Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Sunday, May 29, 2011

Sepetang kami di Kapal Korek Timah Tg Tualang...

Hari ini (29 Mei 2011) semasa perjalanan baik dari Chenderong Balai, saya bawa isteri masuk ke tapak perlombongan timah suatu ketika dahulu di Tanjung Tualang, Batu Gajah. Pertama kali saya jelajah Batu Gajah hingga ke hulunya dan pertama kali saya menjejak kaki ke dalam Kapal Korek Bijih Timah terakhir Malaysia bernama TT5 !

Perkara paling saya kaget :

  1. Ada panduan keselamatan (safety) kilang dalam pelbagai bahasa termasuk tulisan jawi! Orang Melayu dahulu hanya membaca tulisan jawi atau english rumi.
  2. Saya dan isteri menjumpai banyak rekod maintenance (mungkin bilik maintenance yang kami masuk), rekod perjalanan bucket (timba besar yang kaut timah dalam air), dan pelbagai kertas-kertas berselerak. Walaupun kami bayar RM 5 untuk masuk, kami bayangkan ia akan dijaga macam muzium lain di Malaysia, sayangnya kerajaan Malaysia masih menangguh-nangguh masa untuk penyelenggaraan bahan bernilai ini! Patut rekod-rekod itu dibingkaikan dan dipamer dalam muzium!


  3. Saya jumpa blower, valve besar, motor, pipe, yang berusia sejak tahun 1930an jenama Allen Weat dari England. Saya cuba fahamkan konsep perjalanan kapal korek itu melalui pengalaman kejuruteraan saya yang masih terhad ini.

  4. Saya jumpa jamban buang najis terus ke dalam lombong, tiada mangkuk tandas dan semestinya air lombong itu cukup tercemar.
  5. Saya cuba bayangkan kebisingan bunyi kapal korek ini. Kapal yang dahulunya meriah dengan aktiviti pekerja yang dimaki hamun supervisor, manager yang pening untuk mengurus production dan saya bayangkan para foreman yang bertungkus-lumus memastikan kapal itu mampu beroperasi 24 jam secara efisyen.
  6. Kini kapal itu macam kapal hantu, suram, senget dan akan tenggelam dalam masa terdekat.
  7. Karat dan kerosakan metalurgi menjalar ke seluruh plat-plat besi kapal itu...dan saya tetap berdoa anak saya mampu melihat khazanah negara ini suatu ketika nanti.
























Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera yang gila Muzium dan Buku


Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar. Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, Pernas Chartered Management dan Malaysian Mining Corporation.

Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia (Kapal 1). Sekitar tahun 1970-an terdapat lima buah kapal iaitu Kapal 1 di Tanjung Tualang dan ada beberapa belas lagi Kapal 3 dan Kapal 5.

Kini anda masih lagi boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini iaitu (Kapal 5) yang masih terdapat di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Tanjung Tualang. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan.

Kapal korek di Batu Gajah

Orang Ipoh kalau tak pernah tengok kapal korek depan mata, memang belum true orang Ipoh!

Oleh sebab itu, selepas 35 tahun jadi warga jati Ipoh, semalam baru la sempat nengok depan mata. Tu pun sebab kawan datang dari Penang. Aku dok pikir-pikir mana la nak bawak diorang ni pergi.

Lokasinya tak berapa jauh dari pekan Batu Gajah. Bayaran RM5 untuk dewasa dan kanak-kanak RM3. Rezeki kami hari tu, tak kena charge pun untuk kanak-kanak. Jimat tu sebab kanak-kanak yang bersama kami berjumlah 4 + 3.

Google dengan tajuk tin dredging mine batu gajah untuk mengetahui lebih lanjut dan lokasi. Aku pakai GPS Nokia N82 pun ada tunjuk jalan.


Entrance...

Information centre. Agak daif. Walaupun receptionistnya cuba memberikan khidmat yang sepatutnya tetapi bilik agak suram. Model agak tidak bermaya. Mungkin kalau lebih interaktif lagi baik.

Tersergam gagah! Satu ketika menjadi kebanggaan negara. Sekarang sekadar memori silam.


Ada sesuatu yang menyebabkan rupanya menggerunkan. Aku terbayangkan bunyi bising dan garau yang merobek gegendang apabila ianya dihidupkan.


Patah kaki. Sebelah bahagian kapal korek ini sudah tenggelam. Mujur ia mencecah dasar lombong, kalau tidak terus tenggelam.

Mungkin satu ketika dahulu, pekerjaan sebagai buruh lombong timah menjadi rebutan setiap pemuda negara. Mungkin juga ramai bakal mertua mencari menantu yang bekerja di sini.


Ianya juga merupakan satu engineering feat! Besar dan gagah adalah satu ciri sedangkan complexity-nya juga merupakan satu ciri lain yang hebat.

Ada sesiapa plan nak buat horror movie berdasarkan suasana kapal korek? Ciri-ciri seram dah sedia ada!


Jalan cerita mudah, sekelompok remaja bercuti dan sedang membuat kajian tentang sejarah Batu Gajah. Antara tempat yang mereka lawati ialah kapal korek ni. Little that they know when they first stepped into this monster... *bunyi seram*


Rupa-rupanya kapal korek ni ialah breeding ground for mutated swamp monster... eeeekkkk!!!


Apapun, memori kapal korek perlu dijaga. Tanpanya, mungkin sejarah Lembah Kinta menjadi hambar (macam tempat-tempat lain, cerita apa yang ada? hehehe...)


Jadi rakyat Ipoh, especially yang BORN IN IPOH! Wajib bawak seisi keluarga ke sini untuk mengenal sejarah!


Dan penggerak seni Ipoh kena buat something related to kapal korek. Siapa lagi?


Jangan biarkan tinggalan sejarah ini terus jadi tinggalan...


Aku dah habis idea nak tulis apa dah...


Awas... security level kat sini virtually zero. Kalau bawak anak-anak kecil, kena jaga mereka betul-betul. Kalau hilang, tercampak masuk dalam lombong, tersepit etc... sendiri tanggung!


Hidup Ipoh!

Hidup kapal korek!

kapal korek bijih timah pupus lagik 6 bulan!!

Sabtu November 7, 2009

Kapal Pengorek Timah Negara Akan Pupus Dalam Tempoh 6 Bulan

Oleh FOONG THIM LENG



Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB) mendakwa satu-satunya kapal pengorek timah di negara kita mungkin pupus dalam tempoh enam bulan sahaja jika tiada usaha pemuliharaan dilakukan. -Foto THE STAR oleh LEW YONG KAN



SATU-SATUNYA kapal pengorek timah di negara kita mungkin pupus dalam tempoh enam bulan sahaja. Ia terletak di Tanjung Tualang, kira-kira 60 km dari Ipoh.

Ia mungkin pupus sekiranya dana tidak ada untuk memperbaiki pontun (platform terapung) pada kapal pengorek timah itu.
Kapal itu yang dikenali sebagai 'T.T. No 5' telah senget 18 peratus ke arah air di sebelah kanan bahagian bawahnya.

Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB), berkata kecondongan itu berlaku pada November tahun lalu.
OCSB bertanggungjawab menguruskan kapal tersebut sebagai salah satu tarikan pelancongan.

"Bil elektrik untuk dua pam yang mengepam air keluar sudah mencecah RM1,800 sebulan sejak Disember.
"Sekiranya tiada usaha memperbaiki pontun yang menyokong pengorek timah itu, ia akan sekali gus tenggelam," kata Ng dalam satu temuramah.

Ng berkata negara ini akan kehilangan satu tarikan pelancong bahkan warisan sekiranya tiada usaha memulihara T.T. No 5.






"Orang ramai juga berkemungkinan tidak berpeluang untuk melawat pengorek itu dan mempelajari sejarah Lembah Kinta.
"Lebih-lebih lagi, Lembah Kinta pernah menjadi daerah paling kaya dengan bijih timah di seluruh dunia pada suatu ketika," katanya.

Semasa zaman kegemilangan pelombongan timah di Perak, Ng berkata, terdapat 40 kapal pengorek timah yang beroperasi di Chemor, Ipoh, Gopeng, Batu Gajah, Papan, Tronoh dan Malim Nawar.

T.T. No 5 dibina pada 1938 oleh W.F. Payne & Sons untuk Pernas Chartered Management Sdn Bhd.
Pernah dimiliki Southern Malayan Tin Dredging (M) Sdn Bhd, kapal pengorek timah itu telah beroperasi mengorek timah di Lembah Kelang selama 44 tahun.

Ia berhenti beroperasi pada 1983 ekoran kejatuhan industri pelombongan timah.






Orang ramai berpeluang melawat kapal itu sejak 1 Januari lalu selepas kerajaan negeri Perak membelanjakan lebih setengah juta ringgit untuk membangunkannya menjadi satu daya tarikan.

Ng mendakwa pengorek itu tidak mendapat sokongan promosi daripada Lembaga Pelancongan Malaysia.

"Kami perlu membuat segala usaha promosi dengan inisiatif tersendiri. Kami mempunyai kira-kira 500 pelawat pada musim cuti sekolah pada bulan November dan Disember.

"Bagi lain-lain bulan, kami hanya mempunyai kira-kira 50 pelawat," katanya.
Untuk bayaran masuk, sebanyak RM5 dikenakan untuk orang dewasa manakala kanak-kanak, RM3. Bayaran masuk itu termasuk persembahan dan lawatan yang berpandukan pemandu pelancongan.

Kata Ng, lawatan sekarang dihadkan di bahagian bawah dek kapal atas faktor keselamatan.

"Kami berharap kerajaan negeri akan mengambil alih pengurusan warisan negeri itu (T. T. No 5).
"Ia akan memberikan imej yang negatif kepada negeri Perak sekiranya tragedi berlaku ketika melawat kapal pengorek timah tersebut," katanya.

Ng juga merayu bekas pelombong-pelombong timah agar tampil untuk menyelamatkan kapal tersebut.
Katanya, syarikat itu merancang untuk membina satu replika palung untuk menggambarkan bagaimana pelombongan timah dilaksanakan.

Palung ialah sejenis saluran panjang yang berpetak-petak tempat mengasingkan bijih daripada batu-batu dan lain-lain.
Ng memberitahu Osborne & Chappel telah menghantarkan satu kertas cadangan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk memperbaiki pontun dan membiayai kerja-kerja penyelenggaraan yang bernilai RM360,000.



tingat belajar ilmu alam masa sekolah rendah : bijih timah di lembah kinta!!!

Kapal Korek Bijih Timah Tanjung Tualang, Perak

Haaa haritu saya ada cite serba sedikit pasal kapal korek kan masa saya bercuti seminggu yang lepas awal januari hari tu..entry kali ni saya nak citer ckit mana datang asal usul kapal korek tu dan cemana bleh ada kat situ.


sumber 1 mengikut wikipedia :
Kapal korek adalah di antara beberapa cara yang boleh digunakan dalam aktiviti perlombongan. Kapal korek digunakan oleh syarikat-syarikat bijih timah di Malaysia, pada satu masa dahulu. Ada beberapa skala kapal korek yang digunakan pada masa itu. Kapal korek yang paling besar di dunia ketika itu dikenali dengan Kapal 1. Ia hanya digunakan di beberapa lombong bijih di Tanjung Tualang, Negeri Perak. Ia lengkap dengan beberapa kemudahan seperti bilik rehat, dewan makan, surau, bilik mesyuarat dan bilik kawalan mutu. Ada juga kapal korek yang kecil iaitu Kapal 3 dan Kapal 5. Kapal 1 tu adalah kapal bijih yang mana kini telah pun tiada tinggalannya di Tanjung Tualang kerana pada tahun 1980 ia telah dibuka dan dileraikan serta dihantar ke Phuket, Thailand.Ia dihantar dengan cara dipasang dilaut dan ditarik pontoon dengan kapal tunda.
okeh tu cite dari wikipedia yang saya search dari Google..then jom kita search lagi


ni bahagian belakang kapal..dulu ada air..sekarang camni la rupa sekeliling dia..

sumber 2 : mengikut cerita dari Cari Malay Forum pulak mengatakan Muzium Kapal Korek tu akan ditutup lagi 6 bulan..entry tu dikuarkan dalam forum tgh taun 2009 maknanya..time saya pegi melawat dengan husband hari tu dah tutup la maknanya...patut la anjing jer yang jadi jaga..pastu plak anjing tu bleh wat tak tau jer ngan kitorang..takut jugak kalo dia kokaknye kaki kume..spital ler jawabnye..

ni signboardnye..

ni pic dari jauh ..nampak tak kapal tu senget..sebab tu dibiarkan kat situ jer..


ni dari dalam mungkin masa orang ramai bleh masuk( pic pnjam dari en.goog)


~ Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB) mendakwa satu-satunya kapal pengorek timah di negara kita mungkin pupus dalam tempoh enam bulan sahaja jika tiada usaha pemuliharaan dilakukan.

org dulu2 pakai dulang jer ( pinjam pic google)

Satu-satunya kapal pengorek timah di negara kita mungkin pupus dalam tempoh enam bulan sahaja. Ia terletak di Tanjung Tualang, kira-kira 60 km dari Ipoh.

Ia mungkin pupus sekiranya dana tidak ada untuk memperbaiki pontun (platform terapung) pada kapal pengorek timah itu. Kapal itu yang dikenali sebagai 'T.T. No 5' telah senget 18 peratus ke arah air di sebelah kanan bahagian bawahnya. Steven Ng, pengurus Osborne & Chappel Sdn Bhd (OCSB), berkata kecondongan itu berlaku pada November tahun lalu. OCSB bertanggungjawab menguruskan kapal tersebut sebagai salah satu tarikan pelancongan.

