Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Sunday, April 17, 2011

Jalan-jalan ke Zoo Taiping dan Kota Ngah Ibrahim

Menziarahi Kota Menteri Larut Ngah Ibrahim di Matang Taiping (17 April 2011) cukup memberi kesan dalam jiwa saya dan isteri saya Wardah. Kami disambut ala-ala menyambut pengkaji sejarah oleh penjaga keselamatan dan penjaga kota berkenaan mungkin selepas melihat kesungguhan kami membelek setiap peralatan kota, dinding batu, lubang bekas meriam dan kawasan runtuhan menara kawalan utara selatan di kota berkenaan.

Ya, Ngah Ibrahim yang membina kota mewah dan indah ini adalah bertujuan untuk melindungi perjalanan perniagaan Bijih timah yang 100% menjadi milik keluarganya tapa campur tangan Sultan Perak. Tetapi saya terlupa sejarah bagaimana Kota hebat da kukuh ini kemudiannya menjadi milik British! Malah pejuang melayu Dato’ Maharajalela, dato’ Sagor dan senagkatannya dibcara dalam Rumah itu malah pejuang-pejuang melayu yang ditudu membunuh Birch dipasung dalam salah satu blik Ngah Ibrahim. Adakah Ngah Ibraim pengkhianat melayu sehingga Kotanya menjadi tempat British membalun melayu? Saya alpa sejarah pada saat itu, terlupa benar sehingga saya membaca semula sejarah beliau.

Ngah Ibrahim dan bapa mentuanya, Mohamad Amin bersama-sama Sultan Abdullah, yang memerintah di Hilir Perak abad ke-19, ialah antara beberapa orang yang disabitkan dengan pembunuhan Residen British pertama di Perak, JWW Birch, di Pasir Salak pada 2 November 1875.

Berikutan penangkapan mereka, ketiga-tiganya dan Datuk Syahbandar Uda Maamor dibuang negeri ke Seychelles di Lautan Hindi pada 1877. Orang Asli yang membunuh Birch, iaitu Si Putom, bersama Datuk Maharaja Lela serta bapa mentuanya, Pak Indut dan Datuk Sagor serta beberapa sekutu mereka dibicarakan atas tuduhan melakukan pembunuhan itu dan digantung di Matang pada tahun yang sama.

Selepas 16 tahun dalam buangan, Sultan Abdullah diampunkan oleh British dan dibenarkan kembali ke Perak dan tinggal di Kuala Kangsar sehingga kemangkatannya. British bagaimanapun menolak rayuan Ngah Ibrahim, Mohamad Amin dan Uda Maamor untuk kembali ke Perak.

Mereka dihantar ke Sarawak dan ke Singapura di mana Ngah Ibrahim meninggal dunia pada 4 Februari 1895 dan Mohamad Amin pada 1908. Uda Maamor juga dipercayai meninggal dunia di Singapura.

Ngah Ibrahim membangunkan sebuah kota, yang kini dipanggil Kota Ngah Ibrahim di Matang yang menjadi pusat pentadbirannya. Ngah Ibrahim merupakan Orang Kaya Jajahan, dan mempunyai visi meluas untuk memajukan daerah Larut Matang. Dalam tahun 1872, Ngah Ibrahim telah menggajikan Kapten Tristam Speedy sebagai Setiausaha (Pentadbir) di dalam wilayahnya.

Ngah Ibrahim menguatkan pasukan polisnya. Pasukan polis yang diwujudkan oleh Kapten Tristam Speedy (pekerja Ngah Ibrahim) dalam tahun 1873 terdiri dari 110 orang anggota Sikh yang diambil dari wilayah Patiala, Ludhiana dan Ferozepur di Punjab, India untuk menjadi Sepoi. Mereka dilengkapkan dengan senapang dan pistol, dan mempunyai 4 laras meriam Krupps.

Selepas satu perbicaraan yang diadakan di Kota Ngah Ibrahim (saat itu menjadi Markas dan kediaman Kapten Tristam Speedy) Datuk Maharajalela dikenakan hukuman gantung. Kepten Speedy patutnya taat kepada Ngah Ibrahim sebaiknya mengikut telunjuk Birch mengambil semua hasil cukai milik Ngah Ibrahim (cukai belia dijamin oleh perjanjian Pangkor tetapi dikhianati oleh Birch) Oleh kerana tiada bukti kukuh yang boleh menambat Ngah Ibrahim kepada pembunuhan Birch, Ngah Ibrahim, bersama bapa mentuanya Laksamana Mohamad Amin dikenakan hukuman buang negeri ke Kepulauan Seychelles bersama-sama Sultan Abdullah. Pada tahun 1877, Ngah Ibrahim dihantar ke Kepulauan Seychelles untuk menjalani hukuman buang negeri. Perjanjian Pangkor sepatutnya tidak memberi impak kepada Ngah Ibrahim tetapi klaus yang melantik Residen British itulah yang menyebabkan British diberi hak mengambil cukai juga. Manakala perlantika Penolong Residen iaitu Kepen Speedy menyebabkan Kepten Speedy naik tocang dan merampas Kota tersebut!

Lihat perangai orang putih penjajah. Buat baik dengan pemimpin melayu akhirnya rampas semua milik Ngah Ibrahim.

Di kota itu anda akan melihat ketebalan batu bata lamanya setebal 2 inchi sahaja sama seperti penmbuatan kota-kota kubu lain di tanah melayu. Ini menghasilkan struktur yag kukuh dan tebal kekuatan alah yang tinggi) kepada batu bata berkenaan.

Kota itu pernah ditawan Jepun dan menjadi markaz jepun. Semasa Jepun serang Perak, kapal terbang ZERO pernah terhempas dan serpihannya ada dipamer dalam Kota Ngah Ibrahim hari ini. Ada kipas, radio, telefon dan peralatan elektrik lama zaman British dan Jepun ditayang. Saya asyik membelek suis dan elektronik lama untuk melihat bagaimana ia berfungsi berbanding peralatan moden yang kecil dan kompak.

Terdapat replika bajah bernama Larut milik Long Jaafar di mana kaki larut pernah dipenuhi dengan bijih timah berlumpur sebelum Long jaafar memajukan Matang.

Kota itu juga digunakan untuk memantau perjalanan muara sungai ke Laut (sekarang dah tiada kerana ditimbus) untuk membawa bijih timah.

Seperti biasa saya yag gila buku membeli buku bergambar bertajuk MERIAM dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu berharga RM 45. Buku tersebut sememangnya sukar didapati di kedai buku biasa. Jadi saya sering mengajurkan perlancongan membeli buku di muziam denga kempen satu muzium satu buku dibeli….

Muhammad Nuruddin Bashah










Mesin kira lama analog


Buku yang dibeli di Muzium Kota Ngah IBrahim

Bekas cop British


Gambaran perbicaraan pejuang melayu di rumah Ngah Ibrahim itu


Sungai di belakang kota sudah tiada


Tapak asal menara kawalan Selatan

Dulu di sini sungai

Dinding asal kota yang ditampung dengan bata baru tetapi bersaiz kecil juga


Batu bata setebal 2 inci

Lubang tempat meletak meriam melayu
















Thursday, March 31, 2011

Mualim dah jadi penulis kan?......

Saya masih lagi memiliki hubungan erat dengan rakan-rakan guru di Sekolah Al Itqan (Rendah dan Menengah) yang dahulu dikenali sebaghai Sek Al Islah. Jika ada kelapangan atau jika saya balik ke Balik Pulau, saya akan mengambil kesempatan berjumpa para guru dan anak murid yang dahulu pernah disantuni pada tahun 2007 hingga 2008.

Walaupun saat menjadi guru di sana hanya selama 1 setengah tahun, banyak kenangan berharga berjaya saya hadapi dan teladani.

Para murid yang suatu ketika dahulu masih dalam darjah satu kini sudah pun dalam darjah 5.

bayangkan dahulu saya pernah mengajar sains, matematik dan pernah juga mengajar bahasa melayu pelajar yang belum mengenal huruf 100% apatah lagi menyusun ayat, kini sudah mempu membaca.

Paling saya teruja bila ada murid berkata, Mualim....saya selalu baca tulisan mualim, ooo...mualim berhenti jadi guru sebab jadi penulis kan?
Hakikatnya sejak di matrikulasi saya telah menulis walaupun ada yang tidak dibaca orang.....

Maknanya mereka sudah mampu membaca dan menulis ayat-ayat berbahas agak tinggi. Mereka juga mengambil tahu perkembangan hidup saya melalui facebook....

Saya masih melanggan majalah As Sunnah yang dilanggan dari Indonesia melalui Ustaz Khairi salah seorang guru di sana. Sejak tahun 2007 hingga kini koleksi saban bulan sedahj berkotak-kotak. Alhamdulillah istiqamah dalam ilmu ini saya masih mampu pertahankan...

Saya masih suka mengajar dan mendidik anak-anak. Mungkin suatu hari nanti saya akan kembali ke arena pendidikan walaupun dalam bentuk yang berbeza...

Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera & Penulis
1 April 2011

Saturday, February 26, 2011

Monday, November 29, 2010

Tradisi membaca….tradisi yang terhakis…tetapi siapa yang ada tradisi ini tahu apa makna tradisi…

Tradisi membaca….tradisi yang terhakis…tetapi siapa yang ada tradisi ini tahu apa makna tradisi…

Membaca mula dipecutkan dalam diri saya semasa mula-mula berdiskusi ilmiah di Institut Pengajian Eropah sekitar tahun 2003 bersama ramai rakan-rakan yang juga gila membaca. Mereka langsung tidak meminggirkan kita apatahlagi idea kita. Mereka tidak melayan saya seperti 'beginner' dalam persatuan-persatuan tertentu. Sebaliknya kita digalakkan membaca dan diberikan 'task' untuk menghuraikan buku-buku berat yang disenaraikan untuk dikaji dan dianalisa. Bermula itulah saya amat menghargai tulisan, buku, majalah dan surat khabar. Walaupun sedari kecil digesa oleh bapa dan abang untuk membaca, tetapi walaupun agak terlewat, minda ini tetap digunakan untuk membaca. Apa pun orang kata, kita tetap membaca.

Membaca akhbar boleh menjadikan kita pandai, bijak, analatikal dan pantas bergerak. Gerakan badan kita berpunca daripada otak kita yang rancak. Dengan syarat ken abaca banyak akhbar. Akbar di Malaysia adalah akhbar peninggalan system British. Utusan dan Berita Harian lebih kepada membawa aspirasi kerajaan sedari sahulu lagi. Menjadi mata bola utama untuk menyatukan melayu pasca penaklukan Jepun. The Star, New Straits Times lebih kepada komunalisme Cina walaupun kini lebih sederhana. Di Malaysia jika ingin pandai bahasa Inggeris dengan membaca The Sun atau The Star sahaja, bermakna kita akan berpemikiran satu arah. Cuba baca hanya setahun sahaja 2 akhbar ini tanpa membaca akhbar lain mahupun akhbar pembangkang yang lain, kita akan rasa suasana yang baru. Dalam akhbar banyak artikel dan rencana semasa mahupun ilmiah. Jadikan amalan saban pgi untuk mengasah otak meneliti artikel ilmiah dan cuba berdebat dengan diri sendiri. Aktiviti ini ubat awal untuk melawan kenyanyukan.

Di sekolah tempat saya mengajar hari ini, ada seorang Ustaz namanya Ustaz Razlan. Berasal daripada Medan Indonesia menetap di Kuala Lumpur sejak tahun 1984. Graduan Sarjana Muda Publisiti dalam masa yangs ama mendapa beberapa sijil pengajian agama. Beliau ini gila membaca dan banyak bukunya. Tidak kira karangan Indonesia atau Malaysia semuanya dibacanya kerana kerjanya dahulu adalah seorang wartawan. Saban hari kami akan berdiskusi topic politik, agama, semasa dan iomu sejarah masing-masing. Ternyata dia ada banyak yang saya tak tahu. Katanya di Indonesia, mahasiswa akan mengagihkan buku-buku untuk dibaca buku berlainan setiap orang. Apabila berdiskusi mereka akan mendengar hasil bacaan sahabat yang lain. Katanya hasil daripada inilah mahasiswa Indonesia tajam pemikiran, luas [pandangan dan pandai berpidato. Jika datang mendengar sahaja tanpa persediaan membaca, maka orang itu akan dianggap tidak bijak.

Membeli buku di Times Square memang seronok tetapi kalau duit banyak. Yang pastinya ramai bangsa asing seperti Amerika, Korea dan Jepun yang membeli buku di sana. Walaupun buku itu daripada Negara mereka, mereka tetap membelinya kerana minat membaca walaupun sedang melancong. Rakyat Jepun membeli buku di pecan-pekan kecil menggunakan bakul seperti Mydin. Mereka membeli secara pukal. Banyak dan pelbagai. Di Malaysia peniaga takut membuka kedai buku dan kalaupun buka, penjualan mesti menjurus kepada buku hiburan dan novel biasa sahaja. Di sini, memgang buku di tepi jalan akan dilihat sebagai tak menyempat-nyempat membaca atau dikatakan nak tunjuk bagus… Tetapi di Jepun jika kita tak bawa buku dalam keretapi, kita akan dipandang rendah. Buku menyebabkan rakyat Jepun melupakan penderitaan bom atom serta membina semula sosiologi mereka yang hancur selepas Perang.

Sahabat saya yang mula menggalakkan saya membaca kini berada di UKM menyambung Master dalam bidang Sosiologi. Dia dahulunya mengambil Undang-undang di UIA. Beliau tidak jemu mengingatkan saya agar terus membaca. Kami sering berdiskusi di mana sahaja yang berpeluang. Kini pangkalan kami di Bangi mungkin. Jika ada rezeki saya juga ingin menyambung dalam bidang sains social atau Politik antarabangsa. Dia menyambung pelajaran selepas 2 tahun mengumpul wang melalui penjualan nasi lemak. Moga hasrat ini terkabul disamping ingin ke UNITI….

Muhammad Nuruddin Bashah

10 Mac 2007

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...