klasik untuk mendapat pengetahuan, kaedah, bakat dan manual untuk anda melakukan sesuatu pekerjaan. Lantaran sebagai manusia yang diarahkan 'bekerja' sebagai khalifah di muka bumi, Tuhan kita berikan kitab Al Quran selepas diberikan beberapa kitab lain sebelum ini. Kitab ini perlu 'dibaca' juga. Jadi membaca adalah antara solusi mudah untuk setiap insan.

Apabila saya menghadapi apa-apa masalah atau kesukaran, antara jalan mudah yang saya lakukan adalah 'cari buku', 'buka buku', 'baca buku' atau pergi ke perpustakaan daerah. Kalau dulunya di UM, khazanah bukunya tak terkira, akan tetapi kini, khazanah buku perlu juga dicari melalui hubungan rakan yang gemar membaca, mencari pelbagai perpustakan berbeza untuk mendapat bahan bacaan yang bermutu.

Apabila anda menghadapi kesukaran mengajar ( jika kita adalah guru), carilah bahan manual mengajar di perpustakaan. Cari juga encyclopedia untuk kukuhkan pemahaman terminologi, konsep dan teori tertentu. Cari juga hadis atau Al Quran yang berkaitan dengan isi pengajaran. Murid nakal, ada buku yang boleh membantu. Anda berorganisasi di waktu lain? Carilah buku-buku pengurusan, gelagat berorganisasi dan seni bekerja berpasukan.

Anda tiba-tiba berjumpa insan yang ingin belajar tentang konsep nabi Isa dalam Al Quran dan ingin membandingkan pemahamannya daripada Bible. Carilah buku berkaitan. Amat banyak sekali.

Budaya self learning dan self research perlu dilakukan dan bukan sekadar membaca kosong. Saya kurang gemar mewar-warkan satu tajuk buku untuk dikupas beramai-ramai. Natijahnya hanya buku itu yang terkenal dan mereka akan hanya membaca buku tersebut. Tetapi saya suka sesuatu isu atau masalah dikupas dan difahami melalui membaca 'berpuluh-puluh' buku. Barulah buku itu membantu. Kita tidak berobligasi membantu menaikkan nama buku. Sebaliknya jadikan buku sebagai pemangkin menaikkan kapabiliti dan kemahiran kita.

Antara sikap yang boleh dimulakan mulai sekarang adalah sikap menjadikan buku sebagai 'kaunselor' apabila menerima sesuatu isu, masalah dan kesukaran.

Buku untuk semua…anda mampu mengubahnya.

p/s: membaca buku secara klasik adalah berbeza dengan membaca e-book atau laman web. Buku ada auranya tersendiri.

Pendita Bitara
Februari 2008

Monday, February 11, 2008

seminar remaja

Pertubuhan Prihatin Kesihatan Dan Sosial Malaysia
(05750-05-02)
Pej. Penerangan : 39-13-67 . Kristal Height , Lintang Delima 14, 11700, Pulau Pinang
Tel 016-2223444 / Faks :04-4216087 E-Mail : prihatin_malaysia@yahoo.com / malaysian_watch@yahoo.com
6 Februari 2008

Kepada Yang Berkenaan.


Assallammuallaikum wrt wbt.

Tuan,

JEMPUTAN ‘SEMINAR MENANGANI REMAJA BERMASALAH’

Kami mendoakan kesejahteraan dan kesihatan tuan.

Merujuk kepada perkara di atas Yayasan Sahabat Iman dan Insan Malaysia (SIDIM), Pertubuhan Prihatin Kesihatan dan Sosial Malaysia (PRIHATIN MALAYSIA) dan Rumah Upayadaya dan Harapan Ar-Rahman (RAUDHAH) akan mengadakan ‘Seminar Menangani Remaja Bermasalah’.

Seminar ini bertujuan memahami masalah sosial remaja yang semakin kronik dewasa ini yang merangkumi masalah merokok, penagihan dadah, gam, daun ketum, kongsi gelap, zina, pelacuran dan pelbagai masalah lagi. Selain itu seminar ini juga akan menjurus kepada teknik-teknik yang boleh digunakan oleh ibu bapa, guru dan pemimpin masyarakat untuk menangani remaja yang bermasalah ini.

Berikut merupakan maklumat bagi program yang dinyatakan.

Tarikh : 24 Februari 2008 Masa : 8.30 pagi-5.00 ptg
Tempat : Dewan Seminar 1, Masjid Seberang Jaya

Perjalanan Program
Sessi Pagi :
Alu-Aluan – Wakil Penganjur ( RAUDHAH)

Pembentang Kertas Kerja:
1. Ustaz Kamaruddin Kasim Timbalan Presiden PRIHATIN M’SIA
2. Ustaz Hanafi Abdul Malek Pengerusi SIDIM

Sessi Tgh : Sessi perkongsian pengalaman Ibu Bapa
Sessi kaunseling dan teknik-teknik menangani masalah anak-anak.
Bayaran RM 20.00

Sasaran Peserta : Ibu bapa, pendididik dan pimpinan masyarakat.

Untuk maklumat dan penyertaan tuan/puan boleh menghubungi Sdr Amir Fitri 013-7069509 ditalian atau Sdr Harris di talian 019-4508540. Penyertaan adalah terhad.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar

M.S Anuar Mahmod
Penyelaras Program

Sunday, February 10, 2008

Jannah The greatest !!!














Ni adik bongsu saya...Noor Jannah...dalam family dia paling genius...meliputi pelbagai aspek keilmuan termasuk agama....tapi dia tak mengikuti langkah saya, abg dan ayah dalam teknik membaca da dia tidak percaya sangat melalui membaca boleh dapat ilmu...dia suka mendengar dan berdiskusi balik jika berpeluang.....Saya kadang-kadang cuba2 untuk tiru kaedah dia....tapi di UM dulu (masa tu dia SPM) nak try tak dapat sebab saya cepat bosan dalam dewan kuliah....tapi kalau bab buku..memang boleh teliti lama-lama....prestasi membaca saya agak merosot sejak bekerja...dahulu boleh habis 13 buku seminggu...sekarang satu je....jauhnya beza......mengikut ujian di MRSM Langkawi dulu....depa kata dia ni lebih cenderung terima ilmu melalui telinga (pendengaran)... Dia ambik 16 subjek dalam SPM secara private tanpa guru.....tapi alhamdulillah 13 A....tahniah adik......
Pendita Bitara

Selawat - ihtifal S R I Islah

Ni pulak intro nasyid kami kumpulan Raudhah Pulau Pinang...masa majlis ihtifal sekolah rendah Al Islah 2007

Pendita Bitara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...