"Bil elektrik untuk dua pam yang mengepam air keluar sudah mencecah RM1,800 sebulan sejak Disember.
"Sekiranya tiada usaha memperbaiki pontun yang menyokong pengorek timah itu, ia akan sekali gus tenggelam," kata Ng dalam satu temuramah.
Ng berkata negara ini akan kehilangan satu tarikan pelancong bahkan warisan sekiranya tiada usaha memulihara T.T. No 5.
Orang ramai juga berkemungkinan tidak berpeluang untuk melawat pengorek itu dan mempelajari sejarah Lembah Kinta.
"Lebih-lebih lagi, Lembah Kinta pernah menjadi daerah paling kaya dengan bijih timah di seluruh dunia pada suatu ketika," katanya.

Semasa zaman kegemilangan pelombongan timah di Perak, Ng berkata, terdapat 40 kapal pengorek timah yang beroperasi di Chemor, Ipoh, Gopeng, Batu Gajah, Papan, Tronoh dan Malim Nawar.

T.T. No 5 dibina pada 1938 oleh W.F. Payne & Sons untuk Pernas Chartered Management Sdn Bhd.
Pernah dimiliki Southern Malayan Tin Dredging (M) Sdn Bhd, kapal pengorek timah itu telah beroperasi mengorek timah di Lembah Kelang selama 44 tahun. Ia berhenti beroperasi pada 1983 ekoran kejatuhan industri pelombongan timah.

Orang ramai berpeluang melawat kapal itu sejak 1 Januari lalu selepas kerajaan negeri Perak membelanjakan lebih setengah juta ringgit untuk membangunkannya menjadi satu daya tarikan.

Ng mendakwa pengorek itu tidak mendapat sokongan promosi daripada Lembaga Pelancongan Malaysia.
"Kami perlu membuat segala usaha promosi dengan inisiatif tersendiri. Kami mempunyai kira-kira 500 pelawat pada musim cuti sekolah pada bulan November dan Disember.

"Bagi lain-lain bulan, kami hanya mempunyai kira-kira 50 pelawat," katanya.
Untuk bayaran masuk, sebanyak RM5 dikenakan untuk orang dewasa manakala kanak-kanak, RM3. Bayaran masuk itu termasuk persembahan dan lawatan yang berpandukan pemandu pelancongan.

Kata Ng, lawatan sekarang dihadkan di bahagian bawah dek kapal atas faktor keselamatan.

"Kami berharap kerajaan negeri akan mengambil alih pengurusan warisan negeri itu (T. T. No 5).
"Ia akan memberikan imej yang negatif kepada negeri Perak sekiranya tragedi berlaku ketika melawat kapal pengorek timah tersebut," katanya.

Ng juga merayu bekas pelombong-pelombong timah agar tampil untuk menyelamatkan kapal tersebut.
Katanya, syarikat itu merancang untuk membina satu replika palung untuk menggambarkan bagaimana pelombongan timah dilaksanakan.

Palung ialah sejenis saluran panjang yang berpetak-petak tempat mengasingkan bijih daripada batu-batu dan lain-lain.
Ng memberitahu Osborne & Chappel telah menghantarkan satu kertas cadangan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk memperbaiki pontun dan membiayai kerja-kerja penyelenggaraan yang bernilai RM360,000. ~ sumber Google

Saya teringin nak tau sejarah Kapal Korek ni bukan ape..selalu balik Kampung Gajah berpeluang tengok dari jauh jer..sekalinye baru2 ni berpeluang nak pegi tengok la kunun2nyer..sekali dah tutup..ingatkan jaga pegi rehat ke ape..tapi takkan la pukul 4 time tu baru nak makan kot....tapi tengokkan tempat tu bertutup dan nampak tak terjaga jer..so kitorang snap je gambar dari jauh..belakang kapal tu ada kawasan orang membela itik dan buat ladang tanam sayur-sayuran jer..Sayang kan..salah satu tarikan pelancong ke kawasan tu..tapi tak diusahakan mungkin atas sebab2 yang tertentu yang kita tak tau..Tapi tempat tu memang cantik la sebab berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa..



dapat snap dari jauh jer..


JOM MELAWAT MUZIUM KAPAL KOREK BIJIH TIMAH DI PERAK


Tempat-Tempat Bersejarah

KAPAL KOREK


Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.

Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar.
Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.
Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan.
Keluasan Kapal Korek : Lebar 35 meter, Panjang 75 meter
Ketinggian : 5 Tingkat
Berat : 4500 Tan
Bilangan Pekerja seramai 90 orang dan hanya 30 orang yang boleh bekerja dalam satu shift.
Tahun Operasi : 1938 hingga 1992
Kos pembinaan mencecah RM 30 Juta
Bermula beroperasi di Malim Nawar dan perhentian terakhir Batu 6, Jln Tg. Tualang.
Masa Lawatan :
8.00 Pagi hingga 6.00 petang setiap hari

Harga Tiket :
Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak : RM 3.00

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Century Mission Sdn. Bhd
5th Mile, Jalan Tanjong Tualang,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
Tel/Fax: 05-370 2253
Email : tt5dredge@yahoo.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...