Saya menulis sudah hampir seribu artikel sejak tahu menulis. Bila ditanya ke mana artikel saya pergi, jawab saya ia ada dalam fail-fail (zaman blog belum popular), dalam blog-blog saya, web-web tertentu (ada yang masih wujud atau ada yang telah dihapuskan), serta dalam akhbar tertentu. Tadi saya menerima sampul surat besar dari Dewan bahasa Dan Pustaka. Dalamnya ada sumbangan majalah Dewan Bahasa keluaran Julai (sekarang baru 26 Jun 2009) yang menerbitkan artikel agak panjang daripada saya. Saya juga menerima surat penghargaan daripada Editor Majalah Dewan Bahasa. Majalah ini adalah majalah kesayangan saya kerana majalah ini juga adalah majalah pertama terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu sejak tahun 1957. Saya akan terus menyumbang makalah ke Majalah ini.
Ada 3 buku yang saya telah tulis. Hanya satu diterima untuk diedit. Sudah hampir setahun ia belum diterbitkan kerana saya jurusan kejuruteraan sedangkan bahan tulisan itu berbentuk isu sirah pembelaan tuduhan terhadap Rasulullah. Memang sukar bagi penganut akademik sekular untuk menulis bahan bacaan agama.
Ada 4 atau 5 orang mantee saya sekarang yang menulis di bawah seliaan saya sendiri. Saya ada memberi satu tajuk berkenaan peranan bahasa Suryani kepada peralihan Ilmu Greek ke dalam Tamadun Islam Andalus. Salah seorang mengadu sukar mendapat maklumat apabila ditekaan perkataan ‘suryani’ dalam internet. Inilah cabaran! Mengapa kita menulis!
Rangkaikata yang ingin dipilih untuk dicari bahan akan ditemui apabila kita mendapat idea, gambaran umum isu berkenaan, kajian terdahulu jika ada serta pengetahuan umum kita berkaitan isu itu. Apabila telah ada korpus-korpus ini semua, barulah akan timbul istilah yang berguna untuk kita taip dalam ‘Google’ umpanya.
Kajian kita akan menjadi rujukan generasi akan datang. Kita mendokumentasikan ilmu kita untuk pemikir, mahasiswa dan pendakwah akan datang. Sukarnya kita hari ini mendapat maklumat suryani dalam internet. Adakah kita mahu adik-adik akan datang juga tidak menemui bahan yang sama? Bahan kitalah yang akan mereka temui apabila mereka mencari kajian yang sama melalui internet. Mereka akan mudah serta boleh menumpu tenaga mengkaji permasalahan lebih kritikal dan berat. Bukankah ia akan meningkatkan tamadun bangsa, tamadun Islam serta menaikkan taraf keilmuan secara menyeluruh pada masa akan datang? Jika mereka taip historiografi Ibnu Khaldun sebagai contoh, mungkin mereka menemui artikel saya juga nama saya iaitu Muhammad Nuruddin. Itu mungkin sumbangan saya. Itulah sebab mengapa saya menulis walaupun tidak diterbitkan. Disimpan dan disiar-rayakan walaupun kurang pembaca kerana saya bukan menulis bahan gosip atau picisan sebagai contoh. Mungkin akan ada pembaca krtitikal yang berminat tulisan itu. Inilah antara jawapan saya kepada mantee yang belajar menulis dengan saya pada waktu ini.
Muhammad Nuruddin Bashah
Mantor penulisan bagi penulis muda.
Thursday, June 25, 2009
Mengapa menulis?
Mengapa menulis?
ditulis oleh jihadin82 at 10:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment