Tuesday, December 25, 2012
Buku dan Keluarga kami
ditulis oleh jihadin82 at 6:38 PM 4 pendapat anda?
Labels: Ipoh Parade
Sunday, December 2, 2012
Pondok separuh masa di Sungai Petai....
ditulis oleh jihadin82 at 5:35 PM 0 pendapat anda?
Friday, November 23, 2012
KISAH MENYAYAT HATI INI ADALAH KISAH BENAR PENGALAMAN YANG DICERITAKAN SEORANG GURU
KISAH MENYAYAT HATI INI ADALAH KISAH BENAR PENGALAMAN YANG DICERITAKAN SEORANG GURU
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat,
dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi..
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat,
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi..
ditulis oleh jihadin82 at 9:35 PM 2 pendapat anda?
Kuliah dalam gelap....
Saya dijadualkan memberi kuliah maghrib di Masjid Muhammadiah Tasek Jaya Ipoh hari ini 23 Nov 2012. Saya bercadang untuk menyampaikan tajuk Barat Kaji Islam, Barat Peluk Islam dan seperti biasa kuliahsaya akan disediakan kertas kerja sebagai sisipan hadirin.
Hari ini tiada elektrik seluruh Taman Tasek Jaya...masjid juga gelab..saya yang baru sampai sekitar pukul 7.01 minit terus solat....
Jemaah masjid datang berjumpa....tanya samada diteruskan atau tidak...cepat saya menjawab untuk ditangguhkan kerana saya membawa kertas kerja untuk dibaca...
Tetapi yang hebatnya orang Ipoh..mereka tidak mahu berganjak malah hadirin agak ramai..mereka duduk di hadapan meja pengkuliah dan pasang lilin sebanyak mungkin dengan harapan saya dapat menyampai sedikit sebanyak apa yang ada untuk mereka mengisi masa menunggu isyak....saya akhirnya setuju menyampaikan apa yang patut...
Walaupun panas...mereka memilih untuk masuk ke dewan solat mendengar kuliah...saya beri kuliah dengan suara yang agak lantang kerana tiada mikrofon....
Sambil tangan membuka lampu suluh hanphone..saya terus memberi kuliah kupasan ayat 8 dan 9 surah as soff dengan menggunakan tafsir Al Azhar sebagai syarah dan fakta sejarah sebagai senjata kuliah biasa saya....
Apabila berkuliah begini kita insaf bagaimana setgianya guru pondok menitiskan ilmu kepada pelajar walaupun ditemani lampu ayan..malah kita insaf bagaimana majlis ilmu Rasulullah berjalan suatu ketika dahulu....
Alhamdulillah ketika kuliah hampir tamat, elektrik ada semula....
Saya terus mulakan penutup dan bersiap untuk solat.... bulan depan saya kembali lagi ke sini....
Muhammad Nuruddin Bashah
http://www.facebook.com/MasjidCina?fref=ts
ditulis oleh jihadin82 at 8:37 AM 0 pendapat anda?
Wednesday, September 19, 2012
Tulisan saya dalam Majalah PELANCAR
Inilah tulisan pertama saya yang disiar dalam Majalah PELANCAR iaitu majalah koperasi yang diterbit oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Tulisan saya bertajuk Berhutang bila Terpaksa bukan untuk Berseronok telah disiar dalam majalah ini keluaran september 2012.
Pada awalnya Tuan Haji Jamudin Idris selaku bekas/mantan Editor Majalah Milenia Muslim telah berhijrah ke majalah Pelancar ini dan meminta saya menulis untuk majalah yang baharu beliau tangani. Sebelum itu saya menulis untuk beliau melalui majalah Milenia dan saya masih menulis secara bulanan di Milenia Muslim.
Disamping artikel-artikel berkisar isu koperasi, perniagaan dan budaya ekonomi Islam/Melayu, Tuan haji jamudin juga ingin mevariasikan penulisan dalam isu antarabangsa, fakta am dan isu ummah yang sederhana untuk tatapan pembaca majalah ini.
Cuma majalah ini amat sukar diperolehi di pasaran tetapi amat murah untuk dilanggan iaitu hanya RM 1.70 senaskhah untuk 62 mukasurat bewarna dan menggunakan kertas licin berkualiti.
Muhammad Nuruddin Bashah
ditulis oleh jihadin82 at 8:22 AM 0 pendapat anda?
Saturday, August 25, 2012
Raya pun kena pantau Bahasa Kebangsaan
Muu
Ya, nama melayunya telah diubah nama ke bahasa Inggeris.
Sudahlah papan tanda kedai-kedai dan premis perniagaan sudah banyak yang meletak unsur Barat-Latin apabila kerap menggunakan nama 'De', 'Les' dan sebagainya. Adakah kita bangga dijajah Portugis dan Inggeris?
Susah nak wacana isu ini kerana isu ini tidak mendapat sokongan IKHLAS daripada pemerintah/kerajaan. Malah DBP hanya menjadi penghebah kempen bahasa kebangsaan sahaja tanpa ada sedikit pun kuasa atau dijadikan pakar rujuk.
