Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Tuesday, January 3, 2017

KITAB LUM A'TUL AWRAD.. TINGGALAN SHEIKH WAN ALI KUTAN



Dapat di Jitra tadi. Kitab amalan kiri ada dinyatakan ijazah amalan dari Sheikh Nuruddin misalnya. Tuan kitab juga ijazahkan secara umum kepada pembeli.
Yang kanan kitab Luma'tul Aurad. Dalam dia ada dua selawat panjang yg sahabat Shauqi Atan penah bg dulu. Selawat Quraniyah 30 dan selawat 149. Juga di ijazah umum kepada pembeli buku.

ASAL MANUSIA ADALAH TIDAK BERMORAL?


Karya Dr Qasim Ahmad  (UMS) adalah antara penulis sejarah (akademik) yang saya kagumi sama seperti Prof Abdul Rahman Abdullah (USM)

Dalam buku ini banyak elemen penting penulisan sejarah dan topik paling saya sukai adalah Machievellism : Satu Realisme Politik. Menilai pandang politik susuk tubuh bernama Machievelli berdasarkan pandangan musuh, pengkriktik dan penyokong serta pengulas akademik. 

Penyokong real politik menggelar politik beliau sebagai non moral bukannya immoral. Ia bukannya tidak bermoral tetapi hanya tidak melibatkan moral. Bukankah ini hanya permainan bahasa bagi pihak yang menghalalkan politik real politik. 

Mutakhir ini banyak gejala politik yang menjulang real politik serta menganggap realiti adalah suatu pemboleh ubah tetap yang perlu dijadikan rujukan. Realiti masyarakat adalah tidak bermoral dan kejam maka politik perlu seiring  dengan hal ini.
Berbeza degan Islam menganggap asas manusia adalah fitrah berakhklak manakala persekitaran dan keadaan yang menjadikan akhlak terhakis, Machievelli pula menganggap asasa manusia adalah tidak bermoral.

Banyak lagi jika ingin dikupas perihal doktrin Machievelli yang mulai dijulang penggerak dakwah dan politik Islam yang menganggap Islam mesti menang atas pentas real politik.

Pendita Bitara 

PUSTAKA AMIN GERAI PKNK SUNGAI PETANI.....40 TAHUN MENABUR BUDI

Lebih setahun saya tidak kemaskini blog ini. Kali ini saya nak kemaskini kunjungan saya ke Kedai buku 'legend' di Sungai Petani. Baru baru ini 29 Disember 2017, saya ke kedai kitab Pustaka Amin, kedai buku kegemaran ayah saya 40 tahun lamanya kedai ini di Stesyen bus lama Sg Petani.
Mak long kata (cucu Hj Yusuf) hari ni last dia jaga kedai rupanya, esok adiknya akan ambik alih,dah tukar hak milik semua. Dia OKU. dia bg saya chap buku saya beli mcm ayah dok chap buku buku dia kalau beli buku dulu. Ayah sentimental dgn buku dia. Byk buku lama lama ayah saya warisi. Yang penting semangat ayah, mak long pustaka amin saya warisi.
Doa yang baik untuk pejuang pejuang kepustakaan lama lama.

Sunday, February 15, 2015

Majalah Bulan Bintang koleksi ayah saya

Ayah saya bukanlah pimpinan PAS tersohor tapi beliau telah lama jadi arkib dokumen PAS. Antara majalah yg beliau kumpul- Bulan Bintang dari tahun 1960an, Pengasuh, Pemimpin, dan segala majalah DBP, sarina n mastika jawi. Moga anak cucu dia juga jd pengarkib dokumen perjuangan rakyat n agama yg bermanfaat..- bwh tu tulisan Ketua Dwn Ulama Pusat 1968 Ustaz Nik Abd Aziz.


Thursday, December 18, 2014

6 buku hebat perpustakaan USM


6 buah buku telah selesai diphotostat. Ya, perlu diphotostat kerana buku -buku yang saya mahu ini tiada dalam pasaran buku biasa yang lebih mengutamakan konsep buku popular. Buku yang saya idamkan hanya ada di perpustakaan kampus.

Dulu semasa di UM, hampir satu almari buku-buku hebat saya photostatkan....photostat memanjang kerana jimat kos...buku itu ditelaah dengan bahagianya hingga kini.

Kali ini isteri saya pula bantu dapatkan bahan bacaan idaman saya di perpustakaan USM.

Macam buat tesis, hakikatnya kita pelru buat tesisi setiap saat, berfikir dan menyelesaikan sesuatu isu dalam otak sendirian adalah gejala menyiapkan tesis. ramai faham tesis hanya petaka di hujung usia berkampus.

