Sudah agak lama juga saya tidak kemaskini blog ini dengan apa-apa pengisian.
Tidak kemaskini tidak bermakna saya sudah tidak membaca buku untuk dikupas di ruang ini. Sebaliknya kini saya semakin banyak skop pembacaan sehingga sukar untuk menelaah satu-satu buku.
Boleh dikatakan tugas dalam politik menghendaki saya melayari pembacaan internet setiap hari.
Dalam tugasan di kilang, saya setiap hari wajib menelaah bahan-bahan bacaan kejuruteraan dalam bentuk PDF. kalau hendak beli, ribuan duit juga perlu dikeluarkan untuk itu.
saya kini gemar ke Ipoh Parade untuk mendapatkan buku terpakai di situ. Sebentar tadi saya berjaya membeli sebuah novel nipis yang dikarang oleh Hasan Ali bertajuk Menembusi Tabir Besi.
Rupanya novel ringkas ini menampilkan pengalaman penulis berkunjung ke Russia semasa negara itu masih dalam keadaan tebal berfahaman komunis.
Menarik isinya. Ada peninggalan ulama' Islam yang pernah berada di wilayah Soviet seperti Imam Bukhari.
Banyak juga peninggalan muzium perang yang menampilkan mangsa perang dunai kedua dan pembunuhan komunis di sana.
Bagi sesiapa yang gemar mengkaji idelaogi, sila perhatikan juga implikasi ideologi melalui novel realiti sebegini. Selamat membaca
Pendita Bitara
Wednesday, September 16, 2009
Di sebalik Tabir Besi
ditulis oleh
jihadin82
at
10:44 AM
1 pendapat anda?
Tuesday, August 25, 2009
balasan email dari Prof. Dr. Teo Kok Seong
Di bawah adalah balasan email dari Prof. Dr. Teo Kok Seong
Sdra Muhammad Nuruddin Bashah yang saya hormati:
Terima kasih atas pengiriman e-mel Sdra itu. Maaf kerana lambat membalas e-mel Sdra itu.
Berkenaan dengan pertanyaan Sdra, saya kira kedua-dua skrip, baik yang Arab/Jawi mahupun yang Cina dibawa bersama-sama oleh kelompok Cina Muslim ini semasa mereka ke Tanah Melayu dahulu.
Mereka walaupun Muslim tetapi didapat masih kuat dari segi etnik Cina, yakni mereka bangga mereka daripada keturunan Cina dan pada masa yang sama, mereka juga bangga (saya kira lebih bangga) mereka adalah penganut Islam, dari sejak sekian lamanya mulai dari Negara China lagi.
Pada masa dahulu, kelompok Cina ini cuba mengawal cara perkahwinan antara mereka agar KeCinaan Muslim Hui itu terpelihara dengan baik. Tetapi akhir-akhir ini, hal ini tidak terpelihara lagi. Golongan muda kelompok ini didapati mulai mengahwini orang-orang Melayu dan Muslim yang lain.
Saya ingin mengucapkan SETINGGI-TINGGI SYABAS kepada Sdra kerana memperjuangkan tulisan Jawi pada bahasa Melayu itu. TIdak ramai orang Melayu sendiri yang bangga dengan aspek bahasa Melayu ini, dan juga aspek-aspek bahasa Melayu yang lainnya.
Sesungguhnya bahasa Melayu adalah antara segelintir bahasa di dunia, malah satu-satunya bahasa di dunia yang memiliki dua (2) skrip tulisan/sistem tulisan - JAWI dan RUMI (walaupun skrip/tulisan Rumi itulah yang dianggap sebagai yang RASMI). Justeru bahasa Melayu adalah satu bahasa yang bukan sahaja besar, tetapi amat istimewa dari segi komunikasi bertulis, yakni dapat disampaikan melalui dua cara - JAWI dan/atau RUMI. Walau bagaimanapun, hal ini tidak beberapa disanjungi oleh banyak pihak.
Saya mendoakan agar Sdra berjaya dalam perjuangan untuk bukan sahaja mematabatkan tulisan JAWI tetapi melestarikannya agar tidak pupus dalam kalangan orang Melayu sendiri.
Selama Berpuasa!
Sekian, terima kasih.
