Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Sunday, April 27, 2008

Manhaj Harakiy Dalam Sirah



Semasa saya berjumpa dengan Dr. Aziz Hanafi di jitra baru-baru ini, beliau pernah bertanya kepada Dr Yusuf Al Qaradhawi, kitab sirah manakah yang paling baik, sama ada Fiqh As Sirah Dr Ramadhan Al Butiy atau Fiqh as Sirah karangan Muhammad Al Ghazali. Dr Yusuf menjawab kitab yang paling baik adalah karangan Muhammad Al Ghazali kerana beliau adalah guru Al Qaradhawi.

Al Qaradhawi menyarankannya kerana kitab tersebut lebih menjurus kepada halatuju jihad dan amal Islam harakiyyah berbanding karangan Dr Ramadhan yang lebih menjurus kepada fiqh (fekah) dan ibrah umum.

Pada saya, selain buku sirah yang disarankan itu, saya juga meneliti kitab sirah Fiqh Harakah 3 jilid oleh Tuan guru Abdul Hadi Awang yang berfakta dan berunsur harakiyyah juga mengikut konteks tempatan (Malaysia).

Selain itu pembaca semua bolehlah meneliti Kitab Manhaj Haraki Dalam Sirah Nabi SAW karangan Muhammad Munir Al Ghatban. Buku ini adalah refleksi positif beliau terhadap buku Maalim Fi At Toriq Syed Qutb. Syed Qutb menyarankan agar ada satu fasa yang digelar Al Waqiiyyah Al Harakiyyah iaitu satu fasa di mana petugas Islam dibekalkan dnegan bahan bacaan dan kajian yang realiti dan mampu diterapkan tanpa menjejaskan tafsiran dalil-dalik qaie.

Beliau merasakan peringkat-peringkat dakwah Nabi mengandungi 1001 fasa dan taktik yang praktis untuk diajar kepada petugas Islam kontemporari. Lantaran itu beliau menyahut (semampu beliau) seruan buku Maalim Fi At Toriq untuk menyediakan para petugas dengan tarbiyyah waqiiyyah yang praktikal.

Banyak yang terkeliru dnegan dalil qaie atau memborong sahaja dalil berkenaan tanpa meneliti fasa dan keutamaan (awla atau tidak) penerapan dalil berkenaan. Sebagai contoh dakwah perlaksanaan hudud, pengharaman arak dan sebagainya. Dikatakan oleh sebahagian daie, bukankah sudah tiada lagi tadarruj (pemeringkatan) dalam perlaksanaan hukum-hukum qaie tersebut? Bukankah ia perlu dilaksanakan sekarang juga bila berkesempatan. Persoalannya dimana pula hilang fiqh dan seni marhaliyyah (pemeringkatan) yang ditinggalkana oleh Nabi secara tersirat dalam sunnahnya? Inilah dilemma petugas Islam dan mangsanya adalah masyarakat yang keliru. Akhirnya gelaran fundementalis dan ekstrimis yang diberikan kepada petugas Islam yang bertelagah itu.

Bacalah buku Dr Munir ini disamping buku-buku sirah lain. Anda pasti akan dapat sesuatu…..

Pendita Bitara
Al Itqan PP.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...