Sudah sebulan saya dapat maklumat berkenaan sebuah muzium persendirian yang dibina di pekan lama Gopeng. Walaupun hampir setiap hari saya sering ke Simpang Pulai dan Medan Gopeng, saya masih belum arif berkenaan pekan lama Gopeng yang juga dinobatkan sebagai pekan pertama multi bangsa di Perak. Malah Gopeng sebenarnya lebih awal maju dan berkembang disebabkan bijih timah dan getah berbanding Taiping dan Ipoh.
Muzium ini dibangunkan secara sukarela oleh kelompok usahawan Cina anak jati Gopeng, dibuka pada hari Sabtu dan Ahad serta diselia oleh beberapa warga emas dan belia Cina yang komited pertahankan warisan sejarah bangsa ini di bumi Malaysia. Muzium ini juga menjadi tarikan kepada warga China dan Taiwan yang ingin mengenali betapa kekalnya warisan bangsa Cina di bumi perantauan.
Mereka tiada dana tetap. Pernah dilawati malah dirasmikan oleh Menteri Perlancongan, Dato' Dr. Ng Yen Yen, namun tiada sumbangan, perhatian dan pantauan daripada pihak kerajaan atau kementerian yang terlibat. Ia sepatutnya dijaga rapi oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, bukan sekadar dianggap destinasi perlancongan sahaja.
Beberapa orang penyelia muzium tersebut menceritakan rasa kesal mereka kepada saya dan isteri berkenaan tidak cakna dan ambil beratnya kerajaan negeri dan pusat berkenaan usaha mereka.
Teringat saya berkenaan kapal korek tinggalan Osborne & Chapple yang kini terbiar senget dan telah dimasuki air di Tanjung Tualang.
Apabila saya melihat sendiri Rumah Warisan Gopeng iaitu rumah lama kaum Cina (rumah kedai dua tingkat ditambah setingkat loteng), saya kagum dengan seni bina dalaman yang menggunakan kayu cengal. Tidak seperti rumah-rumah taman hari ini, belum dimasuki tuan rumah, ada yang sudah retak!
Muzium Gopeng terpisah dengan Rumah Warisan Gopeng tetapi diurus oleh komuniti yang sama. Saksikan barang-barang rakyat Gopeng suatu ketika dahulu......
Muhammad Nuruddin dan Isteri
Saturday, June 18, 2011
Jom Lawat Muzium Gopeng
Buku penerangan Muzium Gopeng dijual satu set dengan harga RM 10 untuk sumbangan tabung muzium...
Basikal berenjin lama.
Duit tunai Jepun matawang pokok pisang. Dijual juga dengan harga RM 30 untuk cenderahati. Wang kertas lama ini dijual untuk menampung kos pengurusan Muzium Gopeng.
Kotak dan bekas rokok berjenama yang digunakan dahulu. Iklan lama rokok jenama 555 masih boleh ditonton di lama Youtube.
ditulis oleh jihadin82 at 5:05 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment