Literasi dan Pendidikan; antara ruang kelemahan umat Islam mutaakhir
Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Bc Hons Eng (Material) UM
Membaca adalah asas beragama. Malah Jibrail meletak piawaian asas tamadun Islam kepada Rasulullah SAW iaitu asas ‘Iqra’. Walaupun ‘bacalah’ lebih merujuk kepada arahan membaca dalam nahu bahasa arab, namun konsep tersiratnya amat luas. Jibrail memberi petunjuk bahawa pengetahuan dan amalan menuntut ilmu adalah asas ketamdunan Islam yang bakal di cetus oleh Rasulullah SAW.
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari alaq. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, Yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya" (QS Al-Alaq [96]: 1-5). Mengapa iqra, merupakan perintah pertama yang ditujukan kepada Nabi, sedangkan Baginda seorang ummi (yang tidak pandai membaca dan menulis)? Mengapa demikian? Iqra berasal dari akar kata yang bererti "menghimpun," sehingga tidak terhenti setakat makna "membaca teks tertulis dengan aksara tertentu." Dari "menghimpun" timbul pula aneka ragam makna, seperti menyampaikan, menelaah, mendalami, meneliti mengetahui ciri sesuatu dan membaca, baik teks bertulis atau tidak.
Literasi adalah gejala celik ilmu yang dikehendaki oleh agama Islam. Literasi dan keilmuan adalah antara syarat mengenal Allah juga (konsep makrifah) serta pengesahan iman kita.
Kini dunia bersaing dengan pesat dan memerlukan kita berada dalam orbit persaingan yang dipacu oleh orang bukan Islam barat. Hal inilah yang menyebabkan pendangan kita berkaitan isu literasi perlu diperluaskan seiring dengan pandangan dan pengamalan Barat tanpa kita abaikan semangat asas pendidikan Islam iaitu ketuhanan dari aspek ontologi.
Lihat maksud literasi menurut taktifan UNESCO.
Literacy is the ability to identify, understand, interpret, create, communicate and compute using printed and written materials associated with varying contexts. Literacy involves a continuum of learning in enabling individuals to achieve his or her goals, develop his or her knowledge and potential, and participate fully in community and wider society (set in 2003 and published in UNESCO, 2005).
Kemampuan Intepretasi dan kemahiran menganalisa adalah syarat umum untuk sesuatu bangsa diletakkan sebagai berpendidikan atau berliterasi. Alangkah malang jika umat Islam hanya mampu membaca hasil karya barat, tanpa sedar dan aktif mengenal pasti di mana ‘hub’ ketamadunan Islam dalam karya kajian teknologi barat tersebut. Dahulu, pihak Kristian sacily dan Granada cukup aktif mengekstrak pengaruh dan tinggalan Yunani dalam karya teknologi arab Anadalusia. Literasi mereka yang fasih dan mahir dalam bahasa Aram (suryani) dan Bahasa Arab menyebabkan mereka berada di tahap pada hari ini.
Kini umat Islam cukup ramai. Adakah jumlah ini bererti Islam telah berjaya mengambil alih tamadun barat?
Menurut paderi tertinggi Vatican, Monsignor Vittorio Formenti yang membuat pengumpulan perangkaan dalam buku tahunan 2008 Vatican yang baru diterbitkan, orang Islam mewakili 19.2 peratus penduduk dunia dan katolik pula sebanyak 17.4 peratus.
13 abad yang lalu, Rasulullah SAW bersabda, “Di perkirakan bahawa orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu hidangannya.” Seseorang berkata, “Apakah kerana jumlah kami sedikit di waktu itu (hingga orang-orang kafir boleh menyerbu)?” baginda bersabda, “Bahkan jumlah kalian di saat itu ramai sekali, tetapi kalian seperti buih banjir (tidak berguna). Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuh kalian terhadap kalian serta memasukkan di dalam hati kalian (penyakit) al wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah (penyakit) al-wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati”[HR Abu Dawud].
Kini fakta antarabangsa juga mengiktiraf keluasan penduduk Islam seluruh dunia seperti smber dari Brittanica, “Islam is a global phenomenon: Muslims predominate in some 30 to 40 countries, from the Atlantic eastward to the Pacific and along a belt that stretches across northern Africa into Central Asia and south to the northern regions of the Indian subcontinent”. (http://www.britannica.com/EBchecked/topic/295765/Islamic-world)
Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia. Laporan oleh Forum Pew Agama, menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan. Sebanyak 80% pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq. Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60%. Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20% umat Islam, 15% di Afrika Sub-Saharan, 2.4% di Eropah dan 0.3% di Amerika Syarikat. Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima (1/5) daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam. Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk 2/3 beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. (Sumber AP)
Dunia Arab mencakupi 22 anggota Liga Arab, yg mewakili 280 juta orang, hampir sama dgn penduduk Amerika Syarikat.
Benar, kini umat Islam cukup ramai sehinggakan Obama sendiri mengakui bilangan muslim yang ramai di Amerika Syarikat. Namun bagaimana pula tahap pendidikan dan literasi mereka terutama di benua Arab?
Jumlah Muslim sedunia mencapai 22% jumlah penduduk dunia, tapi menurut United Nations' Arab Human Development Report (Laporan Perkembangan Arab PBB) Setengah jumlah wanita Arab buta huruf, satu dari 5 Arab hidup dibawah US$2 per hari, hanya 1% penduduk Arab memiliki komputer peribadi, dan setengah dari 1% menggunakan internet, 15% penduduk usia kerja Arab menganggur; 60% Muslim huruf.
Di negara Arab, pada 2000, 25% lelaki dan 50% wanitanya buta huruf. Kadar literasi umat Islam seluruh dunia pula hanya 38%. Di India, kadar literasi lelaki Muslim sekadar 18 peratus. Berdasarkan UNESCO (UIS, 2003) keciciran literasi 10.2% in Jordan 59.8% di Mauritania. 5 buah negara Islam , Yaman (53.6 %), Morocco (51.2%), Mesir (44.7%), Sudan (42.3%), dan Algeria (33.3%) mewakili 49 daripada 67 juta orang muslim yang tidak tahu membaca!
Kita boleh juga membuat andaian bahawa mereka tidak buta huruf kerana mungkin mahir dengan tulisan arab atau membaca dalam tulisan bangsa mereka sahaja. Tidak seperti kajian UNDR yang meletakkan indikator celik huruf sebagai celik tulisan Inggeris dan memahami bahasa Inggeris. Hal ini tiak hairan walaupun umat Islam dan orang arab mampu memperolehi ilmu melalui tulisan arab setempat, namun kini ia tidak lagi boleh dibanggakan. Bahasa arab telah terpecah belah kerana nasionalisme taksub umat Islam. Bahawa Melayu ini tersadai akibat hambatan bahasa Inggeris di negara nusantara. Akibatnya bahasa Inggeris tetap perlu dikuasai untuk menjadi ‘hub’ ilmu yang kini tersemai dalam Tamadun barat.
Tabiat membaca bahan ilmiah juga pelru dipandang berat. Umat Islam serta tempat cukup selesa mengepit bahan bacaan picisan dan murahan berbanding sibuk mengelek bahan wacana dan ilmiah.
Bagi rakyat Amerika Syarikat, 53 peratus daripada mereka membaca buku fiksyen(ilmiah) dan 43 peratus sahaja membaca buku bukan fiksyen(ringan).
Bagi kumpulan umur 10 tahun dan ke atas, daripada 85 peratus rakyat Malaysia yang membaca, hanya tiga peratus membaca buku, manakala 77 peratus membaca akhbar sahaja, tiga peratus membaca majalah dan 1.6 peratus membaca komik. Hal ini tidak boleh diambil ringan oleh para sarjana ilmu di Malausia. Sebagai negara umat Islam adalah wajib bagi semua golongan intelegensi berjuang untuk mengubah tabiat membaca di kalangan penduduk negara ini.
Statistik Jabatan Perangkaan 2008, statistik kadar literasi rakyat Malaysia pada kelompok umur 15 tahun ke atas adalah 93.2%. Kadar literasi keseluruhan Malaysia ialah 91.9% manakala Indonesia 92% walaupun rakyat Indonesia terlalu ramai.