Ikhllas,
TEO
10.15 pg
Selasa 25/08/2009
At 01:29 PM 10/08/2009, you wrote:
Salam hormat, saya peminat perjuangan bahasa melayu dan tulisan jawi. Saya terbaca tulisan Prof berkenaan kedatangan Cina Muslim di tanah melayu di dlama jurnal Pemikir. Amat bernas dan hebat penulisan berkenaan. Bolehkah Prof memberi pandangan, adakah skrip yang digunakan dan dibawa oleh golongan Cina Muslim ke tanah melayu ialah skrip jawi-arab atau skrip cina. semestinya kebudayaan mereka dibekali dengan skrip dan sistem penulisan yang maju berbanding masyarakat islam lain.
Bantuan Prof amat saya hargai.
Muhammad Nuruddin Bashah
Metallurgist
Prima Metal Group
Ipoh Perak
nuruddin@primametals.com
017-6291368
http://primametals.com/
ditulis oleh
jihadin82
at
8:25 AM
3
pendapat anda?
Labels: jawi
Monday, August 17, 2009
syarat untuk menawan dunia selepas 'baca buku'
Kata Napolean, dengan rajin membaca buku anda dapat menawan dunia, begitu juga pendapat Lincoln dahulu..tetapi mereka tidak menyatakan syaratnya....ada syarat untuk menawan dunia selepas 'baca buku'.....
Aspek penjelmaan idea buku ke dalam kerangka 'benar' dan 'hidup' dalam masyarakat....buku adalah kerangka yang pragmatik kepada sesiapa yang 'ahli' dengannya...ia bertukar menjadi dogma dan idealis yang terpisah dari sosial apabila bukan 'ahli' menggunakan buku....lantaran itu ada si penentang dogmatik...turut menjadi penuntut dogma yang sadis tanpa mereka sedari....
ditulis oleh
jihadin82
at
11:45 PM
0
pendapat anda?
Sunday, August 9, 2009
Email kepada Prof Teo Kok Seong
ditulis oleh
jihadin82
at
10:29 PM
0
pendapat anda?
BookHouse 24 jam
Menarik drama yang sedang saya tonton di kaca TV sekarang ini. Pukul 12 41 malam TV 9. Baru pulang dari Pulau Pinang.
Drama ini berkisar soal kehidupan seorang pengidap penyakit Dyslexia (penyakit psikologi rendah diri dan gagap yang agak teruk akibat kegagalan membaca dan mengeja sejak kecil). Bukan kisah keyakinan beliau yang cuba dipulihkan yang ingin saya ceritakan. Saya Cuma amat tertarik dengan idea BookHouse yang beliau kendalikan.
Ayah beliau seorang yang cukup memahami. Menyedari anak beliau pandai namun kekurangan dari segi keyakinan, beliau sarankan kepada si anak agar membuka kedai buku bacaan yang beroperasi selama 24 jam. Suatu hari mereka sekeluarga berkelah. Si ayah terliaht si anak asyik menguliti novel kulit ke kulit. Si ayah bertanya adakah anaknya berhajat mengikuti jejak Abraham Lincoln yang gemar membaca. Malah Lincoln selalu menyarankan rakyat Amerika untuk membaca.
Si ayah bercerita di UK, banyak kedai buku yang memberi peluang pengunjung membaca buku berkualiti dengan bayaran mengikut jam. Malah kedai tersebut berjalan 24 jam tanpa cuti. Saya mengamati kalimah si bapa dengan menginsafi keadaan di Malaysia masih jauh dari budaya ilmu berkenaan. Kanak-kanak dan remaja Malaysia lebih sanggup menebuk tabung sendiri semata-mata untk berada di kafe Siber selama 24 jam. Menggunakan komputer bukan untuk menambah kepandaian sebaliknya bermaina permainan video sahaja.
Idea membuka kedai sedemikian amat menarik dan praktikal.
Mungkin saya boleh mencuba nasib membuka premis sebegitu suatu ketika nanti. Insya Allah.
Muhammad Nuruddin Bin Bashah
ditulis oleh
jihadin82
at
10:23 AM
0
pendapat anda?
Labels: aura buku
Wednesday, July 8, 2009
bagaimana meningkatkan tahap kritis terhadap tulisan sendiri.
saya membaca majalah Dewan sastera Mac 2001. Saya berminat dengan cara Baharuddin Kahar menulis novel Senjakala. Beliau ada tips cara untuk mendapat ilham. walaupun penulisannya adalah penulisna kreatif dan saya lebih cenderung kepada kajian isu dan sejarah, ada persamaan cara untuk meningkatkan tahap kritis terhadap tulisan sendiri. Beliau berkata, apabila selesai menulis, sebelum menaip pula, beliau akan mengannguh dahulu untuk beberapa ketika. Ia akan menyebabkan otak kita melupakan penulisna tersebut. Apabila disemak semula pasti otak kita telah menambah pengalaman beberapa hari (apabila kita meninggalkan tulisna tersebut) serta menyebabkan kita seolah-olah orang lain terhadap tulisan kita sendiri. Suntingan dan sentuhan akhir kita terhadap tulisan itu lebih bermakna. Inilah tips berguna untuk saya dan kita semua.
Muhamad Nuruddin Ipoh 11.43 malam
ditulis oleh
jihadin82
at
8:38 AM
0
pendapat anda?
Saya amat hargai galakan dari DBP
From: Fauzilahyatun Mustafa
Asalamualaikum,
Kami sentiasa mengalu-alukan orang seperti saudara. Walaupun bidang kerjaya saudara tidak berkait rapat dengan bahasa tetapi saudara mempunyai semangat cinta terhadap bahasa Melayu yang tinggi. Tahniah! Terima kasih juga atas komentar yang dikirimkan.
Fauzilahyatun Mustafa
Editor Kanan Bahasa
DBP
From: Nuruddin Muhammad [mailto:jihadin82@yahoo.com] Sent: Tuesday, July 07, 2009 1:23 AMTo: Fauzilahyatun MustafaSubject: Teriam Kasih daripada saya
Salam , terima kasih Komen Puan. Puan Ritah ada siar makalah saya dalam Dewan Bahasa. saya juga ada hantar 2 lagi makalah kepada beliau. Untuk Pelita Bahasa saya telah sediakan untuk edisi akan datang. Moga Pelita Bahasa dan DBP seluruhnya diberkati kerana usaha memartabatkan jatibangsa negara ini.
Muhammad Nuruddin Bashah
Waalaikumsalam,
Sama-sama dan terima kasih juga kepada tuan yang sudi mendoakan kesejahteraan majalah kami dan kami semua dalam mendaulatkan bahasa yang menjadi jati diri bangsa. Saya sudah membaca komentar saudara dan sudah diserahkan kepada editor , Pelita bahasa, saudara Armin. Rajin-rajin lah menulis untuk kami, kami sentiasa mengalu-alukan pandangan yang membina daripada orang yang bersemangat waja untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Terima kasih.
Fauzilahyatun Mustafa
ditulis oleh
jihadin82
at
7:10 AM
0
pendapat anda?
Tuesday, July 7, 2009
Pengajaran Bahasa Melayu; berpotensi mengembang aqliyah pelajar
Saya selalu mengumpul bahan ilmiah dan isu penting daripada akhbar Siasah. Antara yang saya temui adalah Makalah bersiri bertajuk Memenuhi impian pendidikan bahasa melayu yang berkesan tulisan Prof Dr Awang Sariyan. (siasah 21-27 Jun 2009)
Bahan bacaan ini amat berguna untuk guru Bahasa Melayu manfaatkan dalam pengajara anda.
Falsafah mengajar bahasa adalah melalui menyelami falsafah dan perasaan bahasa melayu itu sendiri. Pendidikan Bahasa menurut Prof adalah suatu proses pengembangan potensi aqliyah dalam usaha membina tamadun insaaiyyah yang menggunakan akal seoptimanya.
Pada pandangan saya bahasa melayu adalah pelajaran TERAS dalam pendidikan di sekolah jika si guru memahami. Bahasa ini mengandungi kunci dan lorong untuk para pelajar kenal apa itu akhirat dan apa itu dunia. Ia menjadi wahana pengembangan akal dan media untuk meneroka ilmu matematik dan sains, ilmu kajian alam, ilmu seni, ilmu agama, ilmu jasmani di atas teras jasad melayu Islam. Majoriti sekolah agama didokongi pelajar Islam berbangsa melayu. Jika mereka Islam tetapi bukan melayu pun bahasa inilah yang mengambang akal mereka atas satu paduan erat. Ilmu yang dikenali mereka adalah ilmu sepunya, ilmu sepencarian....mereka pasti akan kenal tanah tempat berpijak...tahu ke mana arah manfaat ilmu tersebut.
Muhammad Nuruddin
Bekas guru
ditulis oleh
jihadin82
at
7:21 AM
0
pendapat anda?
