Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Wednesday, April 23, 2008

bibliomania....

Membaca kena tekun. saya suka lihat kawan-kawan, anak murid, orang sekeliling yang tekun membaca...tak kisah dunia sekeliling....larut dengan dunia pembacaannya sahaja.....

Suka untuk saya jelaskan di sini perbezaan antara bibliomania, biblioholik, bibliofil dan pelbagai lagi kegilaan buku yang wujud di atas muka bumi ini.

Bibliomania lebih kepada tindakan suka beli buku, simpan buku atau terima hadiah buku. tapi belum tentu dia sabar dalam usaha membaca buku-bukunya.

Biblioholik adalah kegilaan membaca secara rakus. Tidak boleh lihat kepada penghinaan terhadap usaha menerbit buku, usaha mencetak dan sebagainya. Ada yang sanggup berjuang sebarkan maklumat tentang sesuatu buku. Ada yang sanggup minum air rebusan buku.

Bibliofil tidaak taksub sangat dengan naskhah buku tetapi cintakan kandungan dalam buku. Mereka kadangkala sanggup pinjam dan fotokopi sahaja buku jika tiada wang. Mereka gilakan kajian dan isu melebihi lembaran kertas buku itu.

Pada saya buku ada nilai klasik yang tubuh selaras dan selari dengan kewujudan tamadun manusia. Manusia sinonim dengan tindakan menulis dan mencatat dengan tangan dan menyimpan maklumat dalam bentuk helaian. Lantaran itu e-book dan bacaan web tiada nilai estetika, ruh pembacaan dan semangat yang tulen berbanding membaca secara langsung daripada naskhah buku.

Mak saya suka cium helaian buku yang baru dibeli. Saya tak tau apa jenis penyakit buku yang ini....

Pendita Bitara : Kalau lah mata tak mudah berair baca buku...mesti nak habiskan 10 buku satu malam.....

3 comments:

Anonymous said...

salam...nak jadi ghairah dengan perkataan "buku"..apakah nama penyakitnya..?hehe..apapun..buku memberi makna tersendiri..macam abng din cakap..ada nilai estetika..:)..
nak pulun baca buku banyak2 after exam ni...:)

Anonymous said...

salam...
saya teruja dengan kegilaan anda terhadap buku..berkongsi rasa yang sama, saya pun kalau boleh satu malam mahu habiskan 20 buku...tapi kemampuan cukup terbatas...tambah kalau dapat buku yang 'berat'

satu lagi, membaca buku karangan ahli haraki kini tak sama rasa ruh nya dengan membaca buku karangan ahli gerakan dolu-dolu....untung saya ada beberapa buku lama yang agak kuning kertasnya ...he..he..tapi isinya tak puas dibaca..biarpun berulang kali....saya dengar syt Jaafar Rawas ( bawah bangunan Kelab Pas K'tan) ada banyak buku-buku lama yang masih segar isinya, dijual dgn harga murah...saya belum berkesempatan balik kampung..hu..hu.

Anonymous said...

saya rasa nak pesan je kat kak kalau kak balik kampung !!!
Kak, memang buku tu tajuk die Orang masjid kontemporari...cuma tu tajuk post blog....tak pe....saya lupa buh nama penuh kat posting..akan dibetulkan..tima kasih kak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...