Membaca itu nyawa minda dan otak. ia juga mampu menyemai ruh jika dibaca dengan bermatlamat kembali kepada konsep asas ilmu iaitu Allah dan Rasul.

Kali ini post modern, post islamisme, dan agenda kapitalisme menjadi sasaran kajian kendiri saya.

Muhammad Nuruddin
Pendita Bitara






Saturday, December 6, 2014

Buku Manhaj usrah PAS ; perlu ada di setiap almari rumah para ahli PAS



Antara koleksi Manhaj Usrah yang saya ada di almari perpustakaan mini saya. Ada lagi beberapa tajuk buku usrah seperti buku karangan Ustaz Yaakub Husin dll.

Manhaj Usrah Takwin jilid 1 sahaja belum saya miliki. Katanya ada artikel saya dalam jilid berkenaan.

Manhaj Usrah adalah teks dalam kehidupan berjamaah. baik buruk, lengkap atau kurang faktanya, ia adalah teks wajib yang perlu dijadikan panduan sebagaimana pentingnya buku teks dalam mana-mana tempat pengajian...

Jom kumpul buku PAS..

Pendita Bitara

Saturday, September 13, 2014

Saya dan tabiat menulis


Hari ini 13 September saya menghadiri Konvensyen PAS 2014 di Bt 9 Kota Sarang Semut Kedah..inilah kali pertama saya berama program di peringkat Negeri Kedah atas nama perwakilan Pemuda Sungai Petani sejak saya berhijrah ke Kawasan Sungai Petani.

Semalam saya sediakan bahan tambahan untuk Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman Ketua Penerangan Pemuda Kedah menghuraikan hujahnya dalam Konvensyen...ikut individu bersifat murabbi ini tiada rugi..selain beramal, kita seolah diasuh oleh mereka....tambahan pula membantu mereka dari aspek research dan fakta akan menaikkan kefahaman, keilmuan kita juga....

Posting ini bukan untuk menghurai intipati Konvensyen PAS Kedah kerana saya yakin ramai yang akan menulisnya dan mungkin saya juga akan menghuraikannya dalam ruangan blog lain.

Saya hanya ingin menceritakan betapa kerja amal saya boleh dikatakan 70% berada dalam lingkungan penyediaan artikel, kenyataan media, kertas kerja, kajian, news monitoring dan refleksi isu.

Mungkin itu antara kemampuan, kemahiran dan kelebihan yang Allah berikana kepada saya sejak saya tahu menggunakan Words dan beberapa perisian lain pada usia agak lewat iaitu ketika selepas berusia 18 tahun.

Sejak itu saya giat menulis dan banyak juga menulis dan mengkaji di belakang tabir .

Selepas Konvensyen saya bergegas ke Baitul Ummah (Rumah Operasi) MAPIM Utara di Sungai Layar untuk menyampaikan ceramah Tamrin Khalifah Muda anjuran MAPIM.

Saya sediakan dua kertas kerja untuk mereka yang juga ditaip semalaman. Pastilah saya bergelumang lama dalam aktivisme remaja, pemuda, mahasiswa, jika tidak tentu sukar menyediakan bahan sesingkat masa itu. Itulah pentingnya pengalaman dan pendidikan (tarbiah) yang kita perolehi. Kadangkala bertahun lamanya barulah terasa kemanisan tarbiah.





Saya telah dipanggil pula pada petangnya untuk bertemu Cikgu Haji Azmi Abd Hamid untuk membincangkan beberapa tindakan segera berkenaan isu Kebocoran Soalan UPSR tahun ini.

Cikgu Mi macam biasa, apabila ada kelapangan, tidak ke KL, tidak ke luar negara beliau akan berada di pejabat khas MAPIM di SP Plaza bersebelahan Kedai Buku MAPIM Pustaka MAPIM.

dalam biliknya tersedia bahan rujukan bukan buku akademk yang teoretikal, sebaliknya buku-buku aktivisme, kajian, memorandun, ringkasan buku ilmiah dan banyak bahan yang muda dicapai dan diakses faktanya untuk tujuan penulisan kenyataan media beliau yang cukup cepat dan responsif. 

Saya suka lihat bilik menulis beliau....beliau bercakap untuk menghurai isu kebocoran UPSR dengan gaya fikir lain dari pemikiran orang biasa...beliau kritikal ttapi tidak melulu atau sumaa'h dengan idea beliau....saya perhatikan, fahami dan hafaz ungkapan beliau....

Menulis itu tabiat yang boleh dipupuk...bukan semata-mata semulajadi....

Esok kami akan ke Konferen Media untuk Isu UPSR ini....

Muhammad Nuruddin Bashah
Menulis dan terus menulis....




Friday, January 17, 2014

4 Buku Perlaksanaan Syariah


Dua hari ini saya menjelajah beberapa kedai buku sekitar Sungai Petani dan Bertam untuk mendapatkan beberapa buah buku berkaitan isu syariah.

Tujuan saya adalah untuk mendapatkan buku perlaksanaan syariah yang khusus di Malaysia. Nampaknya kenangan mentelaah di Perpustakaan Universiti Malaya adalah yang terbaik kerana pasti buku yang saya hajati mudah diperolehi...

Tetapi sekurangnya ada juga hasilnya jika membaca 4 buah buku ini.

Pendita Bitara

Wednesday, January 1, 2014

Di pejabat MAPIM Utara....bersama berfikir membangunkan GESA


Hari ini saya dipanggil untuk bertemu Presiden TERAS Cikgu Mohd Azmi bersama anaknya Ustaz Salman untuk bersama menyusun beberapa langkah kecil ke arah memartabakan syariah melalui advokasi dan pendidikan masyarakat berterusan.

Melalui minat dan fokus saya dalam bidang penulisan, kajian dan penelitian isu, mungkin ia sedikit sebanyak masih mampu membantu Gerakan Sokong Syariah (GESA) yang ditubuhkan oleh Teras-MAPIM.

Di Pejabat MAPIM Utara SP Plaza, saya dihadiahkan beberapa buku ilmiah -separa ilmiah berintipatikan pendidikan mencelikkan umat.

Saya memang cintaka buku serta meghormati sesiapa sahaja pihak yang menghadiahkan saya dengan makluk tuhan bernama 'BUKU'.

Semoga beberapa perancangan taddi akan berjaya dilaksanakan kelak demi SyariahNYa.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Kajian Ilmiah MAPIM Utara.







Sunday, December 29, 2013

Rekreasi sambil belajar di Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Hari ini saya sekali lagi membawa keluarga ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang tetapi kali ini bersama Yusuf juga. 2-3 tahun dulu datang dengan adik Ipar Wahidah.

Banyak yang bermain di otak tiap kali datang ke Muzium...macam pita rakaman...pembacaan saya akan berputar dan tersusun mengikut 'time line' dan ia suatu kegiatan yang amat saya gemari.

Kali ini kami tidak membeli buku, sebaliknya beli dua buah CD dokumentari. Pertama adalah Sejarah Melayu Champa di IndoChina. Yang kedua adalah tajuk Diaspora Melayu di Afrika Selatan.

Sambil senang lenang petang-petang nak tatap buku mengantuk...gunakan CD ilmiah untuk santapan minda...rehat sambil otak dimuatkan dengan ilmu....

Selepas ke Muzium kami mandi sungai...jumpa keluarga India Sungai Petani...maka berkawanlah Yusuf dengan Abinash berusia 3 tahun itu....





Letih....




Asal-usul Nama Kedah
Bagi Sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al tarikh salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.

Asal Nama Kedah - Arab dan Parsi
Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai " Kilah" (Ibnu Khurdadhbih 846) atau "Kalah" (Ibnu Muhalhal, 941) atau "Qalha", "Qalha" ini dikatakan mempunyai empat buah daerah iaitu Kuala Qilah (Kuala Sungai Merbok sekarang) Kuala Bahang (Kuala Kedah) , Kuala Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi (disempadan Penis/Siam) dan Kuala Bara (sebuah Kuala Sungai di kawasan Setoi).

Asal Nama Kedah - Penulisan Sanskrit 
Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan Sankrit yang menyebut Kedah sebagai "Kataha" atau "Kadara" dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebur Kedah sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". "Kadaram" bermakna kuali besar dan "Kalagam" pula bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson nama Kedah berasal daripada perkaraan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan Arab. "Kedah" yang bermakna gelas berkaki. Pada zaman terdapat ramai pedagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriak perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang dagangan mereka. Daripada hasil penulisan sejarah pedagang­ pedagang China dan kronikel pelayaran mereka terdapat rujukan Kedah dalam pelbagai sebutan. Begitu juga dengan unsur-unsur Siam dan Jawa yang juga menyebut Kedah dengan gaya yang tersendiri.



Cantik pemandangan....kaum Hindu dulu-dulu pandai cari tempat untuk dijadikan Chandi....





Babi hutan terperangkap dalam sangkar belakang surau....










Muhammad Nuruddin Bashah
(Pendita Bitara)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...