Kumpullah Utusan Melayu setiap Isnin...
Saya menyarakan pembaca semua agar mengumpul Utusan Melayu yang telah dijadikan sisispan Utusan Malaysia pada setiap Isnin. Sisipan akhbar jawi ini adalah hasil dana kerajaan khas untuk memastikan Utusan Malaysia terus menerbitkan akhbar jawi walaupun amat terpinggir. Mari bersama manfaatkan dana berkenaan dengan mengumpul dan menggunakan seoptima mungkin akhbar berkenaan. Guru agama dan guru bahasa melayu boleh gunakan akhbar itu untuk kajian jawi dan bahasa melayu dalam darjah sebagai alat bantu mengajar anda semua. Saya doakan kegemilangan tulisna jawi dan Bahasa Melayu di negara ini.
Muhammad Nuruddin
ditulis oleh
jihadin82
at
7:03 AM
0
pendapat anda?
Wednesday, July 1, 2009
Komentar Bahasa: Gunalah Bahasa Melayu Sepenuhnya
Bahasa melayu telah diperjuang hebat sebelum kemerdekaan serta berlarutan hingga kini. Perjuangan ini menatijahkan terselitnya bahasa melayu dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kewujudan peruntukan hak ini tidak hanya begitu sahaja malah diperkukuhkan lagi melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963, Akta Pendidikan 1996, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Sastera Kebangsaan. Inilah hasil keperitan budayawan dan bahasawan silam dan terkini untuk mewujudkan Bahasa ini sebagai bahasa eka malah ia dijadikan budaya, keperluan dan norma dalam kehidupan.
Pada pandangan saya, walau sejauh mana sekalipun perletakan bahasa ini dalam kegunaan rasmi, atau dijadikan dasar rasmi, ia masih perlu melalui suatu proses penataran dan dinaiktaraf menjadi suatu entiti baru iaitu ‘bahasa keperluan’. Maksud keperluan pada pandangan peribadi saya ialah bahasa ini diperlukan untuk hidup yang meliputi aspek perniagaan, pendidikan tidak rasmi, pengurusan dan juga meliputi masyarakat tanpa mengira taraf dan status kehidupan.
Hari ini kita melihat sendiri bahasa ini menjadi rojak, celaru dan slanga hanya kerana sikap kita yang meranapkan korpus bahasa sendiri tanpa kita sedari. Melalui mesej pesanan ringkas yang saya terima daripada Prof. Emeritus Abdullah Hassan pada hari ini 1 Julai 2009, beliau mengumpamakan penggunaan bahasa di kalangan rakyat kita sebagai penggunaan yang compang-camping. Saya bersetuju dengan pandangannya.
Untuk komentar kali pertama saya melalui Majalah Pelita Bahasa ini, saya ingin mengajak masyarakat kita memulakan proses penggunaan bahasa yang betul melalui sistem pesanan ringkas telefon mudah alih (SMS) terlebih dahulu. Menurut Mohamed Pitchay Gani dalam ceramah Evolusi Bahasa Melayu sempena Unvision 2000 anjuran 4PM pada 17 November 2000, gejala akibat evolusi bahasa slanga sistem pesanan ringkas mengakibatkan gejala seperti pemelatan kata-kata, kata-kata bersifat irama, serta pemendekan istilah. Hari ini kita melihat sendiri masyarakat mencampur aduk kalimah bahasa Melayu dengan kalimah Inggeris malah diburukkan lagi dengan penjelmaan bahasa budaya SMS yang menular dikalangan muda-mudi kita.
Saya cuba mendisiplinkan diri untuk hanya menggunakan bahasa melayu dalam sistem pesanan ringkas saya kepada rakan-rakan dan seumpanya. Jika di tempat kerja saya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, saya akan menulis sistem pesanan ringkas (SMS) saya dalam bahasa Inggeris sepenuhnya tanpa dirojakkan. Inilah disiplin permulaan yang boleh kita hebahkan dan terapkan bersama-sama. Saya optimis sekiranya dimulakan langkah awal yang ringan sebegini, tidak mustahil, bahasa ini akan melonjak naik ke satu tahap yang baru iaitu menjadi ‘bahasa kebanggaan’ dan bukannya sekadar bahasa kebangsaan.
Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera Metallurgis
Setiausaha TERAS Perak
#Dihantar kepada Pelita Bahasa
ditulis oleh
jihadin82
at
1:26 PM
2
pendapat anda?
