Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Monday, November 29, 2010

Tradisi membaca….tradisi yang terhakis…tetapi siapa yang ada tradisi ini tahu apa makna tradisi…

Tradisi membaca….tradisi yang terhakis…tetapi siapa yang ada tradisi ini tahu apa makna tradisi…

Membaca mula dipecutkan dalam diri saya semasa mula-mula berdiskusi ilmiah di Institut Pengajian Eropah sekitar tahun 2003 bersama ramai rakan-rakan yang juga gila membaca. Mereka langsung tidak meminggirkan kita apatahlagi idea kita. Mereka tidak melayan saya seperti 'beginner' dalam persatuan-persatuan tertentu. Sebaliknya kita digalakkan membaca dan diberikan 'task' untuk menghuraikan buku-buku berat yang disenaraikan untuk dikaji dan dianalisa. Bermula itulah saya amat menghargai tulisan, buku, majalah dan surat khabar. Walaupun sedari kecil digesa oleh bapa dan abang untuk membaca, tetapi walaupun agak terlewat, minda ini tetap digunakan untuk membaca. Apa pun orang kata, kita tetap membaca.

Membaca akhbar boleh menjadikan kita pandai, bijak, analatikal dan pantas bergerak. Gerakan badan kita berpunca daripada otak kita yang rancak. Dengan syarat ken abaca banyak akhbar. Akbar di Malaysia adalah akhbar peninggalan system British. Utusan dan Berita Harian lebih kepada membawa aspirasi kerajaan sedari sahulu lagi. Menjadi mata bola utama untuk menyatukan melayu pasca penaklukan Jepun. The Star, New Straits Times lebih kepada komunalisme Cina walaupun kini lebih sederhana. Di Malaysia jika ingin pandai bahasa Inggeris dengan membaca The Sun atau The Star sahaja, bermakna kita akan berpemikiran satu arah. Cuba baca hanya setahun sahaja 2 akhbar ini tanpa membaca akhbar lain mahupun akhbar pembangkang yang lain, kita akan rasa suasana yang baru. Dalam akhbar banyak artikel dan rencana semasa mahupun ilmiah. Jadikan amalan saban pgi untuk mengasah otak meneliti artikel ilmiah dan cuba berdebat dengan diri sendiri. Aktiviti ini ubat awal untuk melawan kenyanyukan.

Di sekolah tempat saya mengajar hari ini, ada seorang Ustaz namanya Ustaz Razlan. Berasal daripada Medan Indonesia menetap di Kuala Lumpur sejak tahun 1984. Graduan Sarjana Muda Publisiti dalam masa yangs ama mendapa beberapa sijil pengajian agama. Beliau ini gila membaca dan banyak bukunya. Tidak kira karangan Indonesia atau Malaysia semuanya dibacanya kerana kerjanya dahulu adalah seorang wartawan. Saban hari kami akan berdiskusi topic politik, agama, semasa dan iomu sejarah masing-masing. Ternyata dia ada banyak yang saya tak tahu. Katanya di Indonesia, mahasiswa akan mengagihkan buku-buku untuk dibaca buku berlainan setiap orang. Apabila berdiskusi mereka akan mendengar hasil bacaan sahabat yang lain. Katanya hasil daripada inilah mahasiswa Indonesia tajam pemikiran, luas [pandangan dan pandai berpidato. Jika datang mendengar sahaja tanpa persediaan membaca, maka orang itu akan dianggap tidak bijak.

Membeli buku di Times Square memang seronok tetapi kalau duit banyak. Yang pastinya ramai bangsa asing seperti Amerika, Korea dan Jepun yang membeli buku di sana. Walaupun buku itu daripada Negara mereka, mereka tetap membelinya kerana minat membaca walaupun sedang melancong. Rakyat Jepun membeli buku di pecan-pekan kecil menggunakan bakul seperti Mydin. Mereka membeli secara pukal. Banyak dan pelbagai. Di Malaysia peniaga takut membuka kedai buku dan kalaupun buka, penjualan mesti menjurus kepada buku hiburan dan novel biasa sahaja. Di sini, memgang buku di tepi jalan akan dilihat sebagai tak menyempat-nyempat membaca atau dikatakan nak tunjuk bagus… Tetapi di Jepun jika kita tak bawa buku dalam keretapi, kita akan dipandang rendah. Buku menyebabkan rakyat Jepun melupakan penderitaan bom atom serta membina semula sosiologi mereka yang hancur selepas Perang.

Sahabat saya yang mula menggalakkan saya membaca kini berada di UKM menyambung Master dalam bidang Sosiologi. Dia dahulunya mengambil Undang-undang di UIA. Beliau tidak jemu mengingatkan saya agar terus membaca. Kami sering berdiskusi di mana sahaja yang berpeluang. Kini pangkalan kami di Bangi mungkin. Jika ada rezeki saya juga ingin menyambung dalam bidang sains social atau Politik antarabangsa. Dia menyambung pelajaran selepas 2 tahun mengumpul wang melalui penjualan nasi lemak. Moga hasrat ini terkabul disamping ingin ke UNITI….

Muhammad Nuruddin Bashah

10 Mac 2007

3 comments:

Anonymous said...

Very good stuff.

Anonymous said...

Alhamdulillah, jumpa juga saya dengan rakyat Malaysia yang memahami pentingnya membaca buku.

najibah said...

Sangat menyenangi isi blog ini. Jemput berganding dengan para pembaca senegara yang lain di Goodreads Malaysia: http://www.goodreads.com/group/show/465.Goodreads_Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...