Read more: http://www.blogdoctor.me/2007/02/expandable-post-summaries.html#ixzz0S3251GGW

Monday, May 19, 2008

Buku Eropah Moden


Antara skop kajian peribadi yang saya minati adalah kajian perang-perang serta revolusi yang pernah berlaku dalam sejarah kemanusiaan. Baru-baru ini saya ada menonton DVD Filem Napoleon ( ada 3 siri). Kali ini dapat dihayati secara mendalam dan berkesan pertikaian dalaman Perancis selepas berlakunya Revolusi Perancis. Pertikaian Napoleon yang berpaksikan kapitalisme sekularisme dengan feualis yang taat dengan Geeja serta ancaman fahaman Jacobian yang juga turut dalam pertikaian 3 penjuru itu. Masih menjadi amalan saya apabiula menonton filem, akan turut menggunakan buku atau ensiklopedia untuk memahami jalan cerita filem yang berunsur sejarah, politik ataupun kebudayaan.

Saya menggunakan buku Eropah Moden Arus Sosiopolitik Dan Pemerintah karangan Qasim Ahmad terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Buku yang bernilai diskriptif fakta ini adalah bersifat pengantar dan asas bagi yang ingin mengetahui pertarungan gelanggang ideologi dan politik di barat yang akibatnya menjalar hingga ke seluruh dunia.

Pada saya buku ini mudah didapati di mana-mana perpustakaan negeri dan universiti dan mungkin sinonim dengan pelajar sains politik. Sebelum melarat membaca atau mendiskusi buku-buku sejarah dan politik lain, silalah teliti buku ini juga…

Pendita Bitara

2 comments:

iSunik said...

Salam,

Saya juga cuba melakukan yang sama. Bidang lebih kepada kewangan dan ekonomi.

Walaupun tidak banyak buku-buku seperti itu dalam bahasa kebangsaan, namun dengan usaha yang sedikit ini muga-muga lebih ramai yang berminat untuk meneroka ilmu lebih jauh lagi.

Bard said...

salam. siapa yang expert mengenai European Union yang saudara kenali di mana-mana univ di Malaysia? Seorang sahabat sedang dalam proses penulisan tesis PHD, ingin membuat rujukan dan mungkin melakukan tembual (interview) mengenai EU.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...