Menurut wikipedia- List of countries by literacy rate 2009, Malaysia berada di tangga ke-86 di bawah Indonesia ke 85 dan Malta ke 84. Mungkin umat Islam boleh berbangga dengan Kazakhstan iaitu pada tangga ke-9. Namun begitu Kazakh masih mengalami proses pemisahan bahasa ilmu antara bahasa Russia (yang lama menjajah mereka) dengan bahasa pribumi. Walaupun penguasaan pembacaan tinggi, namun taburan penguasaan baca dan tulis dalam bahasa ilmu seperti bahasa Inggeris dan Arab masih jauh ketinggalan.
Laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2007/2008 pula menunjukkan kadar literasi rakyat Malaysia berada di belakang negara maju seperti Jepun, Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman yang mempunyai kadar literasi tinggi, pada tahap 99 peratus.
Jika diintai dari segi Indek Pendidikan (Education Index), Malaysia kini berada ditangga ke-93 dari 176 buah negara iaitu sebanyak 0.848 indeks. Indeks ini meliputi tahap literasi dewasa serta kombinasi perbelanjaan negara terhadap pendidikan rendah, menengah dan tinggi negara. Indeks ini terkandung di bawah Indeks Pembangunan Insan (HUMAN DEVELOPMENT REPORT 2009)[1] yang akan dibincangkan. Dalam indeks pendidikan ini umat Islam mungkin boleh berbangga dengan Libya yang berada di tangga ke-59
Indeks Pembangunan Insan (Human Development Indeks)[2] 2007 yang dikeluarkan oleh PBB menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Indeks ini terkandung dalam HUMAN DEVELOPMENT REPORT 2009. Indeks Pembangunan Manusia (IPM) / Human Development Index (HDI) adalah pengukuran perbandingan daripada sudut kemandirian hidup , celik huruf , pendidikan dan standard hidup untuk semua negara seluruh dunia. HDI digunakan untuk mengklasifikasikan apakah sebuah negara adalah negara maju, negara membangun atau negara mundur dan juga untuk mengukur pengaruh dari segi impak ekonomi terhadap kualiti hidup. HDI mengukur pencapaian rata-rata sebuah negara dalam 3 dimensi dasar pembangunan manusia:
* Hidup yang sihat dan panjang umur yang diukur dengan harapan hidup semasa kelahiran.
* Pengetahuan yang diukur dengan angka(emperikal) tahap membaca dan menulis pada orang dewasa dan kombinasi pendidikan dasar , menengah , atas gross enrollment ratio.
* Standard kehidupan yang layak diukur dengan GDP (Gross domestic product) atau KDNK.
Indeks Inovasi Global 2008-2009 menunjukkan malaysia berada pada tangga ke 25 dunia pada indeks 4.06. malaysia gagal bersaing dengan Singapura yang berada pada tangga ke-5 dengan indeks sebanyak 4.81. Di atas Malaysia adalah Qatar pada tangga ke-24 dan Israel pada tangga ke-23. Akan tetapi Israel boleh berbangga dengan inovasi mereka sendiri kerana teknologi Yahudi telah sekian lama menguasai dunia terutama Amerika Syarikat yang kekal pada tangga pertama[3].
Jika Malaysia sebagai mewakili negara Islam yang membangun dan maju, perlu untuk kita sedar tahap keilmuan dan literasi di kalangan kaum Melayu yang majoriti menganut Isalm. Pengertian Malaysia adalah negara umat Islam adalah bergantung kepada keislaman kaum Melayu secara amnya. Alangkah sedih juga apabila kaum Melayu lebih erat berstatistik dengan statistik penagih dadah tegar berbanding tersenarai di kalangan bangsa yang terkehadapan dalam aspek pendidikan.
Bagi bulan Januari–Disember 2008, perangkaan menunjukkan bahawa etnik Melayu masih merupakan penagih teramai dikesan iaitu seramai 9,562 orang (77.41%) bersamaan dengan 0.11% daripada jumlah unjuran penduduk etnik Melayu di negara ini yang berusia 15-64 tahun (18,601,700 orang). Manakala etnik Cina seramai 1,438 orang (11.64%) dan kaum India seramai 1,090 orang ( 8.82%) . ( Laporan Agensi Antidadah Kebangsaan 2008).