Saya akan terus menulis isu-isu sebegini walaupun sedar ia sukar mengubah masyarakat kita yang telah dimamah westomania yang cukup membimbangkan
ditulis oleh jihadin82 at 4:30 AM 0 pendapat anda?
Akaun BSN untuk Yusuf..tahniah BSN kekalkan nama Melayu pada Bank
ditulis oleh jihadin82 at 4:04 AM 0 pendapat anda?
Thursday, August 23, 2012
Mencari kerja sambilan menulis
Saya memang minat menulis dan membaca.
Saya suka menulis sesuatu yang memerlukan saya berfikir dan menganalisa.Sebenarnya saya sedang mencari kerja part time sebagai penulis dalam masa yang sama saya memang menulis sambilan untuk beberapa majalah.
,
Terima kasih.Muhammad Nuruddin Bashah017 6291368. Email: jihadin82@yahoo.com
012 5296690 (wardah)
ditulis oleh jihadin82 at 6:51 PM 0 pendapat anda?
Menulis untuk majalah PELANCAR
Alhamdulillah, makalah pertama saya untuk Majalah Pelancar telah diluluskan dan akan diterbitkan untuk edisi Majalah Pelancar September 2012.
Majalah ini bertemakan isu koperasi, perniagaan bumiputera dan perniagaan Islam yang diterbitkan oleh Biro Angkasa.
Saya ditawarkan menulis secara bulanan oleh Editor terkini Pelancar iaitu Tuan Haji Jamudin Idris.
Terima kasih Tuan Haji, semoga usaha kita menulis isu-isu motivasi berkaitan dunia usahawan, bisnes dan ekonomi islam Melayu akan dapat memberi sumbangan kepada tamadun islam di negara ini.
Muhammad Nuruddin Bashah
ditulis oleh jihadin82 at 6:33 PM 0 pendapat anda?
Friday, August 17, 2012
Isu Penggunaan bahasa pada papan Tanda Premis Niaga sejauh mana keseriusan kita?
ditulis oleh jihadin82 at 12:22 AM 0 pendapat anda?
Monday, July 16, 2012
Email Hazneza Hamid kepada saya
Choose your favorite way to communicate.
- FROM:
- TO:
Assalamualaikum tuan Nuruddin,
Sampaikan salam saya kepada Wardah:-) Saya membaca email tuan sampai habis dan saya dapati email tuan ditandatangani dengan 'Jurutera Moulding'. Perkataan 'Moulding' ada diterima oleh Kamus Dewan dengan ejaan bahasa Melayu "Molding" (tanpa 'u') namun perkataan Melayu sebnar ada dua yang dapat dipilih; sama ada Pengumaian (daripada kata akar kumai) atau Pengacuan.
Saya tidak memaksa tuan menukar tandatangan di hujung email-email tuan cuma saya rasa bertanggungjawab untuk mengetengahkan perkataan bahasa Melayu yang wujud untuk kalimah-kalimah Inggeris yang telah terbiasa pada kita. Apa yang saya kesalkan (mungkin saya sepatutnya merungut pada DBP sendiri:-)) adalah apabila DPB seakan-akan 'malas' untuk mencari perkataan bahasa Melayu untuk beberapa perkataan bahasa Inggeris dan hanya memberikan perkataan yang sama dalam Kamus Dewan. Bezanya hanya ejaan yang dimelayukan. Bahasa Melayu lebih daripada kaya jika hendak dibandingkan dengan bahasa Inggeris kerana pengaruh yang banyak kesan daripada hubungan perdagangan mahupun sejarah penjajahan yang panjang. Masalahnya adalah apabila kita berasa malu-malu atau rendah diri untuk menggunakan bahasa kita dan bimbang jika orang lain tidak faham sekiranya kita tidak menggunakan bahasa Inggeris (perasaan yang wajar). :-) saya hanya merungut kepada seorang sahabat yang saya kira mempunyai daya cinta yang sama pada agama, bangsa dan bahasanya.
Cadangan saya, tuan tandatangan email dengan Jurutera Pengumaian (Moulding) atau Jurutera Pengacuan (Moulding) atau Jurutera Molding (ejaan bahasa Melayu yang betul supaya tidak berlaku percampuran bahasa Melayu-Inggeris dalam teks yang sama). Jika tuan memilih mana-mana antara tiga ini, tuan melakukan dua perkara; 1) jika tuan memilih sama ada pilihan pertama/kedua, tuan telah memperkenalkan perkataan Melayu untuk moulding dan membantu orang lain mengetahuinya, dan 2) jika tuan memilih yang ketiga, tuan mengetengahkan ejaan molding yang tepat dalam bahasa Melayu.
Wallahu a'lam. Doakan kami di sini. Jazakumullah.
Faculty of Forestry,
2005-2424 Main Mall,
Vancouver BC
V6T 1Z3
Canada
ditulis oleh jihadin82 at 5:54 AM 0 pendapat anda?