Umat isalm juga masih ketinggalan dalam amalan kajian inovasi teknologi. Lantaran itu umat islam menumpang bangga dengan teknologi Iran yang giat mengkaji rahsia kekuatan kaum Parsi silam melalui penumpuan mencipta teknologi sendiri. Isolisasinya Iran dari teknologi amalan Ameriak menyebabkan mereka dicurigai oleh kuasa nuklear dunia.
Menurut Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010 , untuk mengekalkan prestasi Malaysia pada tangga ke-24 dunia ini, Malaysia perlu menyediakan prestasi produktiviti berasaskan (knowledge-based) serta ekonomi berpandukan inovatif. Malaysia juga perlu meningkatkan prestasi pendidikan tinggi dalam bentuk kuantiti mahupun kualiti. Pendidikan tinggi Malaysia kini berada di tangga ke-41. Malaysia juga perlu mempertingkatkan tahap teknologi yang peka dengan perkembangan dunia di mana kini Malaysia berada pada tangga ke-37 disamping terus meningkatkan tahap ICT negara.
The Department of State, USAID, serta lain-lain agensi kerajaan Amerika kini ‘berusaha’ untuk memberi fokus besar kepada pendidikan di negara-negara majoriti Islam. Amerika Syarikat menggunakan pendekatan mobilasi massa dan sektor swasta yang bersedia sukarela meningkatkan kualiti pendidikan serta tahap literasi negara berkenaan. Antara negara yang kini menjadi tadahan lambakan keilmuan cara Amerika adalah Pakistan, Afghanistan dan India. Kelemahan ekonomi dan tahap sosial negara tersebut menyebabkan mereka melambai memohon bantuan Amerika secara tidak langsung.
Sumbangan kebajikan sebegini adalah antara agenda besar untuk kemandirian hegemoni Amerika dalam usaha mereka mengekalkan penjajahan secara tidak langsung kepada dunia Islam. Menilai aspek globalisasi Amerika melalui bantuan literasi dan pendidikan bukan sekadar berasaskan iri hati atau rendah diri kepada tamadun Amerika, sebaliknya jasa dan budi baik Amerika perlu ditangani secara bijak dan berhati hati kerana jelas wujudnya pengeksportan budaya dan isi tamadun Amerika disertakan dalam pakej-pakej pendidikan mereka.
Lantaran itu Maryam Jameela pernah mengingatkan kaum muslim sekitar 1970an dahulu dalam pelbagai makalah beliau, betapa rakusnya Britain dan Amerika mengeksport tamadun barat melalui pekej bahasa Inggeris, keilmuan berpusatkan barat serta model pemikiran yang pro barat. Inilah bentuk penjajahan tidak langsung yang digambarkan oleh beliau da ramai lagi sarjana Islam da Barat.
Apa reaksi kaum Islam? Kembali sahaja kepada asas amalan tamadun Islam silam. Kukuhkan bahasa agama Islam iaitu Bahasa Arab sebagai sumber keimanan dan kefahaman beragama disamping menguasai bahasa perantaraan ilmu kontemporari iaitu bahasa Arab (suriyani) pada zaman itu.
Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha TERAS cawangan negeri Perak
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
017 6291368
jihadin82@yahoo.com
Akaun GIRO : 07100 – 29- 00006952-7
IC : 820102-02-5203
[1] Laporan ini dikeluarkan pada 5, October 2009, yang menggabungkan data serta indeks dari tahun 2007. Perlu dibezakan tahun pengeluaran Indeks dengan tahun pengeluaran laporan(report) kerana report selalunya selang setahun daripada indeks dikeluarkan.
[2] Indeks ini diasaskan pada tahun 1990 dikembangkan oleh pemenang nobel India Amartya Sen dan Mahbub ul Haq seorang ekonom pakistan dibantu oleh Gustav Ranis dari Yale University dan Lord Meghnad Desai dari London School of Economics dan sejak itu dipakai oleh Program pembangunan PBB pada laporan HDI tahunannya
[3] Global Innovation Index 08/09 report telah dipimpin oleh Professor Soumitra Dutta dari INSEAD
1 comment:
Salam,mohon 'copy; artikel ini ya buat rujukan..
syukran jazilan
Post a Comment